Thursday, April 30, 2009

Untuk Mu Penyokong Kedah FA

Istana Khir Toyo RM15 juta?








Khir Toyo membina sebuah rumah mewah baru bernilai RM15 juta.

Lokasi rumah tersebut dikatakan terletak di Jalan Suasa, Section 7, Shah Alam, Selangor.

Tuesday, April 28, 2009

Gambar-Gambar Yang Tak Masuk Surat Khabar Semasa Pertandingan akhir Piala FA 2009. Selangor vs Kelantan.













PONDOK PANAS : Pakatan Rakyat mahu penjelasan SPR


PETALING JAYA, 28 April : Pakatan Rakyat mahu penjelasan dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu melarang barung atau pondok panas didirikan semasa hari pembungana undi.

“Pakatan Rakyat amat terkejut dengan kenyataan itu kerana pihak SPR tidak memberi sebarang reaksi semasa mendengar hujah dari Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya mengeluarkan kenyataan di akhbar selepas mendegar hujah kami,” kata Pengarah Pilihanraya Pas Mustafa Ali dalam sidang akhbar yang diadakan di ibupejabat Pas hari ini.

Berikutan keputusan SPR semalam yang melarang kewujudan barung atau pondok panas dan peraih undi sama sekali bertentangan dengan ketetapan yang dibuat pada pilihan raya umum 2004.

“Walaupun Pakatan Rakyat telah memberikan hujah kukuh dengan menyatakan bahawa pondok panas bukan penyebab atau mendatangkan pergaduhan kerana setakat ini tidak ada sebarang laporan polis yang dibuat mana-mana pihak,” kata beliau.

“Pada tahun 2004, sebelum pilihan raya, SPR tidak membenarkan pondok panas tetapi pada pagi hari mengundi, Barisan Nasional telah mendirikan pondok panas sedangkan kita patuh dengan peraturan itu, bila kita tanya SPR, mereka kata peraturan itu diubah pada pagi pilihan raya itu,” katanya Mustafa lagi

Terkini SPR memutuskan semua parti politik tidak lagi dibenarkan mendirikan pondok panas 50 meter dari bilik mengundi selain dilarang memancing undi pada hari mengundi yang akan dikuatkuasakan mulai pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti penghujung bulan depan.

Menurut Mustafa, SPR perlu konsisten dalam hal ini dan selari dengan peranan SPR sebagai badan yang menjalankan pilihan raya secara bersih, telus dan adil .

Berhubung mengehadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon, Saifuddin berkata, tindakan itu juga tidak wajar dilakukan SPR kerana pilihan raya adalah hari pesta demokrasi kepada rakyat.

“Ia adalah hari rakyat mengamalkan hak demokrasi yang mereka ada. SPR tidak perlu menjadikan faktor keselamatan sebagai alasan kerana itu kerja poli, biar polis lakukan kerja mereka,” katanya.

Katanya, beliau yakin larangan-larangan yang dikeluarkan oleh SPR ditujukan khusus kepada Pakatan Rakyat.

“Pihak KeADILan juga sangat kecewa dengan keputusan SPR semalam,” kata Ahli Majlis Tertinggi Sivarasa Rasiah yang juga menghadiri sidang akhbar tersebut.

“SPR telah mengeluarkan kenyataan larangan itu tanpa memberi hujah-hujah balas terhadap alasan yang telah kita berikan dan ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau percaya larangan itu dikeluarkan bagi menyekat jumlah peraih undi bagi Pakatan Rakyat yang lazimnya ramai pada hari mengundi.

“Kalau dulu, di sesetengah tempat, BN lebih ramai dari pembangkang tapi sekarang pembangkang dah lebih ramai berbanding BN,” katanya.

“Tindakan mengehadkan jumlah penyokong itu juga tidak wajar dilakukan kerana bilangan penyokong yang ramai untuk memeriahkan hari penamaan calon adalah perkara biasa,” jelas beliau.

Katanya, “Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat sama ada hari ini atau esok berhubung keputusan SPR semalam,”

Berhubung isu yang sama, Bendahari Dap, Fong Kui Lun berkata, SPR menggunakan faktor kesesakan bagi melarang kewujudan pondok panas dan mengehadkan jumlah pengundi tidak perlu timbul.

Fung berkata, beliau percaya pihak polis mampu mengawal keadaan pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

Sementara itu, ahli Parlinen Pas bukit Raja Dr mariah mahmus berkata bahawa secara tradisinya pondok panas sudah ujud semenjak pilihanraya pertama lagi pada tahun 1959.

“Ianya terbukti bahawa pondok panas sangat memberi manafaat kepada pengundi untuk memudahkan dam melancarkan perjalanan pilihanraya,” jelas beliau.

“Hanya kerana akhir-akhir ini pondok panas Pakatan Rakyat yang sentiasa penuh dan lebih meriah, maka ianya harus dihentikan, dulu pondok panas berpihak kepada BN, pihak parti lain akur dengan keadaan itu,” jelas beliau lagi.

PKR pilih Mansor ganti Fairus


PKR akhirnya menemui calon timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan tersebut awal bulan ini.


Timbalan ketua perhubungan PKR negeri Dr Mansor Othman - seperti diura-urakan sebelumnya - disebut-sebut terpilih mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil Penanti bulan depan.

Nama tokoh kanan PKR itu akan diumumkan oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu program di Yayasan Aman di kawasan Permatang Pauh, malam Ini.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.

Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.


Pilihanraya kecil kerusi DUN itu dijadual diadakan antara 23 hingga 31 Mei ini susulan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohammad Fairus.

Selain timbalan Lim Guan Eng, beliau juga meletakkan jawatan exco pada 8 April lalu dan kemudian melepaskan jawatan ADUN pada 16 April lepas.

Kekosongan jawatan kedua penting itu pernah menimbulkan salah faham terbuka antara ketua menteri dan Anwar kira-kira dua minggu lepas berhubung kelewatan mencari pengganti Mohammad Fairus.

Kami AMK Bahagian Pendang yang pernah mendapat tunjuk ajar Dr Mansor pada PRK N25Bukit Selambau tempoh hari dalam AJK Penerangan, amat mengalu-alukan pemilihan Dr Mansor sebagai Calon PKR di Dun Penanti. Pemilihan ini bagi kami amat tepat memandangkan Karisma Dr Mansor Othman seorang tokoh anak tempatan yang amat mesra dengan sesiapa sahaja.

AMK Kedah akan turun ke Dun Penanti untuk membantu memastikan Kemenangan Parti Keadilan Rakyat.

PKR pecat 16 ahli lawan calon parti

PKR memecat 16 ahlinya di Kedah dan Sarawak yang terlibat mencabar calon-calonnya pada pilihanraya DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai awal bulan ini.

Keputusan itu yang berkuatkuasa serta-merta dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya semalam, kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali.

"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media," katanya.

"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini."



Mereka termasuklah bekas Ketua Penaja Pendang Cikgu Bakaq Pencen bersama Timbalannya Wan Bambee.. yang turut bersubahat.
hik hik.. :P~




Kesian pulak bila mengenangkan Wan Bambee nie.. dia ingat PKR nie bodoh macam dia, kerja dia dok buat selama nie ingat pihak PKR Perhubungan Negeri tak tau. Hope lepas nie buang la crown ahli majlis daerah pendang tuh.. toksah dok gila talak dah naaa.....


Nama (dan bahagian) mereka seperti berikut:

1. Moganakumar Subramaniam (Merbok)
2. Jayagopal Andaikalam (Pokok Sena)
3. Abdul Hamid Othman (Padang Serai)
4. Roslan A Hamid (Padang Serai)
5. Abu Bakar Din (Baling)
6. Abdul Wahab Mat Isa (Sik)
7. Mustafa Hassan (Sik)
8. Kalaivanar Bala Sundram (Jerai)
9. Deivanai Krishnan (Jerai)
10. Abu Bakar Hamid (penaja Pendang)
11. Ahmad Ayub (penaja Pendang)
12. Azhar Ahmad (penaja Jerlun)
13. Dr Ambrose Labang (Julau)
14. Wong Kee Kai (Julau)
15. Rajang Unau (Julau)
16. Kudik Untung (Julau)

Wednesday, April 22, 2009

Penanti, BN tetap akan tanding jangan terperdaya!

KUALA LUMPUR, 22 April - Ucapan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Penanti (PRK) lahir dari suara hati Najib sendiri.

"Sememangnya ada desakan untuk BN tidak bertanding di Penanti kerana bukan faktor pembaziran tetapi faktor takut kalah. Jika BN kalah maka keadaan BN dan Umno akan lebih parah. Malah imej Najib akan lebih teruk," kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin kepada Harakahdaily.

Katanya, Najib berada di kedudukan "ditelan mati bapak luah mati emak" kerana, jika bertanding imejnya akan ditembak tetapi jika tidak bertanding Najib akan dilabel sebagai PM paling penakut.

Namun hakikatnya desakan untuk BN tidak menurunkan calon tidak sehebat atau sekuat untuk bertanding, katanya.

"Ramai yang mahukan pertandingan. Pihak yang paling kuat desak untuk mesti turun calon ialah pihak yang mendapat habuan setiap kali pilihan raya.

"'Runner' penghantar bekalan pastinya mahukan BN menurunkan calon agar mereka boleh terus mencukai bekalan yang dihantar," katanya.

Pihak kedua yang kuat mendesak ialah saki baki penyokong Tun Abdullah Ahmad Badawi; kelompok anti Najib dan pro Tan Sri Muhyiddin Yassin, dakwanya.

Ujar Badrul Hisham, desakan ini dibuat kerana untuk menamatkan lebih cepat riwayat Najib.

Penyokong Abdullah tentu seronok melihat Najib dimalukan, maka dapat dibuktikan kekalahan BN sebelum ini bukan faktor Abdullah semata-mata, katanya.

"Kumpulan pro Muhyiddin tentu menilai jika faktor usia sudah tentu Muhyiddin tidak sempat duduk kerusi PM kerana Najib lebih sihat dari Muhyiddin yang kelihatan begitu sembab," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat perlu jangan leka dan bersedia.

"Jentera Pakatan Rakyat perlu bersedia sepenuhnya dan jangan terhanyut dengan kata-kata ketakutan Najib kerana ikutkan Najib memang tidak mahu letak calon tetapi Najib tidak mampu mencengkam BN untuk mengikut katanya," katanya.

Thursday, April 16, 2009

The Time - Anwar Ibrahim Antara 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2008′


KUALA LUMPUR, 15 April : KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim telah dicalonkan sebagai antara 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2008!

Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan orang nombor satu KeADILan sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun ini.

Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barrack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.

Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2008, anda boleh layari pautan di bawah: -

http://www.time.com/time/specials/2007/article/0,28804,1733748_1733757_1735709,00.html

The 2008 TIME 100 Finalists

Tuesday, April 14, 2009

ADUN BN diugut BN, 10 boikot DUN T'ganu

Apr 14, 09 10:39am

Hairan Bin Ajaib !! selalunya DUN atau ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat diugut oleh BN tapi zaman Najib memerintah Adun dari BN diugut oleh pihak mereka sendiri.

Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.


Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri, sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu.

Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS ugutan pada jam 11.20 malam tadi.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

Selain mereka bertiga, turut tidak hadir di sidang DUN pagi ini ialah
Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Dipercayai, beberapa ADUN BN akan ke Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berhubung krisis terbaru di negeri itu.

Krisis kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini tercetus genap setahun selepas berlaku perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan Idris, menteri besar waktu itu.

Minggu lalu, Ahmad memberi amaran keras termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang dewan minggu ini.

BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula lapan kerusi.

Sementara itu, Rosol yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, memberitahu sidang akhbar pagi ini bahawa selain 10 Adun berkenaan, tiga lagi Adun BN yang menyokong tindakan mereka, tidak menghadiri sidang DUN hari ini.

Bagaimanapun, Berita Harian memetiknya sebagai berkata, ketiga-tiga ADUN tersebut tidak bersama mereka dalam sidang media itu.

Bagaimanapun Bernama melaporkan, selain menteri besar dan 10 exco kerajaan negeri, hanya tiga wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab itu.

Tindakan memulaukan dewan itu, lapor agensi berita itu lagi, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN pembangkang.

Menurut Rosol di sidang media itu, mereka tidak akan hadir persidangan DUN selagi tidak mendapat jaminan keselamatan berikutan ugutan bunuh menerusi SMS itu.

"Kita akan hadir pada hari terakhir sidang dewan esok jika mendapat jaminan keselamatan daripada polis," katanya.

Thursday, April 9, 2009

Anak Mahathir beli saham kilang arak !!!


San Miguel Brewery Inc. adalah syarikat pengeluar minuman keras terbesar di Philipina.

Sebuah syarikat dari pengeluar minuman keras dari Jepun pula, Kirin Holdings Co. Ltd. memiliki saham di dalam San Miguel Brewery Inc. sebanyak 19.91% atau 628,666,675 saham.

Bagaimana pun, Kirin telah menjual saham mereka didalam San Miguel kepada Q-Tech Alliance Holdings Inc.

Q-Tech Alliance Holdings Inc dimiliki oleh Roberto V. Ongpin, Eric O. Recto, Mirzan Mahathir, Seumas James Dawes dan Alexander Poblador.

Kirin menjual saham mereka kepada Q-Tech dengan harga Peso63 sesaham dan pembelian ini telah melibatkan transaksi sebanyak Peso39.61Billion.

Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan.

Q-Tech buys Kirin stake in San Miguel
MONDAY, 23 FEBRUARY 2009 01:12

A GROUP led by former Trade Minister Roberto V. Ongpin and Petron Corp. president Eric O. Recto is acquiring for P39.61 billion the 19.91-percent stake of Japanese beverage maker Kirin Holdings Co., Ltd. in San Miguel Corp. (SMC).

Kirin on Friday announced the sale to Q-Tech Alliance Holdings Inc., a company incorporated in the Philippines with an authorized capital stock of P1 billion.

Under the share sale agreement between the two parties, Q-Tech will buy all the 628,666,675 shares Kirin holds in SMC at P63 each (¥120). SMC shares were valued P41.50 each at the end of Friday’s trading at the stock market. Kirin and Q-Tech expect to close the transaction in May.

Recto, in a phone interview, told the BusinessMirror that Q-Tech’s acquisition of the SMC stake will be bankrolled by both equity and debt. “The opportunity to pick up a 19.91-percent block in SMC at a price that we think is fair does not come too often,” he said.

Asked if Q-Tech is positioning itself as an aggressive investor in Philippine business, Recto said the company’s focus is its investment in SMC. “Once that is done, then we will evaluate what else might come Q-Tech’s way.”


Q-Tech’s incorporation papers have recently been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). Based on its filing, its primary purpose is to “acquire by purchase, exchange, assignment or otherwise, and to sell, assign, transfer, exchange, lease, let, develop, mortgage, pledge, deal in and with and otherwise operate, enjoy and dispose of all properties of every kind and description and wherever situated and to the extent permitted by law, including but not limited to real estate.”

Apart from Ongpin and Recto, other incorporators listed were Mirzan Mahathir, the eldest son of Malaysia’s former Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad and who previously worked for IBM Corp.and Salomon Brothers; Seumas James Dawes, a senior fund manager at Ashmore; and lawyer Alexander Poblador.

Recto doused speculation that SMC vice chairman and president Ramon S. Ang is part of Q-Tech’s board, saying, “Ang is not in Q-Tech although it was through him that we learned about the interest of Kirin to divest of its SMC shares.”

Kirin will pay P58.9 billion, partly funded by the sale of its holding in the parent of the beermaker, the Japanese brewer said in statements to Tokyo’s stock exchange. The price represents an 8.8-percent discount on San Miguel Brewery Inc.’s closing price on Thursday.

The deal gives Tokyo-based Kirin direct ownership in the country’s biggest brewer, which was spun off in May as SMC diversified into energy and mining. The purchase will help Kirin president Kazuyasu Kato meet his goal of doubling the proportion of overseas sales by 2015.

“We view the investment in San Miguel Brewery as positive since it entails the core alcohol business with high profitability and growth potential,” Naomi Takagi, an analyst at JPMorgan Chase & Co., said in a report before the announcement. “Ultimately, Kirin would like to make San Miguel Brewery a subsidiary with additional investments.”

San Miguel Brewery shares fell 7.2 percent on Friday, the most since the company’s initial public offering in May, to close at P9 pesos before the announcement. Kirin declined 0.8 percent to ¥930 in Tokyo.

The sale reduces SMC’s stake in the brewing unit to 51 percent from 94 percent. Kirin said it will offer to purchase more stock from San Miguel Brewery investors at P8.841 a share, the same price paid to San Miguel Corp., to take a 49-percent stake.

San Miguel Brewery, which has 95 percent of the Philippine beer market, may also buy its parent’s overseas beer business, Kirin said. The brewer, which completed a P6.16-billion initial public offering in April last year, had net income of P10 billion last year on sales of P48.8 billion.

The company has been making San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines, China, Indonesia, Vietnam, Thailand and Malaysia, and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s website.

“We need a strong partner for our brewing business particularly as SMC begins to branch out into other industries and I am confident that as a result of Kirin’s direct buy-in, our beer products will see higher sales and even better efficiencies going forward,” said Ang.

Since 2007, SMC has been selling its food and beverage assets as it seeks to expand into faster growing mining, infrastructure and property industries.

The transactions allow Kirin to “focus its investment in the alcohol business,” the Japanese company said.

The deal follows San Miguel Brewery’s payment of P5.24 billion in dividends in the three months to February 13, which exceeded the P4.4-billion cash and near-cash items the company had in September. San Miguel Brewery also agreed to pay P38.8 billion to acquire beer brands, intellectual property rights and parcels of land from SMC.

“San Miguel has been well advised by its investment bankers,” James Lago, head of research at PCCI Securities Brokers Corp. in Manila, said. “There will be short-term pressure on San Miguel Brewery’s cash flow once it starts servicing the debt it must raise to pay for those assets acquired from SMC. But if Kirin is in it for the long haul and believes that the Philippine beer market still has room for growth, then it’s an acceptable risk.”

Kirin said in August it planned to spend ¥300 billion on acquisitions to maintain growth. It aims to increase its percentage of overseas sales to 30 percent by 2015 from 18 percent in 2006.

The Japanese company has been accelerating its international expansion as a declining birthrate reduces potential customers at home and a stronger yen makes foreign acquisitions less expensive.

In 2007, it acquired Australian dairy and fruit juice maker National Foods from SMC in a deal valued at ¥294 billion. It built on this with the takeover of Australia’s Dairy Farmers for A$675 million last year.

Kirin’s Australian affiliate Lion Nathan Ltd. this month scrapped a A$7.3 billion takeover offer for Coca-Cola Amatil Ltd. after the target’s biggest shareholder rejected the bid.

In January, Kirin said beer sales by volume will probably fall 0.5 percent in Japan this year.

Bank of Scotland Plc. advised San Miguel. Nomura Securities Co. represented Kirin.

With the purchase by Kirin of a 43.25 percent stake in SMB, the Japanese company will conduct a tender offer to buy additional shares from all other existing SMB shareholders at the same purchase price offered to SMC. The details of the tender offer will be announced by Kirin once they are finalized.

The move is in compliance with the Securities Regulation Code which mandates that an entity buying more than 35 percent of a company must tender offer to the other shareholders. Honey Madrilejos-Reyes, with Bloomberg

Mahathir’s son joins San Miguel

Some will call it a swap deal by any stretch of imagination. Former Trade Minister Roberto Ongpin and Ashmore executive Seumas James Dawes are part of a group that is buying Kirin Holdings Co.’s 19.9-percent stake in San Miguel Corp.

Q-Tech Alliance Holdings Inc., the company formed by Ongpin and Eric Recto, president of Petron and a representative of Ashmore in the Philippines’ largest oil refiner, is the corporate buyer of Kirin’s entire stake in San Miguel Corp.

Q-Tech’s impending purchase of the San Miguel stake coincides with the plan of the Ashmore Group to sell its entire stake in Petron to San Miguel under an option-to-purchase agreement.

Ongpin and Recto have formed Q-Tech for P39.6 billion with Mirzan Mahathir, the eldest son of former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad; Dawes, a senior fund manager of the UK-based Ashmore group; Bahrain’s QTel Al Sadd Holdings SPC, and lawyer Alexander Poblador.

Q-Tech’s exact corporate identity remains a mystery but the grapevine said Ashmore Group would likely have a significant control in the company as compensation for losing control of Petron. As a San Miguel investor, Q-Tech will also have an indirect ownership of Manila Electric Co.

Mirzan Mahathir, meanwhile, is a director of at least eight companies listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange. His private company, Peringkat Prestasi, holds many of his investments, including a large stake in Lion Corp. His Konsortium Perkapalan Bhd, a listed haulage and logistics company, controls almost half of Malaysia’s road freight market.

The younger Mahathir is dogged with controversies in Malaysia. He has received a rescue package for his shipping empire that includes aid from state-controlled Malaysian International Shipping Corp. and government-owned Petronas. His father defended the package, saying it was a routine commercial transaction. Critics labeled it as favoritism.

Mirzan Mahathir is also director of two companies that won privatization contracts from Kuala Lumpur.

Khairy dah kena Humban. Namanya tiada dalam senarai Kabinet Najib !!


KETUA Pergerakan Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin tidak terpilih menganggotai kabinet Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang diumumkan petang tadi. Beliau satu-satunya ketua dari sayap parti itu yang tidak terpilih duduk sebaris dalam saf "Pasukan Baru" Najib.

Namun penentangnya pada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno hujung bulan lalu, Dato' Mukhriz Tun Mahathir dikutip menganggotai kabinet sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membantu Dato' Mustapa Mohamed yang dipindahkan ke kementerian ini.

Paling sadis, Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim turut diserap ke dalam "Pasukan Baru" Najib dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan membantu Dato' Ahmad Shabery Chik yang dipindahkan dari Kementerian Penerangan.

Ini boleh dilihat sebagai suatu "tekanan" Najib terhadap ketua pergerakan itu, Khairy yang tidak terpilih. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari pergerakan itu terhadap "peminggiran" Khairy dalam "Pasukan Baru" Najib yang diumumkan petang tadi.

Apakah gesaan menantu Pak Lah itu sebelum ini, kononnya bersedia untuk tidak dilantik ke kabinet suatu yang ikhlas, terpaksa dibungkam sendiri Khairy apabila Najib tidak membariskannya sebagai salah seorang dari "Pasukan Baru" beliau, sedangkan Khairy adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, sayap paling kanan Umno.


Ini merupakan satu sejarah pergerakan tersebut kerana selama ini ketuanya sentiasa dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Adalah dipercayai, tindakan ganjil ini akan akan menimbulkan masalah baru "api dalam sekam" dan "gunting dalam lipatan".

Sementara itu, satu lagi sayap Umno, Pergerakan Puteri diiktiraf oleh Najib apabila Ketuanya yang baru, Datuk Rosnah Rashid Shilin disenaraikan dengan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kabinet yang diistilahkan sebagai "Pasukan Baru" dengan dianggotai 28 orang sebagai menteri penuh dan 40 yang lain dilantik timbalan menteri.

Secara umumnya, saiz kabinet baru ini yang diistiharkan tujuh hari selepas Najib dilantik Perdana Menteri keenam adalah lebih kecil - hanya terdiri daripada 25 portfolio dengan perubahan banyak melibatkan wakil Umno termasuk dari Sabah dan MCA serta Gerakan


Video Bukti Khairy di tolak !!!

Berikut adala senarai penuh kabinet baru

Kementrian Kewangan

(1) Najib Abdul Razak

(2) Ahmad Husni Hanadzlah

Chor Chee Heong (timbalan)
Senator Dr Awang Adek Hussien (timbalan)

Kementrian Pelajaran

Muhyiddin Yassin

Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zarkashi (timbalan)

Kementrian Pengangkutan

Ong Tee Keat
Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zakarshi (timbalan)

Kementrian Dalam negeri

Hishammuddin Hussein
Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Kemetrian Penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan

Dr Rais Yatim
Joseph Salang Gandum (timbalan)
Heng Seai Kie (timbalan)

Tenaga, teknologi hijau dan air

Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Pembangunan luar bandar dan wilayah

Shafie Apdal
Hassan Malek (timbalan)
Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Pengajian tinggi
Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan antarabangsa dan industri

Mustapa Mohamed

Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan

Dr Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani

Noh Omar
ohari Baharom (timbalan)

Pertahanan

Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya

Shaziman Mansur

Kesihatan

Liow Tiong Lai

Belia dan sukan

Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia

S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan

Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat

Shahrizat Abdul Jalil

Kementerian Luar

Anifah Aman

Wilayah persekutuan

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Dr Koh Tsu Koon - hal ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi

Nazri Abdul Aziz - hal ehwal perundangan dan parlimen

Nor Mohamed Yaakop - UPU

Major Gen Jamil Khir Baharom - Islamic Affairs

Dep JPM ministers:
Liew Vui Keong
Dr Mashitah Ibrahim (sen)
SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah (sen)

Finance - Najib Abdul Razak
No 2 - Ahmad Husni Hanadzlan
Dep - Chor Chee Heong
Dep - Dr Awang Adek Hussien (sen)

Education - Muhyiddin Yassin
Dep - Dr Wee Ka Siong
Dep - Dr Puad Zakarshi

Transport - Ong Tee Keat
Dep - Abdul Rahin Bakri
Dep - Robert Lau Hoi Chew

Agricultural Dev and commodities - Bernard Dompok
Dep - Hamzah Zainuddin

Home - Hishamuddin Hussien
Dep - Abu Seman Yusop
Dep - Jelaing Mersat

NEW - Kementerian Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan - Dr Rais Yatim
Dep - Joseph Salang Gandum
Dep - Heng Seai Kie (sen)

NEW - Energy, Green Technology and Water - Peter Chin Fah Kui
Dep - Noriah Kasnon

Rural development and territories - shafie apdal
Dep - Hassan Malek
Dep - Joseph Entulu Belaun

Higher education - Khaled Nordin
Dep - Dr Hou Kok Chung
Dep - Saifuddin Abdullah

International Trade and Industry - Mustapa Mohamad
Dep - Mukhriz Mahathir
Dep - Jacob Dungau Sagan

Science, Technology and Innovation - Dr Maximus Ongkili
Dep - Fadillah Yusof

Tourism - Ng Yen Yen
Dep - Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Agriculture - Noh Omar
Dep - Johari Baharom
Dep - Rohani Abdul Karim

Defence - Dr Ahmad Zahid Hamidi
Dep - Dr Abdul Latif Ahmad

Works - Shaziman Abu Mansor
Dep - Yong Khoon Seng

Health - Liow Tiong Lai
Dep - Rosnah Rashid Shilin

Youth and Sports - Ahmad Shabery Cheek
Dep - Razali Ibrahim
Dep - Wee Jeck Seng

Human Resource - Dr S Subramaniam
Dep - Maznah Mazlan

Domestic Trade and Consumer Affairs - Ismail Sabri Yaakob
Dep - Tan Lian Hoe

Housing and Local Government - Kong Cho Ha
Dep - Lajim Ukin

Women, Family and Society Development - Sharizat (sen)
Dep - Chew Mei Fun

Foreign - Anifah Aman
Dep - A Kohilan Pillay (sen)
Dep - Lee Chee Leong (sen)

Federal Territories - Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Dep - M Saravanan

Wednesday, April 8, 2009

Manikumar berjanji laksana Piagam Calon


SUNGAI PETANI, 8 April- Calon KeADILan, S. Manikumar yang memenangi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun N.25 Bukit Selambau berjanji akan melaksanakan semua janji-janji yang termaktub di dalam piagam calon beliau.

Pertamanya, beliau akan menunaikan janjinya untuk membuak pusat khidmat rakyat dalam masa 48 jam selepas diumumkan sebagai pemenang dalam PRK tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Dun Bukit Selambau yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat dan mempercayainya untuk memimpin mereka pada masa hadapan.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera yang telah bekerjasama dengan saya selama ini. Juga terima kasih kepada jentera PAS dan DAP yang turut membantu," ujarnya kepada wakil media selepas diisytiharkan sebagai pemenang dalam PRK tersebut.


Sementara itu, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali pula menyifatkan kemenangan KeADILAn di Bukit Selambau dan PAS di Bukit Gantang sebagai satu referandum rakyat kepada pucuk pimpinan baru negera yang diterajui Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Walaupun ada penurunan dalam sokongan kepada kedua-dua calon KeADILAn dan BN. Ini diburukkan dengan peratus keluar mengundi yang menurun, apapun kita mampu mempertahankan majoriti yang cuku baik dan meyakinkan.

"Perlu diingat ini adalah pilihan raya kecil bukannya pilihan raya umum. Kita berhadapan dan dengan keseluruhan jentera dari kerajaan pusat di sini, namun kita masih menang dengan majoriti yang membanggakan. Ini adalah satu referandum rakyat kepada pimpinan Najib,"kata beliau.

Bekas ADUN Bkt Selambau muncul selepas 'hilang'

Bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam, muncul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star - sehari selepas PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil semalam.


Ketibaannya disambut oleh Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim dan ADUN baru PKR di Bukit Selambau, S Manikumar.Beliau tiba di lapangan terbang tersebut pada jam 3 petang.Turut menyambutnya ialah peguamnya dan anggota keluarganya.

Arumugam sebelum ini meletakkan jawatan exco kerajaan negeri Kedah serta ADUN Bukit Selambau awal Februari selepas mendakwa keselamatannya terancam.
Sejak itu beliau tidak dapat dikesan sehinggalah muncul semula hari ini.
Tenang fikiran di Chennai

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Arumugam berkata beliau telah pergi di Chennai, India, seorang diri untuk untuk menenangkan fikiran.
Menurutnya, beliau berbuat kerana mahu menjaga keselamatan isteri dan anggota keluarga.

Dan katanya, beliau mengambil keputusan untuk balik sekarang, kerana pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sudah selesai.Dalam pilihanraya kecil itu semalam, calon PKR, S Manikumar berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 2,403 undi.
Beliau meraih 12,632 undi untuk menewaskan calon BN dari MIC, Datuk S Ganesan, yang mendapat 10,229 undi.

Mengulas mengenai ugutan yang diterima sebelum berlepas ke Chennai, Arumugam berkata:
"Sudah banyak kali buat laporan polis, tindakan tak diambil, sampai bila saya nak tunggu.

Laporan polis

"Pada hal, ada orang nak culik saya. Saya dah bagi tahu pihak polis, dan kawat cam sudah dibuat, ada orang nak mai pecah cermin kereta saya, sampai sekarang, tak ada apa apa hasil. tak kan suspek tak ada kot?."Sampai orang ikat surat dengan batu-bata, tak ada apa-apa (tindakan) pun. "Berapa lama saya nak tunggu. Tunggu orang nak bunuh saya baru nak ambil tindakan?" soalnya.

Ditanya apakah tindakannya jika masih menerima ugutan, Arumugam berkata: "Saya baru sampai, setakat ini tak tahu lah. Kalau ada kita buat laporan polislah...
"Saya balik kawan-kawan boleh tolong. Saya nampak keselamatannya lebih (terjamin)," katanya sambil menambah beliau masih takut lagi.


Ditanya sam ada beliau menyesal melepas jawata exco dan ADUN, Arumugam berkata: "Kena jaga keselamatan isteri dan keluarga saya. Kalau rezeki (dah) tak ada, nak buat macam mana..."Kerja dah sebelas bulan, dan tuhan dah bagi rezeki macam tu, nak buat macam mana."

Minta maaf

DItanya siapakah yang beliau ingat selama berada di Chennai, Arumugam berkata: "Saya teringat isteri dan keluarga saya".Ditanya sama ada beliau teringat rakyat yang diwakilinya, beliau menjawab: "Fikir juga... macam menghampakan penduduk Bukit Selambau, tapi saya berdoa,S Manikumar menang."

Arumugam berkata, semasa berada di Chennai, beliau sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa di Malaysia.Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf kerana meninggalkan penduduk yang diwakilinya begitu sahaja, Arumugam berkata, beliau memang mahu memohon maaf sebab mereka telah memilihnya sebagai ADUN.

Namun begitu, tambahnya, Manikumar sudah menang di Bukit Selambau dan "beliau boleh sambung tugas-tugasa saya."Ditanya perancangannya selepas ini, Arumugam secara berseloroh berkata: "Saya kena cari kerja..."

Pembabitan dalam politik

Ditanya sama ada beliau akan terus aktif dalam politik, Arumugam yang juga timbalan pengerusi PKR Kedah berkata, ia terpulang kepada pemimpin atasan PKR. Apa pun, katanya, beliau tetap menjadi ahli PKR.

Arumugam turut mengucapkan tahniah kepada Manikumar yang tidak lama lagi akan dilantiks sebagai exco kerajaan negeri Kedah.Katanya, majoriti yang diperolehi Manikumar mungkin lebih besar jika tidak ada 13 calon bebas yang turut bertanding semalam.

Beliau juga menyifatkan kemenangan Manikumar itu sebagai petanda bahawa tsunami politik akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Tuesday, April 7, 2009

BN Mungkin Kalah di Bukit Selambau

BERDASARKAN perkiraan 'tradisi' peluang PKR di Bukit Selambau lebih cerah dari Pas di Bukit Gantang. Perkiraan tradisi itu ialah apabila peratus keluar mengundi rendah ia memberi kebimbangan kepada BN.

Kebiasaanya di mana-mana pilihan raya kecil kalau peratus keluar mengundi rendah ia memberi keuntungan kepada parti pembangkang. Kerendahan peratus mengundi itu selalunya disebabkan pengundi BN tidak keluar dan tidak mengambil berat pada pilihan raya itu seperti mana pengundi pembangkang yang akan keluar beramai-ramai mendokong calon mereka.

Peratus keluar mengundi di Bukit Selambau sehingga kini belum mencecah ke angka 60 peratus, demikian menurut pengamatan Setiausaha Umno Bahagian Pokok Sena, Ramli Mohd Yunus yang dihubungi sekejap tadi. Manakala menurut SPR sehingga jam 3:00 petang tadi peratus mengundi di Bukit Selambau hanya 55%.

Katanya peratus mengundi kali ini begitu ketara sekali kekurangannya. Ramli menyebut misalnya di salah satu peti undi yang mempunyai 5,000 pengundi tidak sampai separuh yang keluar mengundi. Sehingga kini katanya terdapat kira-kira 3,000 pengundi lagi belum keluar mengundi.

Ditanya kenapa masalah ini timbul beliau menjelaskan ialah kerana masalah calon. Kebanyakan yang tidak keluar mengundi itu ialah orang Melayu. Mereka yang inginkan calon Melayu mengambil sikap mendiamkan diri di rumah kerana kedua pihak BN dan Pakatan meletakkan calon India.

Keadaan ini juga berlaku pada pilihan raya umum lalu bila mana calon bukan Melayu bertanding di situ orang Melayu enggan keluar. Peratus keluar mengundi pilihan raya umum lalu ialah 73.76%.

"Biasanya kalau peratus keluar mengundi rendah, susahlah untuk kita (UBN) hendak menang," keluh Ramli. [bkt gantang 3:45 pm 07/04/09]

Petugas PKR dakwa cuba dicabuli penyokong Umno

Apr 7, 09 11:17am
PKR mendakwa seorang petugas wanitanya dikasari dan cuba dicabuli oleh penyokong BN semalam di bilik gerakan Umno di Bukit Gantang sewaktu kumpulan petugas itu melalui kawasan tersebut.

Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mendakwa wanita itu "ditarik secara paksa ke dalam bilik khidmat masyarakat Umno atas tujuan cubaan mencabul kehormatan mangsa."

"Bagaimanapun, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan.

"Berhubung kejadian ini, beliau (wanita itu) yang ditemani oleh petugas pilihanraya PKR dan saksi kejadian telah mengemukan dua laporan polis secara berasingan di balai polis Simpang, Bukit Gantang."

Tambahnya, insiden tersebut disahkan oleh pengarah pilihanraya Wanita PKR di parlimen tersebut Rodziah Ismail.

"Wanita PKR mengutuk sekeras-kerasnya insiden ini dan menyatakan rasa kesal terhadap tindakan media kawalan Umno-BN yang dilihat sebagai berat sebelah dan tidak beretika.

"Wanita PKR akan menyaman mana-mana media yang menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat adalah laporan palsu; media berkenaan perlu memperbetulkan laporannya kerana bukti kejadian dan pencabulan kehormatan mangsa adalah jelas dan lengkap," kata Zuraidah.

"Insiden ini telah mengambarkan betapa sebahagian petugas pilihanraya Umno sanggup dan tidak teragak-agak melakukan perbuatan yang terkutuk dan melampaui batasan moraliti dan agama."

Terkini : Gambar-gambar menarik sekitar PRK N25 Bukit Selambau

Saksikan lah aksi-aksi menjelekkan, ini lah didikan islam hadhari pemimpin UMNO kepada Pelapis mereka. Kami AMK amat kasihan melihat mereka, kerana mereka semua ini orang Melayu Islam.









Semua gambar ini dirakam di pusat pembuangan undi Sekolah Menengah Aman jaya, JDM Taman Ria Jaya. Hairannya polis terus jadi "anjing" BN membiarkan Penyokong BN membuat provokasi kepada penyokong Pakatan Rakyat.


Lihat lah Perbezaan Penyokong Barisan Nasional dengan Penyokong Pakatan Rakyat.

Jangan biarkan anak-anak anda mewarisi aksi-aksi jelek Penyokong Barisan Nasional.

Sekitar Program Terakhir Grand Finale Pakatan Rakyat

12.30 am
Konvoi memulakan perarakan dengan membawa bendera parti sambil menghon sekitar kawasan panas Bukit Selambau.

12.07 am
Pengunjung ceramah mula beredar dan jalan menjadi sesak denga pengunjung yang bersurai. Anwar dan para pemimpin serta YB-YB menaiki pejabat Yayasan Aman untuk meneruskan perbincangan seterusnya berkenaan strategi terakhir PRK Bukit Selambau.

12.00 am
Ceramah di tutup dengan pesanan Anwar supaya memilih pemimpin yang bersih, tidak perasuah. Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pemimpin tertinggi komponen PR yang banyak membantu di dalam kempen kali ini, juga pemimpin-pemimpin Hindraf diucapkan syabas di atas pembebasan dan sokongan yang diberikan kepada PR.

Lalu-lintas masih dalam keadaan terkawal dan bergerak perlahan di hadapan Yayasan Aman. Pesanan terakhir Anwar mengingatkan para pengundi supaya menolak pemimpin rasuah, pemimpin yang memperkotak-katik serta memperbodoh-bodohkan rakyat, pemimpin yang mengaut hasil mahsyul negara dan pemimpin yang korup.



Anwar menjemput Ustaz Badrulamin untuk menutup acara malam ini dengan bacaan doa. Diikuti dengan laungan takbir sebanyak 3 kali dan reformasi.

11.55 pm
Anwar mengambil semula pentas dan berpesan kepada para petugas untuk berhati-hati terhadap pengundi hantu yang dipercayai akan menerobos masuk ke pusat pengundian dengan bantuan pihak keselamatan, sepertimana yang di bongkar siang tadi, apabila 3 buah bas PDRM di lihat memasuki perkarangan Martek IPD Kuala Muda dengan membawa orang awam.



11.50 pm
Anwar mengakhiri ucapan beliau dan menjemput calon PR ke atas pentas, S. Manikumar untuk meneruskan acara.

11.47 pm
Media Malaysia mengamalkan piawaian berbeza apabila melaporkan berita berkenaan isu semasa di mana Anwar menempelak sikap yang tidak adil ini.

11.44 pm
PPSMI turut di sentuh oleh Anwar. Isu ini membunuh keupayaan anak bangsa untuk memahami Sains dan Matematik di dalam bahasa ib11.47unda, di mana, pelajar-pelajar akan lebih mudah menerima pembelajaran tanpa terkial-kial untuk memahami bahasa inggeris terlebih dahulu.

11.41 pm
Zaid Ibrahim di puji oleh Anwar atas tindakan beliau melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana berpegang pada prinsip, tidak seperti pemimpin BN yang masih lagi mahu berpegang pada kuasa walau pun bergelumang dengan segala pertuduhan yang berat-berat.

11.37 pm
Isu susunan calon pada kertas undi turut di sentuh oleh Anwar di mana, calon BN yang mendapat cabutan undi bernombor 13, telah ditempatkan ditengah-tengah kertas undi setelah pengubah-suaian kertas undi diadakan.

Manakala calon PR terletak di barisan kedua pada ruang yang pertama. Setiap barisan memaparkan 3 calon dan terdapat 5 barisan semuanya yang di cetak di atas kertas undi secara landscape. Suatu pembaharuan yang dilakukan untuk menampung 15 calon, tidak seperti sebelumnya yang di cetak secara potrait.

11.31 pm
Anwar terus mengambil pentas untuk menyampaikan ucapan perdana. Beliau menekankan gagasan Harapan Baru Malaysia yang diperjuangkan PR serta berterima kasih kepada RTM dan TV3 kerana menyiarkan gambarnya semasa muda, yang menyentuh isu beliau mencabar PAS.

11.30 pm
Ketibaan Anwar Ibrahim ke Yayasan Aman baru sahaja diumumkan oleh Azmin diikuti oleh jeritan reformasi sebanyak tiga kali oleh para hadirin dan tepukan yang bergemuruh.

11.29 pm
Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, turut di sentuh oleh Azmin sebagai seorang pemimpin yang tidak menindas orang, tidak seperti Najib.

11.23 pm
Azmin Ali menyentuh berkenaan kezaliman BN yang merampas kuasa di Perak, juga surat khabar lama, konotasi yang ditujukan kepada Mahathir kerana terlibat secara langsung di dalam episod pertembungan antara UMNO dan Raja-Raja Melayu. Mahathir dikatakan sebagai surat khabar lama kerana mengulangi cerita-cerita silam yang sudah tentu telah berubah mengikut peredaran zaman.

Helikopter polis masih lagi berlegar-legar di sekitar Yayasan Aman untuk memantau perjalanan ceramah di sini.

11.18 pm
Azmin Ali kini mengambil pentas ceramah dan diberikan tepukan yang bergemuruh. Hujan telah pun berhenti dan pengunjung masih lagi tidak berganjak daripada tapak ceramah.

11.06 pm
Zaid menyentuh berkenaan polisi British semasa menguasai Tanah Melayu dengan menjalankan dasar pecah dan perintah, di mana polisi tersebut telah diteruskan oleh kerjaan BN. Hujan hampir berhenti tetapi turun rintik-rintik.



11.01 pm
Hujan mulai reda dan turun renyai-renyai, secepat ia datang. Para pengunjung tidak berganjak daripada lokasi ceramah.



10.55 pm
Zaid Ibrahim mengambil pentas ceramah. Cuaca tiba-tiba bertukar dan hujan turun dengan lebatnya, namun para pendengar masih lagi setia mendengar ceramah di dalam hujan.

10.53 pm
Saifudin mengalu-alukan kedatangan Azmin Ali ke pusat ceramah dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas PR sebelum mengakhiri ucapannya.

10.48 pm
Isu yang turut di kupas oleh Saifudin merangkumi race, religion dan royalty (3R). BN memainkan sentimen Nga yang menggunakan ayat al-quran di dalam ucapannya turut di komen oleh Saifudin dengan bertanya samada Najib sendiri berupayakah untuk berbuat perkara yang sama dengan memetik ayat al-quran dengan tepat, menyebutnya dengan betul dan memahami isi kandungannya.

10.41 pm
Saifudin menarik perhatian pendengar dengan menyentuh secara ringkas isu pembunuhan Altantuya, dan memperkenalkan calon PR, S. Manikumar. Beliau juga mengingatkan para pengundi supaya keluar awal untuk mengundi.



Saifudin juga menyentuh mengenai betapa tidak berpengalamannya Manikumar untuk meletupkan Altantuya, juga tidak cekap dalam mengaut wang rakyat, serta tidak berpengetahuan bagaimana untuk menipu dalam pilihanraya menerusi pengundi hantu.

10.37 pm
Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada TKMPP dan melancarkan tabung derma untuk kempen pilihanraya. Seterusnya, pengerusi menjemput penceramah seterusnya, Saifudin Nasution.

10.29 pm
Keberangkatan tiba Zaid Ibrahim, mantan menteri di Jabatan Perdana Menteri ke kemah VIP dan mengambil tempat di kalangan jemputan terhormat. Ceramah masih lagi disampaikan oleh TKMPP. Beliau memaklumkan bahawa kerajaan Pulau Pinang sedang membasmi kemiskinan tegar, di mana pendapatan kurang daripada RM500 seisi rumah akan di bantu.

10.25 pm
Saifudin Nasution kelihatan mengambil tempat di kalangan jemputan terhormat di bawah kemah VIP. TKMPP masih lagi memberikan ucapan buat masa kini.


10.20 pm
Pengerusi majlis menjemput P. Ramasami, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (TKMPP) untuk menyampaikan ceramah seterusnya.

10.15 pm
Trafik ke dua hala bergerak perlahan di hadapan Yayasan Aman dan di kawal dengan ketat oleh polis trafik. Pengunjung masih mendatangi tapak ceramah untuk menantikan Anwar menyampaikan ceramah terakhirnya pada hari ini. Helikopter polis kedengaran berlegar-legar melepasi tapak ceramah.


10.00 pm
Ketibaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ke Yayasan Aman. Penceramah seterusnya dari DAP sedang menberikan ucapan. Orang ramai membanjiri ruang hadapan pentas serta memenuhi padang berhampiran untuk menjamu selera di samping mendengar ceramah. Dua skrin besar disediakan untuk pengunjung mengikuti ceramah pada malam ini.

9.45 pm
Suasana di Yayasan Aman dipenuhi oleh pengunjung dan masih ramai lagi sedang menuju ke sini untuk mendengar ceramah terakhir untuk kempen pilihanraya ini disampaikan oleh Anwar. Cuaca cerah dan ramai pengunjung mendengar ceramah dengan khusyuk.





9.15 pm
Ceramah perdana di Yayasan Aman yang dipengerusikan oleh Azhar telah bermula. Chegu Bard kini berada di pentas menyampaikan maklumat terkini. Beliau menyentuh mengenai siaran TV3 yang lebih banyak memapar dan melemparkan pelbagai tuduhan untuk mencemarkan imej PR manakala menyiarkan segala kebaikan BN agar pengundi menukar fikiran di saat akhir.

Petugas PKR tahan bas 'pengundi hantu'

Apr 7, 09 2:20pm

Petugas PKR DUN Bukit Selambau menahan dan membawa sebuah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gurun kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Naib ketua AMK, Fariz Musa berkata, petugas PKR mengesan kehadiran bas tersebut tetapi tidak tahu ke mana ia pergi.

Bagaiamanpun, katanya, bas itu dikesan semula di Kampung Bukit Lembu pagi tadi.

Katanya, selepas diperiksa petugas mendapati penumpang bukan orang tempatan.

"Berikutan itu kita mengsyaki mereka adalah pengundi hantu dan membuat keputusan menghantarnya ke IPD Gurun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Fariz berkata, beliau dimaklumkan bas berkenaan telah mula dikesan masuk ke Bukit Selambau tengah malam tadi.

Katanya, pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi mengesan kemungkinan ada bas lain yang membawa pengundi hantu ke Bukit Selambau.

Polis tahan dua lelaki

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, dua lelaki berusia 37 dan 54 tahun ditahan polis di Kampung Bukit Lembu pada jam 9.40 pagi tadi kerana menahan bas dinaiki 32 petugas BN.

Petugas-petugas berkenaan - semuanya lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun - dalam perjalanan ke tempat bertugas di sekitar DUN Bukit Selambau dari rumah sewa mereka di Bukit Lembu.

Pegawai Perhubungan Media Polis Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Supt Hamzan Darus, berkata kedua-dua lelaki terbabit yang menaiki Toyota Avanza memintas bas berkenaan.

Menurut laman web akhbar itu, mereka kemudian menaiki bas berkenaan dan menghalang pemandu daripada meneruskan perjalanan.

"Ketua rombongan petugas BN itu sempat menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan dan anggota yang dikejarkan ke sana menahan lelaki terbabit.

"Mereka kini ditahan di balai polis Gurun untuk disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana melakukan halangan," katanya pada sidang media di Gurun.

Monday, April 6, 2009

Tun Mahathir surat khabar buruk


BUKIT SELAMBAU, 6 April- Kemunculan 'surat khabar lama' yang juga ahli baru Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau bertempat di Institut Kemahian Mara (IKM) Sungai Petani hari ini bakal mengundang padah buat Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana sikap dan tindakannya semasa menerajui negara masih dingati terutamanya pengundi yang bakal membuang undi esok

Demikian tegas, Ketua Angkatan Muda (AMK), Shamsul Iskandal Mohd Akin ketika merasmikan jentera 'penangkap undi hantu' di Bilik Gerakan Taman Bandar Baru semalam.

Jelasnya lagi, bagi Umno dan BN mungkin kedatangan mantan Perdana Menteri ke empat itu merupakan 'lipatan maut; kepada Pakatan Rakyat di Kedah ekoran sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan baru negara selepas peralihan kuasa antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Jentera kita bersiap sedia untuk terus berjuang sehingga ke hari terakhir pengundian. Kami juga tidak bimbang dengan kemunculan semula 'surat khabar lama' yang datang untuk menunjukan bahawa Umno tetap kukuh dalam kepimpinan baru negara, " tambah beliau.

Apa yang Dr Mahathir tidak lakukan pada pejuang menuntut demokrasi yang adil. Rata-ratanya ditangkap dan dikurung di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mempergunakan polis dalam setiap perhimpunan aman, mengadakan provokasi dengan harapan menahan mereka yang terlibat, menaikan harga barangan, sekat kebebasan akhbar, menghapuskan bahasa Melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains serta banyak lagi.

Tentu rakyat masih ingat bagaimana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar di tumbuk sehingga lebam matanya.Sambungnya lagi, dikurung dalam ISA, masuk campur sistem kehakiman sehingga Anwar dikurung enam tahun dalam penjara Sungai Buluh.

Justeru itu, rakyat di Bukit Selambau harus mengajar Umno dan BN sebagaimana rakyat di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu yang terus memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

"Rakyat di Bukit Selambau kena tiru macam rakyat di Permatang Pauh yang terus memberi undi sehingga peningkatan. Bila menang Umno dan BN akan cabut maka senanglah kita mentadbir negeri, " kata Shamsul Iskandar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan, slogan 'Pohon Restu' tidak seharusnya digunakan dalam kempen kali ini kerana sebelum pilihanraya kecil di N25 kerajaan tidak pula memohon restu untuk menaikan harga minyak, barangan seharian, naik takrif elektrik dan sebagainya.

"Mungkin Umno dah buang tabiat tiba-tiba sahaja pohon restu untuk menang setelah dua kali kencundang teruk, " katanya yang turut membantu calon pilihan KeADILan, S. Manikumar.

DUN N29 Bukit Selambau : AMK bongkar 4,000 hantu, Wanita berjaya sedar 1,000 pengundi muda atas pagar


SUNGAI PETANI, 6 April (SK): GERAK kerja dan strategi Pakatan Rakyat di Dun N29 Bukit Selambau telah dimulakan dengan pencarian pengundi Hantu ‘Ghost busters’ oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan Wanita bagi memastikan peningkatan peratusan pengundi atas pagar.

Ketua AMK Syamsul Iskandar Mohd Akin yang mengetuai gerak kerja hari ini melaporkan bahawa seramai 4,000 pengundi hantu telah dikenalpasti di kawasan Bukit Selambau.

Sebanyak lapan pasukan berkereta telah menjelajah keseluruh kawasan Bukit Selambau dengan hasil yang menakjubkan seperti mengenalpasti beberapa sebuah keluarga terdiri dari tiga anggota dalam satu alamat rumah yang layak mengundi tetapi di rekodkan seramai 20 orang.

“Bagi AMK, ini satu kejayaan bilamana pasukan kami dapat mengesan seramai 4,000 pengudi hantu disini,” jelas Syamsul kepada Suara Keadilan.

“Tindakan yang akan kami lakukan adalah memastikan perkara ini di semak dengan teliti semasa proses pengundian esok,” tambah Syamsul.

Hari ini, AMK akan mengerahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk membuang dan menarik turun banner-banner berunsur lucah
menghina Pakatan Rakyat.

“Gerak kerja hari ini diteruskan dengan membuang banner-banner sebegitu rupa serta risalah yang tidak mempunyai lambang yang disebarkan di serata teempat di Bukit Selambau,” kata Syamsul lagi.

Sementara itu, Ketua Wanita KeADILan Zuraidah Kamaruddin berkata bahawa wanita telah menganjurkan program ‘Pintar’ untuk menarik pengundi muda dan pengundi atas pagar dengan memberi penerangan terperinci tentang Pakatan Rakyat.

“Pihak wanita telah mengenalpasti seramai 1,000 pengundi atas pagar yang terdiri daripada pengundi muda Melayu di Batu Belacan, Sungai Petani,” jelas Zuraidah kepada Suara Keadilan.

Ceramah-ceramah yang diadakan di lima kawasan yang dikenalpasti mempunyai pengundi atas pagar Melayu dan Siam iaitu di Tasik Apong, Bandar Baru, Bukit Lembu, Kuala Sin dan Laguna.

“Lima tempat yang dikenalpasti ini amat penting bagi wanita untuk memberi kesedaran kepada pengundi atas pagar dan pengundi muda untuk memihak kepada calon Pakatan Rakyat iaitu S Manikumar.

Fariz Musa dan skuad AMK Kedah telah menghantar memorandum pembersihan pengundi ragu @ hantu yang dikesan di Bukit Selambau kepada SPR, Di Pejabat Daerah Kuala Muda tempoh hari.

Hikayat Sembah Derhaka




Convert dan Sebarkan kepada Pengundi terutamanya pengundi melayu.
p/s: sila guna http://mediaconverter.org/ (di atas platform Mozilla Firefox)



umno biadap

Siapa Yang Biadap ?? klik !! cetak !! dan sebarkan kepada pengundi

Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri ??

SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.


Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.


Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.


Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.


Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!


Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.


Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.


Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?



Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.


Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?


Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?


Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.

Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.


Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.


Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.


Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.


Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.


Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini

Sunday, April 5, 2009

Kempen taktik bohong dan kotor, MCA diselar

SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Low Chee Chong menyelar kempen MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Dun Bukit Selambau yang disifatkan beliau menggunakan taktik kotor dan bohong.

Menjelaskan kepada media, beliau merujuk kepada risalah kempen berbahasa Cina yang diedarkan MCA kepada pengundi Dun Bukit Selambau di mana MCA mengakui kesalahan Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu dan merayu peluang dari rakyat untuk memberikan peluang kepada mereka melakukan perubahan.

Pada masa sama dakwa beliau, MCA turut mengedarkan risalah berbahasa Cina mengenai geran tanah di Kedah yang mengandungi maklumat bohong.

Dalam kandungan risalah itu terangnya, MCA mempertikaikan Kerajaan Pakatan Rakyat berhubung perbezaan tahun pemilikan tanah bagi Kampung Melayu dan Kampung Cina.

Katanya, kandungan risalah itu jelas satu penipuan besar MCA kerana di Kedah pembahagian tanah perkampungan tidak dibuat berdasarkan kaum sebaliknya dikategorikan kepada tanah luar bandar dan tanah bandar.

Beliau turut menjawab pertikaian MCA dalam risalah tersebut mengenai pemilikan tanah sejak tahun 1950-an kerana ketika itu yang menjadi kerajaan ialah BN.

Katanya, Pakatan Rakyat walaupun baru menjadi kerajaan sejak setahun lalu tetapi telah berjaya menyelesaikan isu geran pemilikan tanah di Kedah.

"Mereka kata nak jujur, mereka mengakui kesalahan, tetapi mereka masih menggunakan taktik yang kotor, taktik bohong," kritik beliau pada sidang media di Yayasan Aman hari ini.

Menterjemahkan risalah berbahasa Cina yang bermaksud, 'Anwar: Depan Boleh, Belakang Pun Boleh', Low menyifatkan MCA masih lagi tidak mengambil pelajaran dari PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kerana masih mengedarkan risalah tersebut di Bukit Selambau.

Sementara itu, Ahli MPT KeADILan, Badrul Hisham Shahrin dalam sidang media sama menjelaskan, sehingga ini sokongan pengundi bukan Melayu di Bukit Selambau berada di tahap agak selesa.

Namun katanya, KeADILan sedang memberi fokus kepada pengundi Melayu melalui penyebaran maklumat berterusan.


Ini kerana katanya, BN sedang mempergiatkan dan memainkan isu perkauman di kawasan pengundi Cina dengan mengedarkan risalah yang menyatakan bahawa BN perlu menang untuk MCA meminta BN mewujudkan kerusi kedua bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tegas beliau, kempen tersebut jelas bersifat perkauman kerana risalah tersebut tidak wujud di kawasan pengundi Melayu dan BN terus menggunakan nada kempen berbeza mengikut kaum di sesuatu lokasi.

Khairy Bakal Kena Humban : Lembaga Disiplin Umno terima bukti baru politk wang


KUALA LUMPUR, 5 April (SK) : Siasatan terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan buat olah Lembaga Disiplin Umno dalam masa terdekat ini.

Sasaran utama Perdana Menteri Najib Razak kini adalah meneruskan pembersihan parti daripada penyokong mantan beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy merupakan sasaran utama beliau dan mentornya Dr Mahathir Mohamad yang akan memastikan perkara ini berlaku.

Khairy antara yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno Mach lalu berhubung kesalahan politik wang tetapi sekadar diberi amaran keras berbanding calon timbalan presiden, Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding bersabit kesalahan yang sama.

Beliau berkemungkinan tidak sempat untuk memanaskan kerusi yang disandangnya dengan berasaskan politik wang itu apabila hangat diperkatakan bahawa Lembaga Disiplin Umno telah menerima maklumat baru berkaitan penglibatan rasuah dalam perebutan jawatan semasa penamaan calon bulan lalu.


Jika beliau disabitkan dengan kesalahan rasuah, berkemungkinan Ketua Pemuda itu akan terpaksa mengosongkan jawatan partinya dan ini akan membuka laluan kepada dua calon yang kalah untuk memangku jawatan Ketua Pemuda untuk tempoh tiga tahun.

Dimata umum, kerjaya politik Khairy tidak akan kemana selepas bapa mertuanya meletakan jawatan, beliau juga akan mendapa tempias yang sama secara tidak langsung.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak 2006 telah tidak henti-henti mengkritik pentadbiran Abdullah sehingga membawa kepada perletakan jawatan beliau lebih awal daripada sepatutnya.

Dr Mahathir sendiri mendakwa Khairy mempunyai pengaruh besar ke atas bapa mertuanya itu semasa di dalam kerajaan dan menyalahkan menantu Abdullah terhadap penurunan populariti kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah.

Dengan Najib sebagai Perdana Menteri baru sudah tentu Dr Mahathir sebagai penasihat beliau akan memastikan kerjaya politik Khairy dalam umno akan ditamatkan riwayatnya secepat mungkin di atas perasaan dendam beliau terhadap anak muda yang berpotensi itu.

Khairy dalam Umno yang dikelilingi oleh orang-orang Najib sudah tentu akan terasa tergugat dan ini akan mencetuskan pergolakan yang lebih serius dalam parti yang sudah pun menghadapi masa depan yang semakin pudar dan gelap berikutan kekalahan teruknya dalam pilihan raya umum ke 12 pada 2008.