Tuesday, December 21, 2010

Video Ucapan dari Pimpinan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2

Dato’ Seri Anwar Ibrahim







Karpal Singh :





DATUK SERI HADI AWANG




YAB LIM GUAN ENG



Friday, December 10, 2010

Protes naik harga, tiga siswa ditahan



Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Diarahkan bersurai

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditangkap di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.Memorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Jaminan polis

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Pada jam 6.15 petang tadi, peguam ketiga-tiga mahasiswa yang ditangkap itu, Puspawati Rosman memberitahu Malaysiakini, semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis setelah disoal-siasat hampir empat jam.

“Mereka diminta melaporkan diri semula ke IPD Putrajaya pada 23 Disember ini,” katanya.

Puspawati berkata setakat ini belum ada dakwaan khusus dikenakan ke atas ketiga-tiga anak guamannya.

Selain Puspawati, ketiga-tiga mahasiswa itu juga diwakili oleh seorang lagi peguam mereka, Haijan Omar.

Wednesday, December 8, 2010

Chegubard Terus Istiqamah dalam Perjuangan Keadilan !!

Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera

Saya memohon maaf kepada banyak pihak termasuk media kerana telah mengelak untuk memberikan kenyataan atau sebarang komen pasca pemilihan KEADILAN 2010.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang memberikan sokongan yang amat memberansangkan kepada saya dan barisan calon - calon yang bersetuju dengan dokumen Manifestasi Anak Muda - Penerus Perjuangan Reformasi.

Kita telah berjaya menggariskan dengan jelas 3 cabaran terbesar, 3 saran gerak kerja dan 5 pelaksanaan praktikal. Manifestasi Anak Muda Malaysia ialah manifesto yang jelas dan praktikal bagi mereformasi AMK dan seterusnya mampu menyerlahkan politik baru dan reformasi yang dilaungkan.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua teman dari Perlis sampai ke Sabah yang bertungkus lumus menjadi jentera kempen dan pemantau proses pengundian. Kita berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan dalam penuh tekanan 'pengaruh' dan kewangan.

Kita telah berjaya membuktikan tanpa politik naungan dan kewangan yang melimpah kita mampu menang jika semua dijalankan secara telus.

Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini.

Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan KEADILAN 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.

Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.

Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani'.

Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan. Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.

Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan. Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri.

Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti. Saya masih yakin KEADILAN merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun KEADILAN juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti.

che'GuBard
bekas MPP KEADILAN 2007 - 2010
calon Ketua AMK, Pemilihan KEADILAN 2010.

Tuesday, December 7, 2010

Anwar: Gimik Umno Dakwa Khir Toyo



GEORGETOWN 7 DIS: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan mendakwa Datuk Seri Dr Khir Toyo hanya sebahagian daripada sandiwara Umno untuk membersihkan imejnya di mata rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Begitu juga dengan beberapa kelonggaran yang diberikan oleh Umno-Barisan Nasional(BN) bersabit pendidikan Cina dan kemudahan untuk kaum India.

Anwar berkata Umno-BN sekadar mengulangi taktik lama untuk membuaikan pengundi dengan pelbagai imbuhan dan tindakan, namun asas-asas parti itu yang berpaksi kepada perkauman, rasuah dan penyelewengan kuasa tidak berubah.

Semalam bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah bersabit pembinaan istana ala Bali di seksyen 7 Shah Alam.

Pendakwaan itu dicanang oleh Umno sebagai bukti parti itu serius dalam memerangi rasuah.

Namun ramai pemerhati mengingatkan bahawa pemimpin-pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi pernah menggunakan taktik mengheret tokoh tertentu ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan kemudian dilepaskan.

Anwar berkata pendakwaan Khir Toyo tidak boleh memadamkan hakikat ramai lagi tokoh terlepas dari sebarang tindakan pendakwaan walaupun wujud bukti-bukti jelas terhadap mereka.

"Yang kita tak boleh bagi itu pismil kerana nak buai mereka menjelang pilihanraya atau rasuah, ada tuduhan puluh-puluh yang serius itu diketepikan, diambil satu kes seperti yang berlaku kepada Eric Chia sebelum pilihanraya yang lalu," katanya.

Anwar juga ditanya oleh pemberita mengenai pengunduran Datuk Seri Samy Vellu dari MIC, dan pengiktirafan kerajaan terhadap sebuah peperiksaan Cina.

Beliau berkata perkara yang jelas ialah langkah-langkah itu diatur sebagai gula-gula politik untuk mendapatkan semula sokongan pengundi India dan Cina.

"Ini semua gimik pilihanraya, sedikit bagi orang Cina, sedikit bagi orang India, tindakan rasuah. Ini gimik pilihanraya, piliharaya tentu dekat. Apa beda Pakatan Rakyat, ini bagi kita dasar kita, kalau masalah mengangkat kedudukan orang Melayu, atau memberikan ruang kepada orang Cina dalam segi pendidikan untuk India, Iban, Kadazan, itu dasar kita," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar: Umno Lihat Jawatan TPM Dari Sudut Rasis



GEORGETOWN 7 DIS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membidas Umno dan media kawalannya yang bersikap rasis bersabit pengisian jawatan Timbalan Perdana Menteri(TPM) jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Anwar menegaskan jawatan TPM tidak harus dilihat dari sudut perkauman dan pemimpin-pemimpin berkaliber seperti Lim Kit Siang mempunyai hak sama dengan warganegara lain untuk mengisi jawatan-jawatan kanan dalam kerajaan.

"Ini akan menjadi keputusan pimpinan Pakatan. Yang saya tidak bersetuju ialah bagaimana isu ini dilaporkan oleh media yang dikuasai Umno, yang memberi gambaran seolah-olah saya pro-Cina," kata Anwar.

"Saya ingin bertanya: Mengapa kita menafikan sebarang warga negara yang mempunyai kemampuan dan keupayaan, termasuk Lim, hanya kerana dia seorang Cina?

"Saya tidak boleh menerimanya. Juga, siapa kata kita mengetepikan PAS? Ada perjanjian antara kita. Mungkin (timbalan perdana menteri) boleh datang dari PAS atau Sabah dan Sarawak. Ia bergantung kepada keadaan," kata Anwar. "Mereka (Umno) adalah hipokrit... Mereka bercakap mengenai 1Malaysia, dan kemudiannya mengecam sebarang kemungkinan seorang Cina dinaikkan kepada sebuah jawatan yang lebih tinggi," kata Anwar.

"Mana letaknya konsep 1Malaysia. Mereka bercakap pasal 1Malaysia tetapi menggunakan konsep ketuanan Melayu, maknanya, jika kita letakkan seorang Cina sebagai TPM, tak kira TPM Satu, Dua atau Tiga, ia pula dijadikan penghinaan kepada konsep ketuanan Melayu," tambah Anwar.

Anwar berkata media kawalan Umno begitu taksub mengkritik Pakatan Rakyat dengan memutarbelitkan isu-isu perkauman wal hal ia sepatutnya memerinchi dasar-dasar yang diperjuangkan oleh gagasan pembangkang itu.

"Berapa lamakah harus kita terus mengamalkan politik perkauman sebeginin. Kenapa ada usaha halus untuk meniupkan api kebencian terhadap Lim. Kenapa beliau harus digambarkan sebagai pelampau Cina dan justeru orang Melayu mesti menolak beliau," kata Anwar.

"Adakah dia mendesak supaya Perlembagaan atau pun kedudukan Islam ditukar. Tidak. Tetapi Umno dan Perdana Menteri Najib Razak kata ya (untuk menbakar sentimen perkauman orang Melayu)," tambah Anwar. Anwar menegaskan bahawa Umno meremehkan kematangan rakyat jika mengharapkan kemenangan pada pilihanraya umum akan datang dengan menjual slogan ketuanan Melayu kepada kaum Melayu dan konsep 1Malaysia kepada bukan Melayu.

"Jika mereka meneruskan pendekatan ini, saya rasa mereka amat ketinggalan. Rakyat adalah jauh lebih matang sekarang, contohnya di Pulau Pinang. Saya percaya bukan sahaja Cina tetapi Melayu sudah jauh lebih matang," tambah beliau.

Siti Aishah : Sekat Laman Sosial Facebook Cuba Tutup Pemikiran Rakyat

SHAH ALAM 7 DIS : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Siti Aishah Shaikh Ismail membidas sikap pimpinan Umno yang mencadangkan agar laman sosial facebook disekat yang disifatkan cuba menutup pemikiran rakyat daripada menerima sebarang maklumat dan mengeluarkan pendapat.

"Umno berpolitik secara tidak matang apabila mereka takut dan menerima tekanan dipihak mereka,mereka cuba untuk menutup suara rakyat,cuba menutup sesuatu info kepada rakyat dengan cara tidak menghormati hak rakyat dan kita percaya Umno ini bersikap terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan dan info yang dikeluarkan oleh rakyat secara seluruhnya," jelas Aishah ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat kononnya boleh menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.

Aishah juga menegaskan cadangan menyekat laman sosial facebook itu hanya menyerlahkan Umno cuba menutup suara rakyat.Penggunaan laman sosial facebook di Malaysia dianggarkan mencecah lapan juta pengguna.

"saya rasa Umno tidak harus mengkhususkan laman facebook itu untuk ancaman kepada keselamatan negara,kerana saya lebih memandang mereka lebih gusar dan takut bahawa laman tersebut dijadikan sebagai satu yang lebih menggugat kredibiliti Umno dan Barisan Nasional,saya rasa laman facebook bukan laman politik yang menyeluruh dan kita faham penggunanya daripada pelbagai peringkat dan sebagai sebuah kerajaan mereka perlu menghormati hak-hak individu yang terkandung di dalam negara kita," katanya.

Aishah juga membidas sikap dan mentaliti pemimpin Umno yang tidak menghormati hak rakyat dan ia bukti bahawa Umno tidak layak memimpin sebuah kerajaan.

"Jika beginilah standart pemimpin Umno yang ada,saya rasa sahlah kerajaan ini mementingkan parti politik tetapi tidak mementingkan langsung hak rakyat dan saya rasa sebagai anak muda dan pengguna facebook adalah anak muda saya harap Umno tidak menggunakan politik yang cetek dan menunjukkan mereka tidak layak untuk bergelar kerajaan," katanya.

Aishah juga menjangkakan bahawa ini adalah petanda-petanda awal bahawa PRU-13 semakin hampir.

"Saya rasa juga merasakan salah satu petanda-petanda awal bahawa kita akan menghadapi PRU-13 dengan merasakan kekuatan jentera media tersebut dan menunjukkan ia sesuatu untuk PRU ke 13 itu semakin hampir," jelasnya lagi.


Saturday, December 4, 2010

Kenapa subsidi syarikat kroni tak dipotong?

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

Katanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan. “Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan. “Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.

Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen. Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat. Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.

Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain. “Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar. Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan. Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun. Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan. “Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.

Apa persamaan perjuangan UMNO & PERKASA dengan perjuangan YAHUDI Laknatullah???

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

Katanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

Memetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”

Isu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan. Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.


Wan Azizah pukul tepat sasaran "kelemahan" Umno

Bahagian Pertama

Oleh Kim Quek

Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail memukul tepat sasaran "kelemahan" Umno apabila beliau mengibaratkan konsep ‘Ketuanan Melayu’ sebagai ideologi songsang, yang menjadi tempat penggantungan Umno sejak bertahun-tahun lamanya.

Ketika menyampaikan ucapannya pada Kongres Tahunan parti 27 November lalu, beliau berkata, konsep ‘Ketuanan Melayu’ digunakan oleh golongan elitis Melayu untuk memperdaya orang-orang Melayu bagi mengekalkan kuasa politik mereka.

Namun hasilnya, majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera tetap miskin dan hidup seperti ‘melukut ditepi gantang’ walaupun Umno memerintah lebih 53 tahun.

Menyeru orang-orang Melayu supaya membuang jauh-jauh ideologi itu, beliau berkata, konsep "Ketuanan Melayu" hendaklah ditinggalkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi saling hormat menghormati di antara kaum.

Mengikut standard demokrasi, seruan Wan Azizah untuk membuang faham perkauman harus dipuji sejajar dengan nilai fundamental yang diterima oleh setiap masyarakat di dunia ini.

Meskipun Malaysia terlepas dari kutukan dunia seperti mana yang dialami oleh dasar apartheid Afrika Selatan, suatu ketika dahulu, namun penyakit rasis masih kekal sebagai satu wabak yang menghancurkan integrasi nasional dan membantut perkembangan ekonomi.

Ketuanan Melayu tak dapat dipertahankan

Mungkin atas kesedaran bahawa ‘Ketuanan Melayu’ tidak dapat dipertahankan di mata dunia maka Umno kelihatan kehilangan punca bagaimana untuk respon terhadap asakan tanpa duga daripada Wan Azizah.

Untuk mendiamkan diri bermakna membenarkan kata-kata Wan Azizah dan ini boleh membawa padah dan masalah besar kerana melalui hasutan rasis sebeginilah Umno berharap dapat merentangi halangan pilihan raya umum akan datang. Jadi, bagaimana mungkin Umno dapat membebaskan diri dari mendokong konsep ‘Ketuanan Melayu’?.

Di samping itu, selagi Umno terus mempertahankan ideologi lapuk ini bermakna menarik kritikan dan penghinaan dari dunia luar. Ini tidak dapat dielak, memandangkan penggunaan peralatan komunikasi moden yang mampu membawa berita dan maklumat dengan sekelip mata maka kritikan dari masyarakat antarabangsa sukar untuk dibendung.

Jadi, selepas pulih dari kejutan yang dibuat oleh Wan Azizah, respon mula mencurah datang daripada para pemimpin tertinggi Umno tetapi alasan yang diberi sama ada tidak relevan atau mereka cuba mengelak dari menyentuh isu sebenar dan malah tidak ada yang berani berdepan dengan Wan Azizah.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan tegas daripada Wan Azizah itu sebagai langkah "menyelamatkan kapal yang sedang tenggelam" dan mengembalikan sokongan orang ramai selepas pepecahan dalam pemilihan parti PKR.

Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno Zahid Hamidi pula berkata Wan Azizah "cuba mengalihkan perhatian rakyat dari masalah serius dalam partinya."

Beliau berkata PKR mahu mengambil hati masyarakat Cina dan India bagi mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya umum akan datang. Sekali lagi, beliau mengelak dari menyentuh isu ‘Ketuanan’.

Kerja kotor Perkasa

Seperti yang dijangka, kerja kotor ini dilemparkan kepada sayap ultra rasis Umno, Perkasa untuk menjawabnya. Ketua Pemudanya Arman Azha Abu Hanifah (gambar diatas bersama seorang wanita berpakaian seperti pelacur) menyerang Wan Azizah dengan menyifatkan beliau sebagai "pelacur politik."

Beliau berkata beliau (Wan Azizah) dan pemimpin Melayu PKR yang lain terhutang budi kepada dasar ‘Ketuanan Melayu’ atas pencapaian profesional mereka dan sekarang ini mereka telah mengkhianati bangsa Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang Cina dan India.

Lebih menarik, sikap kurang ajar dan tidak sensitif yang diperlihatkan Arman dengan menghentam para pemimpin Melayu yang lain menjustifikasikan seruan Wan Azizah untuk menolak mentaliti ‘Ketuanan Melayu’ bagi memulih semula penghormatan dan harga diri bangsanya.

Kenyataan beliau menyifatkan Wan Azizah sebagai "pelacur" merupakan satu penghinaan terhadap bangsanya sendiri.

Kenyataan beliau bahawa orang-orang Melayu tidak mampu mencapai kemajuan tanpa mendapat layanan istimewa disebabkan bangsa merupakan satu lagi penghinaan terhadap bangsanya sendiri.

ESOK: Bukti jelas perkauman Umno

Friday, December 3, 2010

SAMM bersama MB Selangor bantah kenaikan tarif air 5 Disember


PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai demonstrasi aman membantah kenaikan tarif air pada 5 Disember ini.

"SAMM akan bersama MB (Selangor) dalam satu perhimpunan aman dan seterusnya menghadap Yang DiPertuan Agong memohon perkenaan campur tangan Seri Paduka dalam isu hak air rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sudah terlalu kaya sehinggakan gaji Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail menjangkau RM425,000 sebulan.

"Ini belum masuk perbagai elaun keistimewaan yang diperolehinya setiap bulan dengan hanya memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat," katanya.

Beliau berkata, bukan sahaja kenaikan air harus ditolak tetapi pengurusan air hendaklah dikendalikan oleh kerajaan negeri bagi pihak rakyat.

SAMM katanya, sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi memastikan himpunan aman ini berjalan lancar.

"Sekurang-kurangnya 50 petugas (’marsyal demo’) yang berpengalaman akan ditempatkan bagi memastikan kelancaran dan mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak di ingini.

Wednesday, December 1, 2010

Kenapa Umno takut bukan Islam dekati al-Quran?

KUALA LUMPUR: Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya.

Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.

Umno lempar berbagai tuduhan

Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.

“Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

“Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka,” katanya.

Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Berjinak-jinak dengan Islam

“Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

“Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan,” ujarnya.

Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.

Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka.

Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya

Monday, November 22, 2010

Nurul Izzah naib presiden PKR paling kanan

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar menjadi naib presiden PKR paling kanan kini apabila beliau memenangi undi terbanyak dalam pemilihan PKR yang berakhir semalam.

Beliau mendapat undi tertinggi iaitu 13,170 mendahului naib presiden sekarang Tian Chua yang mendapat 11,460, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh (8,891) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Othman (8,477) yang turut terpilih.

Sebagaimana dijangka, Azmin Ali memenangi jawatan timbalan presiden apabila mendapat 19,212 mengalahkan pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden. Bagaimanapun, PKR berhak melantik dua lagi ke jawatan itu.


Berikut jumlah Undi yang diterima mereka:

Nurul Izzah - 13,170
Tian Chua - 11,460
Fuziah Salleh - 8,891
Dr Mansor Othman - 8,477
Dr Xavier Jayakumar - 6,984
Gobalakrishnan - 6,721

Sebanyak 17 calon bertanding merebut jawatan itu.

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan. Keputusan ini bermakna, kecuali Tian Chua, semua naib presiden yang terpilih merupakan muka baru.

Buat pertama kali juga, terdapat penyertaan wanita mengisi kerusi nombor tiga itu, bahkan bukan satu, tetapi dua wakil.

Bagaimanapun, tiada kaum India terpilih mengisi jawatan itu walaupun mereka dikatakan mewakili 35 peratus daripada keseluruhan anggota PKR.

Satu-satunya penyandang yang mempertahankan jawatan itu R Sivarasa yang juga anggota parlimen Subang tewas kali ini. Bagaimanapun, masih terdapat dua kuota lantikan untuk kerusi itu.

Bagi pemilihan sayap Pemuda dan Wanita, difahahamkan dua penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan Zuraida Kamaruddin berjaya mempertahankan masing-masing.

Lantik Rosmah menteri agar tidak ‘kacau’ kerajaan

IPOH, 21 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran melantik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak ‘mengacau’ pentadbiran negara.

“Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti.

“Kalau tidak, Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang,” tulis Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim di dalam blognya.

Demikianlah, katanya Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang paling hebat dan berkuasa.

Justeru itu, tegasnya tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengacau kepada pemerintahan negara disayangi ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mengulas kenyataan Rosmah Mansor yang memohon tempat di Asian University for Women, Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.

"Insya Allah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women.

"Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, semalam.

Menurt Khalil, sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran atau Menteri Pengajian Tinggi dengan membuat kenyataan yang langsung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri Perdana Menteri.

“Kalaulah dia pandai dan sekolah tinggi sikit, kenyataan apapun yang melibatkan apa saja kementerian boleh dikeluarkan walaupun masih nampak jangalnya dengan cuma berlapikkan akan usahakan melalui kementerian yang berkaitan, dalam soal penghantaran pelajar dia boleh berlapik dengan katanya akan berusaha melalui Kementerian Pelajaran.

“Mana ada urusan hantar pelajar yang boleh diselesaikan tanpa ada campurtangan dari kerajaan dan dalam hal ini kementerian yang berkaitan ialah Kementerian Pelajaran,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya Rosmah dilihat beria-ia sangat dengan mendakwa dirinya wanita pertama negara sehinggalah dianjurkan persidangan wanita pertama dengan membelakangi Raja Permaisuri Agong sebagai wanita pertama yang sebenarnya.

Selain itu tanpa ada kementerian ‘Permata’ Rosmah mendapat peruntukan khusus sebanyak RM111 juta dalam Bajet 2011, satu jumlah yang besar walaupun hanya untuk prasekolah yang belum nampak hala tujunya.

Azmin Desak Pimpinan KEADILAN Bersihkan Parti Daripada Trojan Horse, Pengkhianat




SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Azmin Ali mahu parti mengambil tindakan tegas dan berani menyahkan segala anasir 'Trojan Horse' dan musuh dalaman parti selesai sahaja Kongres Nasional Ke-7 minggu depan.

Merujuk kepada bekas Pengerusi majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan keluar parti setelah usaha menyerang dan melemahkan parti dengan mengguna media milik Umno-Barisan Nasional gagal, Azmin menegaskan sudah tiba masanay KEADILAN membersihkannya daripada semua anasir dakam yang berindak sebagai gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

"Selepas sahaja selesai Kongres Nasional kita mahui Biro Politik mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin yang tidak setia kepada parti. Kita mahu tahu apakah tindakan wajar yang akan diambil terhadap 'Trojan Horse' dan pengkhianat dalam parti.

"Demokarasi dan kebebasan adalah sifat yang lahir daripada manusia yang dilahirkan bebas dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa. Bagaimanapun kedua-dua nilai ini perlu diikat dengan disiplin, muafakat dan kesetiaan. jangan kita gunakan demokrasi dan kebebasan untuk menghancurkan perjuangan keramat yang dibina di atas gerakan rakyat yang mahukan perubahan kepada sistem zalim yang dicipta Umno dan Barisan Nasional.

"Sementara ada kelemahan harus kita bawa berbincang dalam semangat kekeluargaan. Parti ini bukan lahir di istana tetapi hasil kemahuan rakyat yang mahu meruntuhkan ketidakadilan, penindasan Umno-BN. Parti ini lahir daripada sanubari rakyat yang bangun menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan semangat dan prinsip inilah yang akan kita pertahankan," tegas Azmin pada perhimpunan 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman' yang dihadiri lebih 2,000 penyokong di Dewan Auditorium MBSA di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata tindakan Zaid mendesak agar Ketua Umum KEADILAN mengundurkan diri adalah suatu langkah yang tidak boleh diterima akal mahupun disukai oleh anggotaparti dan rakyat Malaysia.

"Kalau setakat minta saya undur diri saya boleh terima lagi tetapi meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur ini sudah amat keterlaluan.

"Kepimpinan beloiau bukan sahaja diperlukan oleh rakyat Malaysia dalam usaha membawa perubahan malah seluruh dunia melihat dan mengharapkan beliau sebagai seorang tokoh reformis.

"Biarlah orang seperti Zaid berteriak di luar sana tetapi kita mahu menyatakan zaman sekarang ialah zaman kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kepada beliau kita sandarkan kemudi untuk membawa kita kepada zaman yang lebih cemerlang dan hebat dalam masa terdekat," kata beliau.

Tambah Azmin serangan bertubi-tubi terhadap KEADILAN di dalam media Umno-BN menunjukkan ia sebuah aprti yang kuat.

"Kalau kita sebuah parti nyamuk masakan mereka mahu menghabiskan sumber kewangan yang begitu banyak menyerang kita, sebab kita parti yang kuat maka itu mereka tidak henti-henti membaut tohmah terhadap KEADILAN. Mereka tahu kekuatan kita datangnya dari rajyat bawahan kerana inilah Najib berkata Umno akan pertahankan Putrajaya habis-habisan. Kita katakan kepada Najib dan Rosmah, Putrajaya bukan milik mereka berdua, kita akan kembalikan Putrajaya kepada rakyat tidak lama lagi.

Selaku Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor, Azmin berjanji akan terus mempertahankan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid sebagai peneraju pentadbiran negeri dan memantapkan Selangor sebagai kubu kuat KEADILAN.

Friday, November 19, 2010

Chegubard yang aku kenali.....


Kepada semua Anggota Angkatan Muda KeADILan seluruh Malaysia.. Dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan saya merayu kepada teman-teman yang belum membuang undi Marilah kita semua bersama-sama mengangkat dengan mengundi Tokoh Pejuang Rakyat & Reformasi : Saudara Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard sebagai Ketua Baru Angkatan Muda KeADILan Malaysia.

Kesetiaan CB untuk Parti yang kita sayangi telah teruji dengan track rekod 40 kali keluar masuk penjara (Layak masuk Malaysia Book of Records), walaupun dipukul, di sepak terajang, menerima pelbagai ugutan, fitnah dan keluarganya di ancam (Molotov Cocktail di lemparkan ke rumah CB) Chegubard tidak pernah melatah tetap meneruskan perjuangan rakyat, selagi hayat dikandung badan, perjuangan ini tetap diteruskan dengan melaksanakan semua apa yang dikatanya..

Sejak kali pertama mengenali beliau, saya tertarik dengan pendekatan kreatifnya menyerang Pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dibawah pergerakan panji-panji NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sebagai Contoh : Hadiah Anak Muda untuk PM berupa Bantal Tidur & Bantal Peluk (Corak Bendera Malaysia & KLCC) untuk Pak Lah yang kuat tidur, Bukti !! Ada dalam Video, Angkatan Muda : Paklah Tidurlah (Sumber malaysiakini.tv) http://www.facebook.com/pendunkclanz?v=app_2392950137#!/video/video.php?v=1273964722556 , Chegubard bersama saudara Tian Chua menjayakan Demo & Protes Kenaikan Harga Petrol Menyebabkan Inflasi Berlarutan Bukti Video http://www.facebook.com/video/video.php?v=1639298415670&saved#!/video/video.php?v=1639298415670 (Sumber Mediarakyat.net)

CB juga turut membahayakan keselamatan dirinya bagi menyampaikan masej kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai Pembunuhan Wanita Mongolia melalui Penyerahan Kek Ulang tahun Kematian mendiang Altantuya Sharibu untuk Najis Tun Razak..Bukti Video (Sumber TVANTARA) http://www.facebook.com/pendunkclanz?v=app_2392950137#!/video/video.php?v=1274047684630 , Idea kreatif Pengedaran topeng (Siapa bunuh) mendiang Altantuya semasa PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, dan pelbagai pendekatan-pendekatan kreatif yang lain.

Ramai anak muda dan mahasiswa tertarik dengan pendekatan kreatif CB menyerang UMNO Barisan Nasional.. Ini terbukti dalam demo, antaranya "DEMO PPSMI" bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Antara tokoh yang hadir menjayakanya adalah Sasterawan Negara Datuk Dr A. Samad Said. Chegubard mengetuai Mahasiswa.. Bukti!! video Language march: Tear gas fired (Sumber malaysiakini.tv) : http://www.youtube.com/watch?v=e6ITstMtvhY (Sila tonton di akhir video, Chegubard & mahasiswa berkumpul di Central Market, CB mengucapkan ribuan terima kasih dan mengambil berat keselamatan mahasiswa yang hadir menyertai demo ), Merancang & melaksanakan Demo yang paling ramai dalam sejarah negara iaitu Demo BERSIH (Pilihanraya) bersama-sama dengan abang Mat Sabu dari PAS, CB berjaya membantu menjayakan demo tersebut walaupun ketika itu CB masih dalam pengajiannya di negara Korea, dan terakhirnya chegubard bersama-sama abang besar Ketua AMK Malaysia saudara Shamsul Iskandar Md Akin menjayakan Demo Anti Israel & Zionis baru-baru ini...Bukti Video http://www.youtube.com/watch?v=LUcH8QPf4JI

Diatas rasa tanggungjawab dan sayangkan pergerakan anak muda dalam parti (AMK) Chegubard menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, ramai rakan-rakan dalam AMK gembira dengan keputusan ini, memberikan sokongan, dorongan dan membantu chegubard dalam sumber kewangan.. Selepas meletakkan jawatan sebagai Guru untuk melawan KJ di Rembau pada masa PRU 12 http://www.youtube.com/watch?v=TlVO07LTrJk (Video Chegubard mohon restu Tuan Guru.. Bukan restu dari DSAI, Azmin untuk melawan KJ kat Parlimen Rembau)

Selepas kalah dalam pilihanraya Umum yang lalu Chegubard yang aku kenali sangat tak berduit...Buktinya sampai skarang kereta Naza yang dipakainya untuk bergerak sudah 3 bulan tak bayar.. Beliau bergerak & meneruskan perjuanganya dengan dana hasil sumbangan orang ramai dan melalui penulisan bukunya.. aku berasa amat bersalah kat CB apabila tidak dapat membantu menyiapkan rekabentuk cover buku "Misteri Disebalik Pembunuhan Altantuya" mengikut masa dateline yg sepatutnya kerana agak sibuk ngan Komitmen kerja kat Unit Penerangan (Urusetia Penerangan) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah dan Bondaku tercinta terlantar di Wad Hospital & Kembali ke ramatullah selepas menjalani Pembedahan..

Aku amat terkejut dan terharu kat CB walaupun aku hantar lambat design cover buku tuh beliau masih lagik menggunakanya dalam satu ruangan dalam buku tersebut http://www.facebook.com/photo.php?pid=980089&l=71a815e13c&id=1033050627 , Chegubard amat menghargai hasil kerja teman-teman mad kata Zul Berahim kepada ku. Marilah kita membantu chegubard dengan membeli buku tersebut yang sarat dengan maklumat tentang misteri pembunuhan wanita malang dari Mongolia , untuk tempahan buku tersebut sila masuk links ini >> http://chegubard.blogspot.com/2010/02/arahan-kepada-yang-ingin-memiliki-buku.html .

Selepas 2-3 bulan berlalu.. aku mendapat calling dari Chegubard untuk menempah rekabentuk buku yang seterus darinya Buku"Fitnah 2" akan berada di pasaran tidak lama lagi.. Aku berjaya menyiapkan sebelum design cover tersebut sebelum dateline.. Kali ini aku menerima bayaran RM200 untuk design sebut, aku terkejut gak CB salah bank in ke?? selalunya aku charge RM50-RM100 untuk satu design.. aku cuba call untuk tanya CB tapi panggilan tak terjawab pasal CB dalam meeting (PRK Hulu Selangor) then aku call sahabat karib CB (Zul Berahim).. aku terharu mendengar jawapan dari Zul "Mad.. chegubard menghargai sumbangan kawan-kawan, lepas tuh CB dapat maklumat hang pun takdak duit.. hang bergerak pun ngan hasil kerja design hang buat" Begitu Istimewanya insan yang bernama Badrul Hisham Shahrin bagi diri kaca mataku.

Aku rasa amat malu dan segan bila Zul Berahim pown turut membantu aku dengan memberi sumbangan yang termampu untuk aku bergerak dengan 3 anak buah aku yang paling berani, bersemangat waja & berhati kering (Skuad Kamikaze AMK Pendang) yang turut bersama membantu aku sepanjang kempen PRK Hulu Selangor. Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kat Ketua cabang aku (Bro Rasdan Ismal), Abang G (Timbalan Ketua Cabang), Abang besar Saiful Izham Ramli, Cikgu Man dan kekanda Razaini Md Isa yang banyak membantu aku meneruskan perjuangan suci murni ini untuk Rakyat.

Walaupun di fitnah menerima dana dari individu tertentu dalam pemilihan kali ini CB masih cool, steady dan tidak cepat melatah.. (Dalam Hati aku geram sangat-sangat ngan penabur fitnah nie) Pemimpin yang low profile dalam Jawatan MPP ini juga sangat-sangat sederhana, ini kerana aku pernah ternampak & melihat chegubard hanya memakai kasut berjenama Bata (Bro Saiful Izham Ramli pun pakai kasut jenama nie jugak hihihih..) , CB pakai jam beli kat Pasar Malam, guna Handset rosak ikat ngan getah, Blackberry made in China... selepas melihat kesederhanaan CB, aku tersentak dan terpanggil untuk membantu tokoh rakyat seperti CB dalam permilihan dalam parti kali ini.

Aku cuma sumbangkan serba sedikit kemahiran yang tak seberapa yang aku ada dalam bidang Media Grafik. Aku & Chegubard banyak membuat kerja disebalik takbir (Underground) dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, PRK Penanti & PRK Hulu Selangor... time Pilihanraya kecil mesti CB & pengikut setianya datang kidnap aku kat rumah Kedah.. Bising gak la abang besar Saiful Izham Ramli (Ketua AMK Kedah) & cikgu Man pasai banyak tugas aku kat Rumah Kedah hihihihihi... sampai aku kena cop orang chegubard oleh semua pimpinan negeri..

Ayuh saudaraku keluarga besar Angkatan Muda Keadilan Malaysia.. untuk undian minggu terakhir ini.. marilah Kita beramai-ramai mengundi & nobatkan Chegubard sebagai Ketua AMK Malaysia yang baru.. Insyallah banyak Agenda, visi, & Misi yang baik untuk kita dalam Manifesto Pasukan "Penerus Perjuangan Reformasi" yang diketuai oleh Chegubard bagi memantapkan AMK & Parti Keadilan secara tidak langsung... Ingat kita tulang belakang perjuangan parti, parti kita parti masa depan untuk anak muda megara.

DASAR PERJUANGAN ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA : "Menjadi barisan hadapan parti dalam memperjuangkan Tujuan dan Matlamat Perjuangan Parti seperti diperuntukan dalam Fasal 5 Perlembagaan Parti" Aku pun ada gak sumbang 2-3 Idea baru kat Chegubard untuk menjaga kebajikan Anggota AMK seluruh Malaysia, memperkasakan AMK Cabang, (Tak tau la chegubard nak pakai idea aku ka dak?? hihihhihi.. :P~)

Insyallah.. aku percaya & yakin wajah baru AMK Malaysia selepas ini akan berjaya menarik penyertaan anak-anak muda Malaysia untuk menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan menjadi satu role model untuk anak muda..

Janji pertama Chegubard jika di beri Mandat : "Pertama sekali, selepas kemenangan, saya akui selepas pemilihan ini ada banyak calar-balar dan sebagainya. Sudah tentu agenda perpaduan AMK akan jadi tumpuan saya selepas ini. Seperti mana kenyataan media saya awal ketika mahu bertanding, ( http://www.youtube.com/watch?v=0tGDe28ZZHA ) saya mahu memastikan biduk lalu kiambang bertaut. Kita akan gabung, kita akan garap semua tenaga untuk menguatkan AMK"

Kalau rasa diri elit sila undi Sam ngan gaya elit.. Jika rasa diri itu Pejuang, Reformis sejati bagaikan pahlawan sila undi Tokoh Perjuangan Rakyat Chegubard Badrul Hisham Shaharin

"PERJUANGAN PERLAKSANAAN KATA-KATA"

Jom Sokong & Undi Chegubard calon Ketua AMK Malaysia !!!

Sumber Bahan : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1555246674429&set=a.1180113576336.28927.1033050627

Tuesday, November 16, 2010

Kertas Undi habis di Cabang Pendang

60 Anggota Kempunan Undi

PENDANG – Dianggarkan lebih 60 ahli PKR Cabang Pendang tidak dapat mengundi ketika pemilihan Pusat PKR yang diadakan serentak kelmarin di beberapa daerah berikutan kertas undi tidak mencukupi.

Sinar Harian difahamkan lebih 60 ahli pulang tanpa membuat undian itu kelmarin apabila kertas undian yang dihantar Pusat hanya 100 berbanding ahli PKR yang layak mengundi di cabang itu sebanyak 535 ahli.

Ketua Cabang PKR Pendang, Rashdan Ismail berkata, pihak Pusat hanya menghantar 100 kertas undi di cabang undi kerana PKR Cabang Pendang menganggarkan jumlah itu sahaja ahli yang datang mengundi.

“Ahli yang datang mengundi lebih daripada yang dianggarkan menyebabkan kertas mengundi tidak mencukupi dan lebih 60 ahli pulang tanpa mengundi.

“Walaupun jumlah ahli yang layak mengundi tidak datang seratus peratus namun bagi Cabang Pendang mendapat sambutan kerana mencapai anggaran ahli yang keluar mengundi,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, beliau juga sedar banyak lagi ahli PKR cabang ini yang masih tidak tahu bahawa mereka dikehendaki mengundi untuk pemilihan Pusat yang diadakan berkonsep pilihan raya umun.

Rashdan berkata, ahli PKR masih keliru dengan konsep pemilihan ini menyebabkan banyak ahli tidak datang membuat undian.

“PKR adalah satu-satunya parti yang membuat pilihan dari akar umbi melalui cabang-cabang PKR agar ahli dapat memilih sendiri kepimpinan parti mereka.

“Bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Cabang Pendang dianggarkan hanya satu per tiga yang datang mengundi berbanding ahli AMK yang layak mengundi, iaitu 281 ahli,” katanya.

Beliau berkata, keputusan yang diperoleh dalam pemilihan itu kelmarin, menunjukkan Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali yang menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden memperoleh undian sebanyak seratus peratus daripada ahli Cabang Pendang.

Selain itu, antara yang menerima undi bagi jawatan Naib Presiden ialah Nurul Izzah Anwar dengan undi sebanyak 92, Fauziah Salleh (91 undi), Datuk Mansor Othman (91 undi) dan Tian Chua sebanyak 54 undi.

Antara yang bertanding Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Abdul Malik Kassim dan Badrul Amin, Senator Zamri masing-masing memperoleh 100 undi, diikuti Abdul Halim Hussin (99 undi), Rohani Bakar (99 undi), Wan Salleh (98 undi), Datuk Johari Abdul (98 undi), Faris Musa (94 undi), Zamri Arif (77 undi), Hee Loy San (62 undi), Zaid Hamid Ali (40 undi) dan Dr Krishnan (60 undi).

Thursday, November 4, 2010

PKR polls: Chegu Bard leads in five states

The contest for leadership of PKR youth is a close race between Badrul Hisham Shaharin and incumbent Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Sixty-eight divisions have completed their polling and Badrul Hisham aka Chegu Bard is slightly ahead, having garnered 1,133 votes against Shamsul Iskandar’s 1,029.

Chegu Bard is leading in Negeri Sembilan, Malacca, Kedah, Perlis and Penang, but the incumbent is ahead in Perak, Kelantan and Pahang.

The polling is over in all eight divisions in Negeri Sembilan. Shamsul Iskandar has done poorly in the state, dealing a blow to the credibility of the youth chief there, Rebin Birham, who said in September that the incumbent had full support from all divisions except Rembau.

Rembau indeed rejected Shamsul Iskandar, giving him no vote at all, but he also lost in five other divisions.

The results from Negeri Sembilan are as follows:


Shamsul Iskandar Badrul Hisham
Seremban 9 19
Tampin 6 77
Rembau 0 39
Teluk Kemang 4 41
Rasah 7 12
Jelebu 0 8
Jempol 8 1
Kuala Pilah 12 9

Shamsul Iskandar is also doing poorly in Malacca, the state in which he is the PKR head. There are six divisions in Malacca and four have completed their polling. Voting in Jasin and Kota Melaka is scheduled for next week.

The Malacca results so far:


Shamsul Iskandar Badrul Hisham
Masjid Tanah 7 21
Alor Gajah 43 52
Tangga Batu 27 38
Bukit Katil 45 17

The results from all other divisions in the peninsula that have completed their voting are as follows:

Perlis


Shamsul Iskandar Badrul Hisham
Kangar 2 19
Arau 5 0
Padang Besar 1 6

Kedah


Shamsul Iskandar Badrul Hisham
Langkawi 30 43
Kubang Pasu 20 3
Pokok Sena 0 3
Alor Setar 8 16
Kuala Kedah 14 5
Kulim Bandar Baharu 9 34
Padang Serai 11 20

There are seven more divisions in Kedah that are yet to conduct their elections. They are Jerlun, Pendang, Jerai, Sik, Merbok, Sungai Petani and Baling.

Penang


Shamsul Iskandar Badrul Hisham
Bagan 8 5
Permatang Pauh 44 41
Kepala Batas 8 23
Tasik Gelugor 2 29
Batu Kawan 26 40
Bukit Mertajam 6 21

The seven Penang divisions that have yet to conduct their elections are Nibong Tebal, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor, Bayan Baru and Balik Pulau.

Perak


Shamsul Iskandar Badrul Hisham
Lenggong
12
3
Taiping 11 9
Padang Renggas 11 2
Sungai Siput 8 5
Ipoh Barat 11 8
Batu Gajah 47 18
Beruas 56 9
Parit 16 4
Kampar 16 2
Gerik
Not available at upload time 28
Larut N.A. 14
Parit Buntar N.A. 39
Bagan Serai N.A. 45
Bukit Gantang
N.A. 16
Ipoh Timor N.A. 15
Kuala Kangsar N.A. 9
Tambun 10 10

The Perak divisions that have not polled are Gopeng, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datok, Telok Intan and Tanjung Malim.

Kelantan


Shamsul Iskandar Badrul Hisham
Tumpat 3
Pengkalan Chepa 6
Kota Bahru 10
Rantau Panjang 14
Kubang Kerian 5
Bachok 5
Ketereh 27
Tanah Merah 62
Pasir Puteh N.A

The Kelantan divisions of Pasir Mas, Machang, Jeli, Kuala Krai and Gua Musang are yet to conduct their polls.

Pahang


Shamsul Iskandar Badrul Hisham
Indera Mahkota
22 12
Pekan 2 1
Lipis 68 2
Maran 12 4
Kuala Krau 40 33
Bentong 32 17
Bera 9 1
Jerantut 19 13
Kuantan 0 21
Cameron Highlands 0 10
Paya Besar 2 20
Rompin 9 12
Raub 5 5
Temerloh 5 5


In the contest for the deputy youth chief, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin is leading with 1214 votes. His rival, Teja state assemblymen Chang Lih Kang, so far has with 833 votes. Khairul Anuar is Shamsul Iskandar's running mate, and Chang is Chegu Bard's.

For the three vice chief posts in PKR youth, Azmizam Zaman Huri (1107 votes), V. Sivam (840), Chan Ming Kai (793) and Yunus Jamhari (737) are the front runners at the moment. Sivam and Yunus are in Chegu Bard's camp.


Tuesday, July 20, 2010

Jho Taek Low (Jutawan Muda Malaysia) dan Paris Hilton ditangkap di Paris

Ahli perniagaan muda yang memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditangkap bersama rakan selebriti Hollywoodnya, Paris Hilton oleh pegawai polis Perancis telah disahkan namanya ialah Jho Taek Low.

Jho yang juga salah seorang pengarah di dalam syarikat milik berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak iaitu UBG Bhd dikatakan berjaya memenangi kontrak sebanyak RM500 juta untuk membangunkan semula kem Tentera Udara di Sungai Besi ditahan di lapangan terbang Corsica, sebuah pulau peranginan di Perancis.

Beliau dan Paris Hilton ditahan selepas anjing pengesan dadah telah mengesan marijuana yang ditemui dalam beg anak pewaris jenama hotel terkemuka Hilton itu. Namun begitu, Taek telah dibebaskan selepas disoal siasat selama 30 minit
.

Nama Taek yang mula didengari dan timbul di negara ini selepas kisah-kisah borosnya apabila berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bersama-sama rakan kenalan Hollywoodnya di Amerika Syarikat terutamanya untuk berparti. Kekayaan beliau yang amat tidak munasabah kerana berumur 28 tahun dan tidak datang dari keluarga-keluarga yang kaya di Malaysia.

Beliau adalah anak kelahiran Pulau Pinang dan pernah belajar di Wharton Business School di Universiti Pennsylvania. Taek dikatakan rapat dengan anak Perdana Menteri yang bernama Riza dan turut mengenali dengan isteri PM tersebut.

Taek dikatakan menjadi penasihat untuk beberapa syarikat multinasional di dalam bidang minyak dan gas serta pembinaan. Hubungannya yang rapat dengan seorang jutawan di Kuwait juga menguatkan isu kekayaannya yang menjangkau berpuluh jutaan ringgit.

Pakatan Rakyat telah mendesak SPRM menyiasat punca-punca harta kekayaan yang diperolehi oleh Taek.- sumber KLToday.com

Sunday, July 18, 2010

Al-Fatihah buat Sdr Hasmuzair Hassan...


SG BULOH 17 Julai - Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Hasmuzair Hassan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori diKampung Subang kira-kira pukul 2 petang tadi.Beliau dipercayai mangsa langgar lari oleh sebuah lori yang telah bergeser dan menyebabkan motosikal yang ditunggang beliau hilang kawalan danjatuh di jalanraya.

Allahyarham, 33, meninggalkan isteri Nazylinda Abdullah, 29 tahun dan tigaorang anak, Nazzratul Alya, 6 tahun, Hasrul Alif, 5 tahun dan HasrulAfiq, satu setengah tahun.Allahyarham adalah anak keempat daripada 11 adik beradik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berada di rumah mayat Hospital Sg Buloh bersama pimpinan AMK, kaum keluarga serta rakan seperjuangan menyifatkan Allahyarham Hasmuzair sebagai seorang yang ceria, aktif dan sentiasa bersedia untuk berkorban demi rakan dan parti.Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Hospital Sg Buloh selepas bedah siasat malam ini untuk dikebumikan pagi esok dikampung halamannya di Kampung Simpang Geti, KM2 Jalan Mata Air, Arau, Perlis.

AMK telah mewujudkan tabung bantuan bagi isteri beliau yang tidak bekerja serta tiga anak kecil Allahyarham untuk meringankan beban kehidupan keluarga yang ditinggalkan.Ahli KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat, rakan serta orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada akuan Nazylinda di akaun Ambank nombor 0040024033611.

Al-Fatehah.

Thursday, July 15, 2010

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

Wednesday, July 14, 2010

Video Ceramah Saifuddin Nasution : Isu-Isu Terkini Negara


Isu tanah Malaysia di beri kepada Singapura


7-Eleven syarikat milik Vincent Tan & Judi Sukan

Video Kekecohan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani


Bersatu Kita Bersatu Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu Terus Menipu Kita Tipu Melayu
Bersama Kita Bersama Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Kroni Anak Isteri Dan 'Bini'
Lambang Kita Yang Gagah Dipandang Keji Dan Haprak
Bersatu Bersetia Khianat Cogan Katanya UMNO
Terus Lara Rompak Rakyat Malaysia...

wakakakkaa... mcm nie ka nak satu kan org melayu??? hanya Retorik semata-mata .....