Friday, August 21, 2009

Tiang gol termahal di dunia RM160,000 ada di Perai, Pulau Pinang

Pemimpin kesatuan wartawan Utusan Melayu (M) Bhd hari ini didapati bersalah menfitnah syarikat media itu berhubung aduannya isu perbelanjaan syarikat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Amran Ahmad, pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan syarikat itu, dikenakan tindakan siasatan dalaman dengan tiga pertuduhan bermula 4 Ogos lalu.

Keputusan siasatan dalaman ini akan diketahui dalam masa dua minggu lagi. Amran dibenarkan merayu bagi meringankan hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya.

Beliau didakwa menfitnah kumpulan media berpengaruh itu dalam kenyataannya selepas ke SPRM seperti dilaporkan Malaysiakini pada Jun lepas dan juga Harakahdaily, April lalu.

Pada 25 Jun lalu, ketua kesatuan wartawan akhbar Umno itu melaporkan perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro sebanyak RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut (foto).

Sementara dua bulan sebelumnya, NUJ Utusan mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa "terlalu mahal" sebanyak RM160,000.

Dihubungi Malaysiakini selepas prosiding berakhir jam 4.30 petang tadi, Amran bertegas tidak akan membuat sebarang rayuan kerana masih merasakan tidak dirinya tidak bersalah.

"Kalau saya merayu, menunjukkan saya setuju saya bersalah," katanya, yang berhasrat memanjangkan tindakan majikannya itu ke Mahkamah Perusahaan.

"Saya juga tidak tolak kemungkinan menyaman Utusan."

Keputusan terhadapnya dihakimi tiga panel, diketuai Pengurus Besar Kumpulan Utusan, Adi Satria Ahmad.

Sepanjang prosiding tindakan tatatertib itu, Amran diwakili dua ahli majlis eksekutif kesatuan tersebut, Hata Wahari dan Hayat Suett.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Kesatuan sekerja itu masih lagi bergelut untuk mematerai perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA sebelumnya.

Bagaimanapun perjuangan mereka untuk mendapatkan tuntutan CA itu masih gagal walaupun perjanjian lama telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

Tiang gol nie salut tembaga ka emas?? sampai harga RM160,000. hahahahhaha !!!

No comments:

Post a Comment