Sunday, December 27, 2009

Syabas Husam ! - Usaha Husam Akhirnya Kelantan Dapat RM10 juta Dari Felcra

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Felcra Berhad menyerahkan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran lebihan pendapatan melalui projek perladangan getah dan kelapa sawit yang menjadi milik negeri.

Ia diserahkan oleh Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di sini semalam.

Selain itu, dokumen bagi ladang bernilai RM200 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan Felcra juga diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Tajuddin memberitahu, Felcra memajukan 10,802 hektar tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu.

Kawasan terlibat yang telah dimajukan ialah di jajahan Gua Musang Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.

Daripada kawasan yang dimajukan itu katanya, terdapat 31 projek dengan keluasan 6,065 hektar yang belum dipilih pesertanya oleh kerajaan negeri.

Berikutan itu katanya, kerajaan Kelantan mahu supaya kawasan berkenaan dibahagikan secara fizikal 70:30 iaitu 70 peratus menjadi bahagian Kelantan melibatkan 20 projek dengan keluasan 4,247 hektar.

''Sebanyak 30 peratus melibatkan 11 projek dengan keluasan 1,818 hektar menjadi milik Felcra," katanya.

Dengan persetujuan itu juga katanya, kerajaan negeri mengeluarkan 25 lot hak milik tanah bagi 11 projek berkenaan dan Felcra telah membayar premium ke atas tanah berkenaan.

''Dalam masa yang sama, Felcra membayar sejumlah RM10 juta kepada pihak berkuasa negeri sebagai bayaran lebihan pendapatan bahagian 70 peratus projek yang dibahagikan kepada kerajaan negeri," ujar beliau.

Persetujuan itu katanya, dapat membantu Felcra menampung kos pengurusan yang kemudiannya berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat demi kesejahteraan warga peserta.

Ia adalah hasil usaha Husam yang penyabar (kulu kilir) menjalankan usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat, jiwokelate dipetik.

Daripada berhiruk-pikuk dengan masalah UG, masalah arifahmi, masalah itu dan ini di dalam parti, Husam menunjukkan langkah apa yang sepatutnya dilakukan oleh ahli dan pemimpin parti. Tewas di dalam pemilihan jawatan bukan bererti kebajikan dan kebaikan juga dihentikan lantarannya tetapi terus disemrakkan lagi sehinggalah nanti, ahli-ahli menyaksikan sendiri, mana permata, mana kaca di dalam parti.

Itu belum lagi mengenai usaha yang dilakukan untuk merebut kembali royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan.. dan insyaAllah berkat doa kita semua usaha Husam itu tidak akan disia-siakan Allah s.w.t.

Tinggalkan saja mereka yang irihati, yang dengki, yang berdaki di hati terhadap manusia yang bernama Husam ini.

Saturday, December 26, 2009

Hilang enjin, tubuh segera Suruhanjaya Diraja - Anwar


Kerajaan digesa untuk menubuhkan dengan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kehilangan dua buah enjin kapal terbang tempur F-5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Hal ini ditegaskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai isu tersebut di majlis jamuan Hi-Tea sempena Krismas anjuran The Mar Thoma Syrian Church of Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Anwar skandal kehilangan enjin pesawat merupakan suatu perkara yang sangat serius dan tidak sepatutnya dipandang ringan.

Sehubungan itu beliau dan parti-parti pembangkang menuntut penubuhan satu Suruhanjaya diRaja untuk menanganinya.

"Kita menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal ini," tegasnya ketika ditanya wartawan.

Sebelum ini,Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.

Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.

“Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar.

“Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi dalam majlis meraikan beliau sebagai Sasterawan Negara ke-10 oleh Lembaga Muzium Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mhafuz Omar pula persoalkan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas kegagalan agensi itu menyelesaikan siasatan berhubung kes kehilangan enjin jet pemintas F-5E seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Mahfuz yang ditemui selepas Majlis Sumbangan Peralatan Sekolah di Pejabat PAS Pokok Sena baru-baru ini berkata, beliau difahamkan laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 4 Ogos 2008 yang lalu dan nota pemakluman kepada Jabatan Peguam Negara (AG) hanya dihantar pada Mei 2009.

"Persoalannya, kenapa PDRM perlu ambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat insiden yang sebegini serius dan penting?

"Sembilan bulan bukannya tempoh yang singkat, itu pun masih tidak boleh selesai, perlu kepada lanjutan tempoh siasatan, ini yang meragukan dan rakyat persoalkan," katanya.

Menurut Mahfuz, kerajaan perlu menyatakan bentuk tindakan yang telah diambil terhadap syarikat yang memonopoli kerja-kerja penyelenggaraan enjin pesawat pejuang milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) iaitu AIROD SDN BHD.

"Kejadian enjin jet F-5E hilang itu dikatakan berlaku ketika dalam perjalanan dari pengkalan TUDM di Butterworth ke AIROD untuk diselenggarakan, sudah tentu ada kaitannya dengan syarikat itu," katanya.

Beliau turut mengulangi desakannya supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan peringkat Parlimen yang diyakini lebih bersifat terbuka, berintegeriti dan telus dalam usaha menjejaki mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

Mahfuz berkata, perletakan jawatan seorang pegawai berpangkat Briged Jeneral dan tindakan memberhentikan perkhidmatan 20 anggota lain yang dikatakan tiada kaitan dengan kes ini turut mengundang keraguan masyarakat yang melihat seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan dengan kes ini.

Ini sekaligus menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berjanji tidak akan menyembunyikan siasatan kes dari pengetahuan umum.

Mahfuz menuntut Kementerian Pertahanan mengemukakan alasan ke atas tindakan memberhentikan kerja 20 anggota tersebut dan menyatakan alasan perletakan jawatan pegawai tinggi itu kepada masyarakat umum untuk mengembalikan keyakinan mereka.

"Kalau betul mereka terlibat, kerajaan perlu mengheret mereka ke mahkamah terbuka dan bukannya dakwa mereka di mahkamah tentera yang sudah tentu perbicaraannya tidak akan didedahkan kepada pengetahuan umum,"tegasnya.

Saturday, December 19, 2009

Dasar bersama Pakatan sasar Putrajaya



Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.

Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.

Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Agihan ekonomi negeri

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara.

Mursyidul Am PAS Tiba Untuk Gulung Dokumen Bersama

Tepat jam 4 petang Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tiba ke dalam Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA).
Ketibaan beliau mendapat tepukan gemuruh daripada 1,500 perwakilan yang hadir.

Mursyidul Am PAS itu dijangka akan membuat rumusan mengenai Dokumen Bersama Pakatan Rakyat yang akan dimulakan dengan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, Tuan Guru Nik Aziz dan diakhiri dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara utama yang dituntut Dokumen Bersama ini adalah penerapan demokrasi telus dan tulen dalam proses politik tanahair.

Pakatan Rakyat juga berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebagai panduan melestarikan demokrasi dan hak asasi setiap warganegara.

Dalam masa yang sama, memacu ekonomi ke arah yang lebih berprestij, mapan serta adil.

Malah gagasan itu turut tidak mengenepikan keadilan sosial dan pembangunan insan merangkumi aspek agama, pendidikan, wanita, golongan muda,keselamatan, kesihatan dan beberapa aspek lagi.

Turut tidak dilupakan hubungan persekutuan negeri dan dasar luar negar

1,500 Perwakilan Sokong Dokumen Bersama Pakatan Rakyat

Persidangan Pakatan Rakyat yang berlangsung di Auditorian Majlis Bandaraya Shah Alam menyaksikan para perwakilan menyokong Dokumen Bersama Pakatan Rakyat sekitar jam 5.30 petang tadi.

Dirumuskan oleh mantan Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim, persidangan ini dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mereka turut disertai oleh 1,500 perwakilan dari pelbagai kaum dan agama - 500 ahli dari Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP.

15 dipilih untuk membahaskan dokumen tersebut.

Sementara itu, ketika kepincangan pemerintah Umno-BN dikritik hebat dalam persidangan hari ini, Bernama melaporkan enjin jet pejuang F-5E bernilai RM50 juta ringgit dicuri di Pengkalan Udara Sungai Besi.

Rekod penyelenggaraan dan perkhidmatan untuk enjin tersebut turut dilaporkan hilang. Kehilangan dilaporkan pada 2007, dan setakat ini empat suspek telah ditahan.

AMK Adakan Demonstrasi Aman, Desak Bebas Jonah Dan Azizi

Satu demonstrasi secara aman diadakan di hadapan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantah tindakan polis menahan dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang mengedarkan risalah meminta Mahkamah Syariah menangani campurtangan politik dalam permohonan kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Shamsul, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat ditahan di bawah Akta Hasutan.

Khairul Anuar atau lebih dikenali dengan panggilan Jonah dan Azizi dikatakan telah mengedarkan risalah yang dikatakan bertujuan menghasut orang ramai menghadiri satu demonstrasi yang akan diadakan hari ini di Dataran Shah Alam.

Menurut Shamsul beliau mempunyai bukti kukuh melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyatakan keterlibatan Ketua Polis Negeri dalam penahanan tersebut.

Ujar Shamsul AMK hanya bercadang mengadakan demonstrasi secara aman di dalam Dewan MBSA pada hari ini berkaitan dengan konvensyen ulung Pakatan rakyat yang berlangsung siang tadi dan bukanlah seperti yang dituduh oleh pihak polis.

Kira-kira 50 orang ahli Angakatan Muda Keadilan terlibat dalam demonstrasi di hadapan Auditorium MBSA ini ketika persidangan ditangguhkan seketika pada jam 1 tengahari tadi.

Kandungan risalah adalah untuk mendesak Mahkamah Syariah supaya menyegerakan proses mendengar kes liwat membabitkan Saiful. Risalah itu juga menyatakan wujudnya campur tangan pihak atasan agar kes terhadap Anwar dilewatkan daripada didengar.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata Jonah dan Azizi ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Anwar telah membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan

Thursday, December 10, 2009

Sah !! Zionis sudah masuk ke Malaysia !!

1 Malaysia 1 Israel
Najib razak hadiahkan Israel untuk rakyat Malaysia !!

APCO Worldwide Opens in Malaysia

Firm to assist new Malaysian government in strengthening communication

Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus, president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister Najib Razak.

“Malaysia continues to demonstrate that it is a major player in Asia, one of the great manufacturing nations for electronics and a sophisticated participant in global markets across many sectors,” said Kraus. “APCO’s ability to leverage strategic communication capabilities across borders mirrors the kind of leverage Malaysia has achieved in its approach to business and trade, making this a natural location for our expansion.”

One of the first clients of APCO’s new office will be the Malaysian government, which is retaining APCO to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO will also assist the Malaysian government’s new leadership by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa. Separately, APCO will be providing support in Washington, D.C., to Malaysia’s ambassador to the United States.

“As Malaysia moves forward, the government wants to ensure that it is able to provide information to the public quickly and transparently, making use of all relevant new technologies,” said Kraus. “Our team in Kuala Lumpur will include seasoned professionals from many countries, including Malaysia, who are on the cutting edge of new media. They will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

Paul Stadlen, previously based in APCO’s London office, will serve as managing director of APCO in Malaysia. An award-winning specialist in media relations and international reputation management, Stadlen’s clients include business leaders at blue-chip multinationals from various sectors. Clients have also included government leaders in Europe, the Middle East, Africa and Asia. A former journalist, Stadlen previously worked for the BBC and has written for The Times of London and Prospect magazine.

“This is a time of opportunities for Malaysia,” said Stadlen. “APCO is delighted to share media expertise and strategic communication services with the Malaysian government and other clients in Malaysia. We are excited about Malaysia’s future and our ability to participate in it.”

About APCO Worldwide

Founded in 1984, APCO Worldwide is an award-winning, independently owned global communication consultancy with offices in major cities throughout the Americas, Europe, the Middle East, Africa and Asia. Headquartered in Washington, D.C., APCO clients include corporations and governments; industry associations and nonprofit organizations; and seven of the top 10 companies on Fortune’s Global 500. APCO offers services related to business and finance; media, public opinion and society; and government and public policy. The firm is a majority women-owned business. For more information, please visit www.apcoworldwide.com.


Links http://www.apcoworldwide.com/content/News/press_releases2009/malaysia0809.aspx

Konvensyen PKR Negeri Kedah 2009

Konvensyen PKR Negeri Kedah 2009
(Jumaat 11 Disember 2009)

Dewan Sultan Muazam Shah, Kolej Universiti Insaniah, Mergong, Alor Setar Kedah

“Menggilap Harapan Rakyat”


8.00 – 8.30 pagi : KETIBAAN JEMPUTAN / PENDAFTARAN / KUDAPAN.

8.45 – 10.30 pagi : SESI PEMBUKAAN KONVENSYEN

: NYANYIAN LAGU NEGARA KU DAN KEADILAN.

: ALUAN OLEH PENGARAH KONVENSYEN PKR KEDAH

: PENGUKUHAN ORGANISASI PARTI – SATU TUNTUTAN

OLEH : Dato’ Salehuddin bin Hashim.

Moderator : Pn Salma bt Ismail.

10.35 – 11.10 pagi : SESI PERTAMA

PERANAN PKR DALAM KERAJAAN PR KEDAH

OLEH : YB Hj. Ahmad bin Kasim (Pengerusi MPN- Kedah)

Moderator : YB Tan Chow Kang.

11.10 – 12.45 TGHARI : SESI KEDUA

ISU POLITIK NEGERI DAN NASIONAL – APA POLISI PKR

OLEH : I) YB Tian Chua – Pengarah Strategi PKR Pusat.

II) YB Dato Johari bin Abdul – Wakil MPN Kedah.

Moderator : Arumugam a/l Vagantaragoo.

12.45 tgh : Jamuan Tengahari. : Solat Jumaat Dan Rehat.

2.45 – 4.00 ptg : SESI KETIGA

WANITA , AMK, JPRP – PERSIAPAN PILIHANRAYA KE 13.

OLEH : i) YB Zuraidah bt Kamaruddin – Ketua Wanita.

ii) YB Amirudin bin Shari – Naib Ketua AMK Pusat.

iii) YB Saifudin Nasution Ismail – Pengarah JPRP

Moderator : Saiful Izham Ramly.

4.00 – 5.00 ptg : SESI KEEMPAT.

Pembentangan dari Wakil cabang, AMK & WANITA.

5.00 petang AMANAT KETUA UMUM

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

6.00 ptg : Sidang media.

9.30 Malam : CERAMAH PERDANA – PENTAS AMK;

PEMUDA HARAPAN RAKYAT – PENERUS GENERASI

LOKASI: STADIUM MINI KULIM, KEDAH

Tetamu : 1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)

2) YB Tian Chua (Pengarah Strategik PKR)

3) YB Dato’Seri Nizar Jamaludin (AJK PAS Pusat)

4) YB Ahmad bi Kasim (Pengerusi PKR Kedah) .

Wednesday, December 9, 2009

Kedah eratkan hubungan diplomatik dengan Palestin


Oleh : MOHD ZUHAIRI KHAMIS

ALOR SETAR 09 DIS – Kedah bersedia menghulurkan sumbangan kepada umat Islam di Palestin sekiranya rakyat negara itu benar-benar memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk sokongan mahupun material.

Menteri Besar, Datuk’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, isu Palestin adalah isu nasional dan harus diberi tumpuan memandangkan mereka adalah saudara seIslam yang ditindas di negara sendiri.

“Selain mempereratkan hubungan sedia ada, kita turut membincangkan masalah umat Islam sejagat, terutama di Palestin. Mungkin kita boleh bantu dalam isu-isu yang berbangkit, dan akan cuba menghulur bantuan apa yang termampu,” katanya selepas menerima kunjungan hormat tiga anggota Parlimen Palestin di pejabatnya, hari ini.

Delegasi yang diketuai Dr Salem Al Salamah bersama Ismail A.M. Alashqar dan Mushir O.K. Almassri mengadakan perbincangan hampir 30 minit, sebelum meneruskan lawatan ke Majlis Agama Islam Kedah.

Menteri Besar berkata, ahli parlimen dari parti Hamas yang menguasai 60 peratus daripada kerusi kawasan parlimen di sana, turut berkongsi isu terkini termasuk politik dan penindasan umat Islam di Palestin.

“Kita prihatin dengan nasib umat Islam di sana, terutama apabila mendengar penindasan yang dibuat oleh Yahudi di Baitul Maqdis. Masalah Baitul Maqdis adalah masalah umat islam diseluruh dunia, ini kerana Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat islam.

Sejak dahulu lagi, kita memang mengiktiraf Palestin dan menyokong usul mengutuk pencerobohan Israel ke atas Palestin,” katanya.

Menurutnya, Kedah tidak ketinggalan menganjurkan beberapa program berkaitan isu Palestin di negeri ini, antaranya menganjurkan perjumpaan awam mengutuk penindasan umat Islam di Palestin serta kutipan dana Tabung Palestin.

Delegasi Palestin berada di Kedah selama dua hari, sebelum mengadakan kunjungan hormat ke negeri Perlis Jumaat ini.

1500 sertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember

SHAH ALAM, 9 Dis: Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat akan menyertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Mereka akan menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini.

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh para perwakilan yang mewakili parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

PAS, PKR dan DAP adalah anggota rasmi Pakatan Rakyat. Konvensyen ini dijangka akan merumuskan beberapa perkara penting. Antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Pembentangan kertas 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.

'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama ini memaklumkan, tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Konvensyen ini akan berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang akan terbuka kepada media di samping para pemerhati.

"Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa," kata kenyataan itu.

"Diharap pihak tuan/puan dapat hadir atau menghantar wakil untuk hadir meliputi acara yang bersejarah ini. Pendaftaran bagi wakil media boleh dibuat mulai hari ini di www.tinyurl.com/daftarmedia," kata kenyataan itu lagi.

Konvensyen Pakatan Rakyat diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu.

Semalam Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim dilaporkan memberitahu persiapan rapi sedang giat dijalankan menjelang konvensyen tersebut.

Persiapan dibuat dengan kejasama ketiga-tiga parti yang mahu melihat program tersebut berjalan lancar dan membuahkan hasil yang terbaik.

"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"katanya.

"Lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang sudah pun siap dalam masa seminggu.

Manakala logonya pula menggunakan asas warna oren dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.

Monday, December 7, 2009

Exco AMK negeri Kedah serah memorandum kepada MB

Exco AMK Negeri Kedah, Dato'Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Dato Amiruddin Hamzah

ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI KEDAH

MEMORANDUM
(7hb Disember, 2009)

KE ARAH MEMANTAPKAN PENTADBIRAN/KERJASAMA PAKATAN RAKYAT DALAM PEMERINTAHAN NEGERI KEDAH


A. Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Bandaraya dan Kerajaan Tempatan

1. Mencadangkan agar pihak kerajaan negeri memperkemaskan semula pentadbiran negeri di peringkat Majlis Bandaraya dan Kerajaan Tempatan. Ini kerana terdapat pegawai-pegawai kerajaan yang pro UMNO/BN cuba untuk mensabotaj kerajaan negeri dengan tindakan-tindakan yang mereka lakukan di peringkat daerah/PBT.

2. Pemantauan yang lebih khusus terhadap perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan Negeri di peringkat PBT agar selari dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri PR dan manifesto pilihanraya 2008.

3. Menuntut agar kerajaan negeri memandang serius masalah pihak Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang tidak mesra rakyat serta perlaksanaan banyak keputusan serta tindakan penguatkuasaan yang seolah-olah bercanggah dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri dan mensabotaj PR dengan tekanan yang berterusan terhadap peniaga-peniaga kecil serta orangramai di bawah pentadbiran MBAS.

Contoh

i. Sistem meletakkan kenderaan kereta yang yang tidak konsisten serta menyusahkan dan mengelirukan orangramai, terutama yang berpendapatan rendah (sistem meter, kupon dan parking attendant);

ii. Sistem meletakkan kenderaan motosikal yang membebankan golongan pelajar dan berpendapatan rendah. AMK mendesak caj meletakkan kenderaan motorsikal dihapuskan terus;

iii. Kesukaran mendapatkan lesen perniagaan peniaga dan penjaja kecil di bawah MBAS;

iv. Kesukaran memohon tapak perniagaan untuk golongan peniaga dan penjaja kecil;

v. Penguatkuasaan secara melulu dan mendadak terhadap peniaga dan penjaja kecil tanpa sebarang notis dan alternatif ruang niaga. Penguatkuasaan juga sering dilakukan secara terpilih, seolah-olah ada agenda politik bagi memberikan imej buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

4. Mendesak pentadbiran kerajaan negeri supaya membuat lantikan baru YDP Kulim Hi-Tech memandangkan YDP sedia ada tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam pengurusan dan pentadbiran Kulim Hi-Tech kerana terlalu terikat dengan kerja-kerja sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

5. Mendesak agar setiap perlaksanaan dan penguatkuasaan dasar Majlis Daerah Kerajaan Tempatan mestilah berdasarkan keputusan ahli-ahli majlis yang dilantik bagi mewakili kerajaan negeri, dan bukan sebaliknya, atau berdasarkan keputusan majlis yang diambil sewaktu pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

6. Memantapkan kualiti ahli-ahli majlis lantikan politik dengan memperbanyakkan latihan dan kursus secara berkala khusus kepada semua Ahli-Ahli Majlis lantikan PR bagi memastikan mereka tahu peranan dan bidangkuasa mereka sebagai ahli majlis lantikan politik.

7. Mendesak agar segala perlaksanaan dan pemberian projek dan tender yang dibawah bidangkuasa PBT dilaksanakan secara telus dan terbuka, dan bukan hanya terhad kepada beberapa orang penjawat jawatan ex-officio di peringkat PBT. Ahli-ahli majlis juga mesti diserap ke dalam setiap jawatankuasa kecil dalam setiap jabatan di bawah PBT.

8. Mencadangkan kerajaan negeri mempertimbangkan kenaikan dan penyelarasan semula elaun ke semua ahli-ahli Majlis lantikan politik.

9. Mencadangkan agar pentadbiran kerajaan negeri membuka ruang dan peluang serta memastikan agar ahli-ahli PR tanpa mengira parti diserap seramai yang mungkin ke dalam pentadbiran kerajaan negeri/PBT/anak-anak syarikat kerajaan negeri dan lain-lain lagi jawatan yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

10. Mendesak kerajaan negeri meneliti semula peruntukan Undang-undang Kecil serta segala peraturan yang berkaitan perjalanan PBT dan membuat pindaan yang bersesuaian bagi memastikan kesejahteraan orangramai selaras dengan dasar baru kerajaan Pakatan Rakyat.

11. Mendesak kerajaan negeri mengkaji semula struktur kadar cukai pintu agar lebih adil dan dapat diturunkan bagi meringankan beban rakyat selaras dengan manifesto 2008.

B. Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Ketua Komuniti

1. Mendesak kerajaan negeri segera bertindak bagi memantapkan kualiti ahli-ahli Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) dengan memperbanyakkan latihan dan kursus secara berkala khusus kepada semua MKK lantikan PR bagi memastikan mereka tahu peranan dan bidangkuasa mereka sebagai MKK.

2. Meminta kerajaan negeri menyediakan satu garis panduan kerja dan bidangkuasa yang jelas kepada semua MKK yang sehingga hari ini masih keliru dengan bidang tugas dan kuasa mereka, untuk memastikan perlaksanaan dasar kerajaan PR yang lebih efisien di peringkat akar umbi.

3. Mencadangkan kerajaan negeri mempertimbangkan kenaikan dan penyelarasan semula elaun ke semua ahli-ahli MKK.

4. Menuntut agar pentadbiran kerajaan negeri menyelesaikan isu dewan orang ramai yang masih lagi dikuasai oleh UMNO/BN khususnya dewan orang ramai yang dibina di atas tanah kerajaan negeri. AMK mencadangkan supaya MKK dan pihak PBT memainkan peranan yang lebih untuk mengambil alih dewan-dewan tersebut dan kerajaan negeri segera mewartakan dewan orang ramai di bawah pentadbiran MKK.
C. Pengurusan Ekonomi Secara Adil dan Berhemah

1. Mendesak agar kerajaan negeri membuka ruang dan membenarkan penggunaan tanah-tanah kerajaan negeri yang berpotensi untuk tujuan pertanian dan akua-kultur terhadap golongan belia negeri Kedah.

2. Meminta agar kerajaan negeri mempermudahkan kelulusan permohonan perniagaan dari golongan belia, serta segera menubuhkan tabung usahawan belia negeri Kedah bagi membantu golongan peniaga kecil dan penjaja dari kalangan belia. Tabung ini diuruskendali di bawah YB EXCO Belia dan Sukan negeri Kedah.

3. Mendesak penglibatan terus AMK melalui perlantikan dalam Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan negeri Kedah.

4. Menuntut supaya pihak kerajaan negeri memberi keutamaan kepada kontraktor-kontraktor kelas F yang pro PR yang dipinggirkan oleh kerajaan persekutuan dalam agihan projek di negeri Kedah. Cadangkan supaya proses melulus dan melantik kontraktor dibuat di peringkat Ahli Majlis.

5. Mencadangkan agar kerajaan negeri melalui PBT mempermudahkan lesen-lesen perniagaan dan menyediakan lebih banyak tempat-tempat perniagaan yang yang berpotensi untuk menjana ekonomi tempatan.

6. Menuntut supaya kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dalam projek pembangunan Kolej Insaniah atau mana-mana projek di bawah kerajaan negeri, supaya turut memberikan peluang dan agihan kontrak yang lebih adil kepada semua pihak-pihak dalam Pakatan Rakyat, terutama pihak AMK negeri Kedah.

7. Meminta satu sesi penerangan khas kepada pihak AMK mengenai projek Hub Hidrocarbon di Yan serta peluang-peluang ekonomi yang boleh diagihkan kepada golongan belia melalui projek tersebut.

D. Pendidikan

1. Mencadangkan agar pihak kerajaan negeri segera menubuhkan Tabung Kebajikan Pendidikan untuk semua kaum yang bagi membantu anak-anak dari keluarga yang kurang berkeupayaan melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.

2. Mencadangkan agar pihak kerajaan negeri menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah separa bantuan (partially aided) (SJKT/C dan SAR) seluruh Kedah sebanyak sekurang-kurangnya RM2 juta setahun dalam jangkamasa pendek untuk membolehkan sekolah-sekolah ini menguruskan pentadbiran sekolah dan menyediakan prasarana pendidikan dengan lebih baik.

3. Untuk jangkamasa panjang pula, AMK mencadangkan supaya pihak kerajaan negeri memperuntukkan tanah sebanyak 500 hektar kepada persatuan SJKT/C dan 1000 hektar untuk sekolah-sekolah Agama Rakyat supaya sekolah-sekolah ini dapat menggunakan sumber keuntungan yang diperolehi daripada pendapatan hasil tanah ini bagi mengurus sekolah masing-masing. Pengurusan pembangunan tanah ini diletakkan di bawah persatuan-persatuan atau sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah.

4. Mencadangkan Kerajaan Negeri mewujudkan sistem persekolahan agama tambahan sebagaimana model pengurusan sekolah agama di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, yang mana sijil peperiksaan persekolahan tersebut (UPSRA) diiktiraf bagi kemasukan ke sekolah menengah agama. Pengurusan dan pentadbiran sistem persekolahan ini diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Zakat dan Yayasan Islam Kedah.

5. Mencadangkan Kerajaan Negeri segera meluluskan permohonan tanah untuk pembinaan tapak sekolah dan perluasan bangunan sekolah sedia ada untuk sekolah-sekolah jenis SJKT/C dan Sekolah Agama Rakyat.

E. Memantapkan Imej dan Kerjasama Pakatan Rakyat

1. Mencadangkan supaya YAB MB, EXCO, Ahli Parlimen dan ADUN PR turun ke seluruh daerah di negeri Kedah untuk mendekatkan diri dengan rakyat secara berkala. AMK mencadangkan agar diadakan program bersama rakyat di setiap Parlimen setiap bulan.

2. Melantik wakil PR yang mewakili pelbagai kaum Melayu, India, Cina dan Siam daripada PKR, PAS dan DAP sebagai Pegawai Khas YAB MB.

3. Mendesak Pentadbiran kerajaan negeri memperbanyakkan sesi-sesi penerangan ke seluruh negeri mengenai pencapaian positif kerajaan PR di Kedah sejak PRU 12. Sebagai contoh laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini. Fokus dan tumpuan juga harus diberikan kepada menambah baik dan mengemaskinikan Warta Darulaman dan juga meningkatkan jumlah penerbitan Warta Darulaman. AMK juga mencadangkan agar Warta Darulaman juga diterbitkan dalam bahasa Cina, Tamil dan Inggeris.

4. Menuntut penglibatan lebih daripada ADUN-ADUN/MP dari PR bersama akar umbi dengan menganjurkan program-program mendekati masyarakat di bawah peruntukan khas kerajaan negeri.

5. AMK juga mencadangkan agar segera diwujudkan sekretariat PR di peringkat Parlimen untuk meningkatkan tahap kerjasama di kalangan PKR, PAS dan DAP.

6. Mencadangkan agar YAB MB secara konsisten memberikan perhatian terhadap sebarangdakwaan atau tuduhan bahawa ada dari kalangan ADUN atau EXCO yang menyalahgunakan kemudahan kerajaan negeri untuk tujuan peribadi. Ini kerana terdapat rungutan daripada orang ramai bahawa terdapat EXCO PR yang berbuat demikian. Isu ini melibatkan soal integriti yang akan menimbulkan persepsi yang negatif terhadap PR.

F. Memantapkan Keharmonian Hubungan Antara Kaum

1. Mencadangkan agar pihak kerajaan negeri mengiktiraf cuti perayaan Thaipusam dengan mengeluarkan satu pekeliling khas kepada semua pejabat kerajaan/swasta/kilang untuk memberikan perlepasan cuti tanpa rekod kepada pekerja kaum india untuk menyambut Thaipusam.

2. Mencadangkan agar diwujudkan sambutan perayaan setiap kaum di peringkat negeri.


Terimakasih


......................................................
SAIFUL IZHAM BIN RAMLI
Ketua AMK Kedah
Bagi pihak
Angkatan Muda Keadilan
Negeri Kedah Darul Aman

Thursday, December 3, 2009

Siasat proksi Najib terlibat ubah akuan Bala !!

Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan "proksi" perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.

Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam.

"Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu.

"Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang.

"Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam," aduan polis itu dipetik.

Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut "proksi" Najib.

Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin (foto atas, berkaca mata), yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube.


"Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara)," katanya dalam aduan itu.

"Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.”

Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan "dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan" selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.

Laporan SAMM diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataan parti itu hari ini, diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.

Dibawah adalah Rakaman Video Pengakuan Balasubramaniam :


The Bala Interview Part 1 of 3



The Bala Interview Part 2 of 3




The Bala Interview Part 1 of 3

Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat Serah Rakaman P. Bala ke SPRM


Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.

Ketika dihubungi, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM. Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul.

Shaariibuugiin Altantuyaa mati dibunuh dua pengiring Najib pada Oktober 2006 di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati keatas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, namun membebaskan pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

P. Bala mengundang kontroversi dengan akuan bersumpah yang mengaitkan Najib kepada pembunuhan Altantuya.

Bekas anggota Cawangan Khas yang diupah Abdul Razak Baginda untuk memantau gerak-geri Altantuya mendakwa pihak polis telah membuang maklumat perselingkuhan Najib dan wanita Mongol itu.

P. Bala menghilangkan diri bersama keluarga, sebelum muncul kembali tahun dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia.

Rakaman perbualan P Bala bersama 3 orang peguam membutirkan perencanaan menutup hubungan Najib-Altantuya dari terbongkar.

P Bala mendakwa beliau disogok RM5 juta ringgit untuk menarik balik akuan bersumpah itu oleh Deepak Jaikshnan, yang dikatakan rapat dengan isteri PM, Rosmah Mansor.

Tambah Shamsul lagi,“Terdapat keyakinan dan ulangan beberapa kali Balasubramaniam yang mengatakan beliau konsisten dengan pendirian affidavit yang pertama yang ditandatnagani pada 1julai 2008 itu,ia satu affidavit yang sah,yang mengzahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hubungan rapat Dato Najib dengan perempuan Mongolia yang dibunuh itu iaitu Altantuya”.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan melipat-ganda tekanan terhadap Najib sehingga Perdana Menteri itu sendiri tampil membuat penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia.

Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.

“Saya ingin mendesak perdana menteri dan saya ulangi petang tadi di hadapan pejabat SPRM supaya beliau tampil dan berikan pendirian beliau dan ulasan beliau memberi penjelasan dimana kita lihat ini ada kaitan dengan soal kepimpinan,ini memalukan Negara dan kerajaan”,katanya lagi.

Untuk makluman tambahan kepada pembaca :

Balasubramaniam, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas, menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila mengumumkan akuan bersumpah awalnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan Altantuya.


Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.

Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya (dalam gambar) di sebuah pusat membeli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.

Isu masalah sampah di Kedah selesai : E-Idaman ambil alih pengurusan sisa pepejal


Oleh : MOHD ZUHAIRI KAMIS (Warta Kedah)

ALOR SETAR – Masalah sampah yang sejak dahulu lagi membelenggu rakyat di negeri ini bakal berakhir selepas termeterainya perjanjian antara pihak berkuasa tempatan denga Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Dalam gambar : Encik Mohd Zauki Musa, Pegawai Daerah Pendang sedang bersalaman dengan Pengarah Environment.

Dengan termeterainya perjanjian penswastaan secara interim ini, Kerajaan Negeri Kedah meletakankan harapan yang tinggi terutamanya kepada Syarikat Environment Idaman Sdn.Bhd. agar proses pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Kedah dapat berjalan dengan lancar serta dapat memulihkan kembali imej negeri Kedah Darul Aman.

“Isu sampah merupakan satu perkara serius dan rakyat sangat mengharapkan dengan bermulanya pengambilalihan ini, segala masalah yang sering kita dengar dan lihat berkaitan dengan perkara ini bukan sahaja dapat diselesaikan segera, malah perkhidmatan yang di berikan adalah lebih baik daripada sedia ada”. Kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam ucapannya.

Majlis seumpama ini telahpun diadakan pada 27 Oktober 2009 yang lalu melibatkan lima buah Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Daerah Kubang Pasu, Majlis Daerah Padang Terap, Majlis Daerah Sik, dan Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tec)

Hari ini menyaksikan enam lagi Pihak Berkuasa Tempatan yang menandatangani Perjanjian Pengurusan bersama E-Idaman iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Baling dan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Dengan ini E-Idaman adalah pemegang konsesi bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di semua kawasan pihak berkuasa tempatan diseluruh negeri Kedah Darul Aman.

Komitmen syarikat ini bermula pada 1 September 2009 apabila operasi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal secara kontrak dilaksanakan di Majlis Bandaraya Alor Star dan seterusnya 15 September di Majlis Daerah Kubang Pasu.

Dalam tempoh dua bulan tersebut, Environment Idaman Sdn Bhd telah menimba banyak pengalaman yang berguna yang dapat diadaptasikan kearah penambahbaikan operasi pada masa yang akan datang.

Marmar Langkawi untuk pembesaran Masjidil Haram

Dalam gambar : Dr, Zohair A.Nawab Presiden Saudi Geological Survey & Sumber Alam (bertaraf Menteri) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Menteri Besar Kedah.

Sumber : Mohd Zuhairi Khamis (Warta Kedah)

Alor Setar: Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menerima kunjungan Dr, Zohair A.Nawab Presiden Saudi Geological Survey & Sumber Alam (bertaraf Menteri) Kunjungan ini juga turut disertai oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Malaysia Chamber of Mines.

Tujuan kedatangan mereka ke Negeri Kedah adalah untuk melihat kualiti batu marmar dari Langkawi. Untuk di masukan kedalam koleksi data batu marmar yang terdapat di sekitar Negara Asia yang dikatakan batu marmar terbaik yang wujud di dunia.

Kerajaan Arab Saudi berminat membeli Marmar dari Langkawi untuk di gunakan bagi pembesaran Masjidil Haram, Masjid Nabawi di Kota Madinah dan pembesaran ketiga-tiga Jamrah.

Sebelum ini Saudi Geological Survey telah melawat Kilang batu marmar putih di Simpang Pulai, Perak. Selepas melawat Kilang batu marmar di Kedah, Rombongan Arab Saudi ini berlepas ke Negeri China, untuk melawat Kuari Marmar Kaiquan dekat Yingjing, Chengdu (Guangzhou).

'Mai jumpa sahabat lama' : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz


Sumber : MOHD ZUHAIRI KHAMIS (Warta Kedah)

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman.

Kunjungan hormat tersebut dibuat selepas beliau melawat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di daerah Kota Setar.

Sebanyak 360 keluarga di daerah yang dilanda banjir akan menerima bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara bagi mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi.

Menurut beliau, setiap keluarga mangsa yang dikenal pasti akan menerima wang berjumlah RM300.

“Pejabat-pejabat Daerah akan mengenal pasti mangsa-mangsa banjir dan senarai itu akan digunakan bagi penyaluran bantuan” katanya.
“Buat permulaan kita beri kepada mangsa banjir di Kota setar dulu, bantuan kepada mereka di kawasan lain akan diberi kemudian.

“Khamis ni saya akan melawat mangsa banjir di negeri Kelantan (jumpa MB Kelantan) dan Terengganu pula” katanya lagi.

Mengenai kunjungan hormat beliau ke atas Menteri Besar Kedah yang merupakan sahabat lamanya kerana mereka sudah saling mengenali dan berkawan sejak tahun 1970an lagi.

Beliau juga menerima taklimat daripada kerajaan negeri mengenai masalah banjir yang sering melanda negeri ini, dan mencari jalan penyelesaian bagi tempoh jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini.


Location: Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah.

Sunday, November 15, 2009

Keputusan batal ke Mekah, gagalkan usaha musuh


ALOR SETAR, 15 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membatalkan pemergian beliau ke tanah suci Mekah pada 18 November yang akan datang.

Beliau yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.

"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang," katanya.

Namun ujarnya lagi, bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.

Beliau juga yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.

Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

"Saya juga yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS," katanya lagi.

Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah.

"Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah," katanya.

Anwar isytihar perang terhadap Najib

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.

"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.

"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.

Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.

"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.

"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya

Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.

Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.

"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya.

Saturday, November 14, 2009

KUIN akan dinaiktaraf menjadi universiti


ALOR SETAR, 14 Nov: Kerajaan negeri Kedah sedang berusaha untuk menaiktarafkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menjadi sebuah universiti yang bertaraf profesional.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Koperasi Negeri, Datuk Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Asrama Sekolah Integrasi Faizin (SAIF), 12 November lalu.

Taulan berkata, pada tahun ini KUIN telah memulakan pengambilan pelajar untuk pengajian kejururawatan dan ekonomi selain daripada pengajian asasnya sebelum ini.

Menurutnya, kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan pengajian kedoktoran dan undang-undang supaya keluaran KUIN akan mencangkupi semua bidang pengajian.

Jelas beliau lagi, kampus induk KUIN akan dibina di Kuala Ketil bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di negeri ini yang berkelayakan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan kos yang paling minima.

Menyentuh tentang bantuan kepada sekolah-sekolah agama, Taulan berkata, kerajaan akan terus membantu sekolah-sekolah agama rakyat di negeri itu yang semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat pada masa kini.

"Kita akan bantu sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan integrasi berasaskan ketakwaan kepada Allah," katanya.

"Sekolah-sekolah inilah yang akan melahirkan pemimpin-pemimpin yang faham akan tanggungjawab mereka kerana hanya kepada pemimpin beginilah yang boleh diamanahkan untuk mentadbir negara ini," ujarnya lagi.

Anwar terima elaun RM1.00 sebulan sebagai penasihat ekonomi S'gor


Menteri besar Selangor mengumumkan tokoh besar PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan".

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat lantikan rasmi akan diserahkan kepada bekas menteri kewangan itu selepas jawatankuasa exco bermesyuarat minggu depan.

Bercakap dalam sidang media semalam, beliau berkata Anwar akan mengambil peranan penasihat seperti Lee Kuan Yew yang menjadi menteri mentor bagi Singapura.

"Beliau akan memandu kita dalam soal ekonomi dan berhubung terus dengan pejabat menteri besar.

"Pakatan Rakyat juga bersetuju lantik Anwar jadi penasihat ekonomi sebab beliau ada pengalaman dari segi tersebut," kata Abdul Khalid selepas menggulung perbahasan bajet negeri itu.

Beliau, yang juga wakil rakyat PKR Ijok, membuat pengumuman pelantikan Anwar ketika berucap dalam persidangan DUN berkenaan.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Abdul Khalid berkata pelantikan itu dibuat memandangkan Anwar berpengalaman sebagai menteri kewangan dan juga sebagai pengarah dana dan penasihat sebuah bank Islam terbesar di dunia.

Beliau menjelaskan, usaha ini juga selari dengan hasrat negeri itu untuk menjadikan Shah Alam sebagai pusat pelaburan dana Islam.

"Masa menteri kewangan dulu, dia berpengalaman bangunkan perbankan Islam," katanya, sambil menambah kerajaan negeri masih belum menggunakan sepenuhnya kebolehan Anwar.

"Kelayakan beliau tidak boleh kita persoal. Beliau setuju untuk diberi elaun tetap sebanyak RM1 sebulan."

Jelasnya bayaran itu sebagai tanda keikhlasan Anwar untuk berkhidmat dalam kerajaan negeri itu.

Nik Aziz batal ke Mekah selepas tajaan dipertikai


Menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.

Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang menteri besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.

Amy Search teringin tubuh sekolah tahfiz


Ikon penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi.

Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

"Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.

"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur -- lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.

"Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita.

"Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah Mastika sejak tahun 1996. Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah.

Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.

"Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara.

"Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji," katanya.

Thursday, November 12, 2009

BN DAH LAMA MENANG, KEDAH TAK SENANG-SENANG PUN.


BN DAH LAMA MENANG, KEDAH TAK SENANG-SENANG PUN.

Sepatutnya itulah slogan yang Umno Kedah kena lancar pada 12 November ni.

Nak nafi apa lagi? Hakikatnya BN dah menang dan perintah Kedah lebih 50 tahun dulu, sejak Malaysia masih lagi Tanah Melayu.

Pasai apa selama 51 tahun tadbir Kedah, Umno tak dak usaha untuk senangkan rakyat di negeri jelapang padi ini? Ramai rakyat Kedah tergolong dalam kategori orang susah, tak senang-senang dari dulu sampai la ni.

Bila PR ambil alih perintah Kedah Mac 2008 lalu, lepas wakil-wakil rakyat dPR membuka pusat khidmat, ramai yang pakat terkam pusat khidmat dan mohon bantuan itu dan ini, ada yang nak mohon bantuan JKM, ada yang nak mohon zakat, ada yang nak mohon perbaik rumah dan tak kurang juga yang mintak duit buat belanja harian.

Majoriti yang memohon masa tu adalah orang Umno yang susah lama dah, susah zaman Umno dan BN perintah lagi. Kita tanya pasai apa tak mohon sebelum ni? Jawapannya, dah mintak tapi..... depa pun tau walaupun ahli Umno tapi bukan kroni, susah macamana pun payah nak dapat bantuan.

Umno boleh ambik data permohonan bantuan untuk rakyat susah dengan agensi-agensi seperti JKM, Pejabat Zakat, Pejabat Daerah atau apa-apa agensi yang iktiraf wakil rakyat PR. Mula dari April 2008 sampai ke hari ini bertimbun permohonan yang dah dibuat, ada permohonan yang dah lulus dan ada lagi yang masih dalam proses.

Rakyat Kedah sepatutnya dah lama senang kalau Umno/BN tak menyeleweng hasil negeri. Buktinya laporan audit 2008, tak sampai setahun memerintah kerajaan PR di bawah Dato' Seri Ustaz Azizan boleh tingkatkan hasil negeri sebanyak 205%. Itu baru 9 bulan, kalau genap setahun tentu boleh cecah 275%. Guna formula paling senang, 275% kali dengan 50 tahun, tentu banyak hasil negeri kalau Umno/BN tak seleweng dulu, rakyat Kedah tentu dah senang.

Umno/BN kena malu la sikit kat Ustaz Azizan, dok tak duduk mai nak bagitau rakyat Kedah akan senang lenang kalau BN menang. Nah ambik pantun 2 kerat ni...

Wanita Umno pakai tudung merah
Piiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrraaaaaaaaahhhhhhhhh

Tiada Bai'ah Jatuh Talak Tiga Jika Keluar Parti

ALOR SETAR, - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tiada amalan bai'ah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti.

Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan bai'ah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada bai'ah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain.

"Saya memang bai'ah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja.

"Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini pada Rabu.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.

Azizan berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana ia belum tentu ada (berlaku) dan perlu dibuktikan siapa yang telah melakukannya (bai'ah jatuh talak tiga) terlebih dahulu.

"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? dahla kena tinggal, jatuh talak pula.

"Hat ni belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?," katanya.

Dokumen OSA Dedah Syarikat Milik Pemimpin Umno Tipu 3436 Pembeli Rumah



Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek - dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini - yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan 383 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.

Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) OSA.

Tambahnya, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu juga akan membolehkan petani dan pemilik tanah seluas 17,000 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat.

"Sebelum ini mereka tidak boleh ambil tindakan sebab tidak tahu kedudukan sebenar," katanya dalam sidang media selepas persidangan DUN.

Abdul Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan, yang merupakan penduduk miskin, pada asalnya telah diberikan sebanyak tiga ekar tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.

Katanya lagi, pemilik tanah menyerahkan tanah mereka kepada seorang pemaju yang menukarkan status tanah menjadi tanah komersil untuk dimajukan menjadi projek perumahan Bandar Alam Perdana.

Tambahnya, petani-petani tersebut telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 bagi tanah berkenaan

"Akhirnya pemilik tanah hilang tanah sebab pemaju cagarkan kepada bank, dan 30,000 pembeli rumah tidak mendapat rumah yang dijanjikan," katanya.

"Siapa menteri besar terlibat, siapa usahawan terlibat, semua kita masukkan dalam risalah ini, ada disertakan gambar juga takut salah orang."

Ketika ditanya, Abdul Khalid bagaimanapun gagal mengesahkan sama ada berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam projek tersebut.

"Tujuan (pendedahan) untuk memberi maklumat. Terpulang kepada kita untuk tahu, dulu tanah pertanian, sekarang kalau kita pergi ke tempat situ, projek terbengkalai," katanya.

Katanya lagi, pendedahan ini salah satu daripada usaha untuk membincangkan enakmen baru mengenai kebebasan maklumat di DUN itu nanti.

Jelasnya lagi, risalah itu bertajuk 'Rancangan Revolusi Hijau dan Bandar Alam Perdana: Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat' akan mula diedarkan kepada orang ramai pada Isnin depan.

Ia juga akan mula dimuatkan di laman web rasmi kerajaan negeri itu esok.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Dua risalah rahsia dijadual didedahkan masing-masing pada 13 dan 16 November ini.

Pakatan Rakyat Terima Positif Akuan Bekas Pengarah BPR


Tindakan Bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris, membebaskan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada skandal akaun bank luar negara berjumlah 3 billion ringgit atau mempunyai kaitan dengan kepentingan barat mendapat reasksi positif ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditemui di lobi parlimen hari ini mengalu-alukan tindakan bekas pengarah siasatan agensi pencegah rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, sambil menyifatkan ia sedikit sebanyak telah menjernihkan imej mantan timbalan Perdana Menteri itu.

" Pertama sekali saya mengalu-alukan kenyataan daripada SPRM tersebut. Walau bagaimanapun jika kita menoleh ke belakang melihat sejarah tentang kenyataan tersebut timbul dalam ruang awam, pertama sekali kita lihat ia bermotifkan Anwar Ibrahim ini seorang perasuah yang hebat", ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Razak dalam kenyataannya hari ini memberitahu mahkamah tinggi, tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas.

" Apa yang menarik, isu yang sama diulang berkali-kali, boleh dikatakan setiap hari oleh media-media dan yang paling parah lagi ialah setiap kali pilihanraya isu ini ditimbulkan sehinggalah baru-baru ini ianya ditimbulkan oleh Khairy Jamaluddin sendiri. Dan bagi saya kalau Khairy Jamaluddin tahu kenyataan SPRM ini, Khairy perlu memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Media arus perdana sebelum ini sering menghebahkan cerita kononnya Anwar terlibat dalam skandal 3 bilion ringgit dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat malah ianya kerap kali diulang apabila tiba musim pilihanraya.

Sementara itu bagi ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid pula, tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar hanyalah permainan politik semata.

" Apa yang dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah retorik. Kita tahu siapa Datuk seri Anwar dalam bidang kepimpinan. Kalau Anwar terlibat tentu dia telah ditangkap pada zaman Mahathir tetapi kerana tidak ada, saya melihat ini secara keseluruhan, mereka akan menyerang Datuk seri Anwar habis-habisan".

Malah Abdullah Sani berpendapat, kerajaan Malaysia harus dipertanggunjawabkan sepenuhnya atas fitnah yang telah dilemparkan ini.

" Sebenarnya kerajaan harus bertanggungjawab 100 peratus dan mereka yang mengangkat kes ini harus dihukum termasuk Ketua Pemuda UMNO itu sendiri".

Razak, 60 tahun yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat berkata, BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.

Friday, November 6, 2009

Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS' ??

Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga beliau boleh diumpamakan "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Dr Abdul Aziz berkata, kekalahan bertubi-tubi PAS di Terengganu – negeri Abdul Hadi sendiri – pada pilihan raya umum 2004, selepas menawannya pada 1999, dan tahun lepas serta kemerosotan dalam beberapa pilihan raya kecil menyebabkan beliau meyakini bahawa kritikan tersebut mempunyai asas.

"Kemudian di Bagan Pinang, maaflah, sudah banyak sangat (kalah). Kali ini mungkin betul, bila sudah ada orang sebut, kita ada versi Pak Lah dalam PAS sendiri," katanya.

"Dan memang, kalau tengok kenyataan dia (Abdul Hadi), sama ada yang terbaru ini atau beberapa bulan ini, sudah jelas. Maksudnya, kenyataan tentang UG (kerajaan perpaduan) itu, bukan macam orang politik."

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam “politik baru” Pakatan Rakyat.

"Kita tidak peduli sama ada kumpulan dia (Abdul Hadi) masih bercinta dengan Umno. Itu kita tidak peduli. Tetapi bagi saya, dalam politik, tidak ada peluang kedua.

"Kamu sudah buat, (kemudian) gagal, keluar (berundur). Hendak bertengkar tentang dia jumpa lagi (dengan Umno atau) tidak, imej itu sudah terpalit kepada dia dan kumpulan dia, terutamanya (timbalan presiden) Nasharuddin (Mat Isa)," tambahnya.

'Sudah hilang stim'

Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu kini "sudah hilang stim".

"Dia sudang hilang stim. Sebahagian daripada tindak-tanduknya tidak datang daripada dia atau cuma disuap dalam mulutnya. Contoh yang paling jelas, (idea) kerajaan perpaduan," katanya.

"Tengok, atau kita banding dengan apa yang dibuat sekitar tahun 1980-an dengan amanatnya (petikan ucapan yang dilabel 'Amanat Hadi'). Ini secara efektifnya mengkafirkan Umno. Sekarang kenapa hendak bekerjasama dengan Umno?"

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, pakar undang-undang perlembagaan itu mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti Nasharuddin dan setiausaha agung Datuk Mustafa Ali.

Diminta mengulas sejak bila tokoh PAS itu "hilang stim", Dr Abdul Aziz berkata: "Sebelum (era) reformasi (1998) dia tidak ada peranan yang penting, (sebagai) naib presiden saja atau timbalan presiden.

"Jadi, saya rasa, masalah atau isunya sekarang ini dia seorang timbalan yang bagus. Itu yang selalu disebutkan. Dan itu saya setuju.

"Kalau dia (pada jawatan) nombor dua, dia seorang yang setia dan dapat melaksanakan apa yang disuruh. Tetapi kalau letak dia (sebagai) kapten, setakat ini memang jelas tidak dapat.

"(Keadaan) itu menjelaskan kenapa dia tidak dapat membalas serangan terhadap 'Amanat Hadi' itu. Jadi, serangan itu sudah bersifat politik dan dia sudah tidak dapat main lagi."

Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.

'Ciuman maut'

Dr Abdul Aziz, yang kini semakin lantang mendesak pengunduran Abdul Hadi, diundang membentangkan analisis kemerosotan PAS dalam seminar politik parti itu di Gombak, esok.

Seminar sehari itu, yang dijangka melibatkan 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS, dianjurkan susulan desakan untuk mengadakan muktamar khas bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah".

Ditemui di pejabatnya di kampus Gombak pagi ini, Dr Aziz berkata kelemahan Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, sudah diketahui oleh barisan pemimpin PAS tetapi tiada siapa yang berani menegurnya secara terbuka.

"Semua orang tahu (kelemahan ini), tetapi siapa berani cakap dalam parti yang tema wala'-nya (kesetiaannya) cukup kuat," katanya.

Mengulas isu kerajaan perpaduan, Dr Abdul Aziz menyifatkan ia sebagai "ciuman maut" dan perangkap musuh politiknya Umno untuk terus mengkucar-kacirkan parti Islam itu.

"Kalau yang berunding itu (penasihat PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (mursyidul am, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) atau (tokoh popular DAP) Lim Kit Siang, tidak ada masalah.

"Tetapi kalau dia dengan Nasharuddin ataupun yang lain-lain, (mereka ini) akan dilipat, diduduk oleh Umno (kerana kelemahannya)," katanya.
Hentam sket : Saya pernah keluarkan kenyataan peribadi saya pasal penyakit H1N1 (Hadi &Nasha) dalam PAS nie. Boleh rujuk artikel saya yg lepas. Sampai ada 2-3 orang dalam DPP kawasan marah dan suruh saya mohon maaf sevara terbuka dan mintak ampun kat tokguru depa saya pasai saya gelar pimpinan yg bermasalah nie ngan nama satu penyakit. http://amkpendang.blogspot.com/2009/06/h1n1-masih-pertahankan-kerajaan.html
Tapi ada sorang dua dalam PAS kat tempat saya nie tak leh terima orang luar kutuk tok guru depa, yg terang lagi benderang dah mula terima hasutan dan kata-kata syaitan.. kita jgn jumud sangat ngan kepimpinan.. tak semestinya tok guru kita yg alim kebal ngan segala-galanya sedangkan ayah nabi kita Adam pun boleh termakan hasutan iblis sampai tercampak ke muka bumi, inikan kita hamba allah yg kerdil..
Segala keikhlasan teguran yang saya adalah untuk kebaikan bersama kita dalam Pakatan Rakyat. "Kedah Sejahtera" Nikmat untuk semua...
Takbir !!!

Wednesday, November 4, 2009

Kelantan mungkin tolak Petronas...

Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera negeri itu terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi ini di Parlimen.

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi.

"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."

Kelantan hanya dapat wang ehsan bukan royalti !!

Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.

Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.

Dewan menjadi kecoh dengan njawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.

Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.

Mereka yang terbabit, termasuk Salahuddin sendiri diminta duduk oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Salahudin kemudiannya diberi amaran keluar dewan beberapa jam jika enggan mendengar penjelasan Najib

"Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan kerajaan negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan," kata Najib.

"Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (kerajaan) Persekutuan," sindir Najib.

Tanpa laluan Speaker, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bangkit dan menjelaskan bahawa penjelasan yang diberikan itu tidak menyelesaikan soal kuasa persekutuan dan negeri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Petronas bersama kerajaan persekutuan-negeri.

Pun begitu, Speaker memberi laluan kepada Siti Zailah Mohd Yusoff bercakap mengenai isu royalti Kelantan itu dengan alasan ahli Parlimen Rantau Panjang itu boleh dikatakan mewakili rakyat Kelantan.

"Kenapa sebelum ini kerajaan (Persekutuan) tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan diberikan wang ehsan?" soal Siti Zailah dengan nada yang tegas.

"Setelah rakyat dinafikan hak bertahun-tahun, sekian lama, sekarang hak rakyat Kelantan baru nak dipertimbangkan."

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta Najib menjelaskan soal jaminan persekutuan melangsaikan tuntutan royalti minyak tersebut.

"Apa jaminan kerajaan (persekutuan) bahawa royalti ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat, bukannya kepada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) yang dilantik kerajaan Persekutuan?" soalnya lagi.

Najib dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa sepatutnya rakyat Kelantan tidak ada hak mendapat royalti tersebut.

"Selama ini, kerajaan Kelantan tidak ada hak menerima (royalti minyak), sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini, kita dapat sahkan bahawa ada blok (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan...kita pastikan hanya rakyat Kelantan akan dapat manafaat," kata Najib.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit memprotes jawapan lisan itu.

Bagi mengelakkan Najib terus dipertikai, anggota dari Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusoff bangkit lalu memohon laluan Speaker untuk menjawab soalan lisan seterusnya, yang melibatkan kementeriannya.

Mengikut pengalaman di Terengganu, wang ehsan diberikan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diagihkan menerusi jabatan dan egensi di bawah kerajaan pusat.

Dari segi pelaksanaannya pula, ia akan melalui ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu.

Petang semalam, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mendesak kerajaan pusat supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain.

Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.

Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu.

Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.

Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini.