Tuesday, June 30, 2009

Rakyat dijemput jayakan "Himpunan 100,000 rakyat" di Stadium MBPJ malam ini

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan himpunan 100, 000 rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya malam ini.

Himpunan malam ini diadakan bertujuan menjelaskan pelbagai isu berhubung Pakatan Rakyat dan isu-isu semasa.

Himpunan ceramah perdana malam ini akan dibarisi pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Himpunan akan dimulakan pada jam 9.00 malam.

Video Rosmah: Polis siasat pemimpin PKR

Seorang pemimpin PKR mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang kini tersebar luas di internet.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau dihubungi mereka – dipercayai dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan – berhubung penerbitan video klip itu.

"Saya kata, saya tidak tahu tentang penerbitan video itu. Saya dapat tahu pun selepas baca blog Selamatkan Umno dan Malaysia Today.

"Saya cuma muatkan balik dalam blog saya selepas itu. Terpulanglah kepada pembaca (untuk menilainya)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Badrul Hisham berkata, beliau pertama kali dihubungi anggota polis Kuala Lumpur, yang dikenalinya, pada hari awal minggu lalu.

Sehari selepas itu, tambahnya, beliau dihubungi pula seorang lagi anggota polis cawangan itu dari Negeri Sembilan - juga dikenalinya - bagi mencari siapakah pihak di belakang penerbitan video itu.

Dalam perbualan telefon kira-kira sepuluh minit itu, Badrul Hisham berkata, beliau telah memberitahu pihak berkuasa bahawa beliau tidak terlibat dan tidak tahu-menahu pihak yang terlibat menerbitkan siri dokumentari pendek itu dalam bentuk video.

Malaysiakini minggu lalu melaporkan, sejak awal bulan ini, video itu memberikan label liar "perempuan puaka" terhadap isteri Datuk Seri Najib Razak.

Badrul Hisham juga berkata, dalam perbualan itu, beliau turut disoal sama ada mengenali ahli keluarga dan jiran Rosmah yang diwawancara dalam video itu.

"Sebagai orang negeri Sembilan, pernah terlibat dengan (aktivisme) belia di Sikamat, tentu saya kenal balu bekas speaker DUN (Datuk Ariffin Ali).

"Tetapi dia (Che Mah) tentulah tidak kenal saya.

"Macam saya kenal Najib, kalau tanya dia siapa Cikgu Bad, mesti beliau tidak tahu," katanya, sambil berkata dua polis tersebut sering menghubungi sebelum ini.

Diminta mengulas kontroversi video itu, Badrul Hisham berkata:

"Perkara itu tidak perlu penyiasatan polis. Ia cuma cerita sensasi yang tidak perlu (campur tangan) polis.

"Cukuplah orang yang terlibat menafikannya."

Monday, June 29, 2009

Dr M: ".. macam makan babi"


He’s back. After six years of unofficial banishment from Umno, former premier Dr Mahathir Mohamad today spoke at a party function for the first time.

The occasion - officiating a motivational course organised by Pandan Umno division. The place - Institut Latihan Memperkasakan Umno in Janda Baik, Pahang, a 50-minute drive east of Kuala Lumpur.

“This is the first time in six years after stepping down (as premier) that I have the opportunity to address Umno members,” said Mahathir, who was clad in a red and white short-sleeve shirt.

He was apparently trying to make a point - red and white are after all the party colours.

The former Umno strongman arrived at the sleepy hallow of Janda Baik with a police escort in his silver SUV bearing the number plate ‘MM1'.

Anwar: PKR Tetap Tolak PPSMI

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa kerajaan memansuhkan perlaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta membatalkan sebarang hasrat menjadikan Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM.
Perlaksanaan dasar yang tergesa- gesa tanpa kajian akan memburukkan sistem pendidikan negara sebagaimana yang terbukti dengan PPSMI.

"Puluhan kajian dari pihak penyelidik pakar pendidik dari universiti yang membuktikan kerajaan UMNO Barisan Nasional gagal. Kita sekali lagi ulangi desakan kita, walaupun kita faham, RM4.5 bilion telah dibazirkan untuk kerja yang sia- sia ini. Kita tuntut supaya menteri pelajaran sekarang nie, jangan lengah- lengahkan lagi tetapi laksanakan segera dasar pendidkan kebangsaan kembalikan status Bahasa Melayu dan daulatkannya sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan negara," Kata Anwar.

Datuk Seri Anwar bagaimanapun menyatakan PKR memberi sokongan padu kepada usaha mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar, dengan syarat ia bersandarkan perancangan teliti.

"Kita menyokong langkah memperkukuh dan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kerana kita dapat kesan mutu Bahasa Inggeris di Malaysia kian lemah. Tapi caranya harus diputuskan oleh pendidik, mengambil kira dasar pendidikan negara dan persiapan yang harus dibuat. Tidak adil sama sekali dan tidak wajar kalau dimulakan dengan memaksa anak- anak wajib lulus Bahasa Iggeris diperingkat SPM kerana ini sekali lagi mengorbankan pelajar- pelajar diluar bandar." Tambahnya lagi.

Di minta mengulas langkah kerajaan memperkenalkan Biasiswa Nasional, Datuk Seri Anwar berpendapat, mana- mana pelajar yang cermerlang dan berkelayakan memang berhak mendapatkan bantuan kewangan.

"Biasiswa harus ada program yang mengiktiraf hak semua rakyat mengikut kemahiran, kepakaran, kecemerlangan disamping itu anak- anak yang miskin bantuan, semua program kita harus mengambil kira hal yang sama. Dasar itu harus telus." Ujarnya.

Saturday, June 27, 2009

'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat


KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah'(debat).

Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.

Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.
Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.

"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.

"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.

"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.

"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.

"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.

"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).

"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.

"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya.

Komunis tolak agama, Umno asingkan agama - Nik Aziz

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w."

"Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya di Balai Polis Kota Bharu kelmarin. berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat di Manek Urai sudah membuktikan mereka mampu mempertahankan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi pada pilihan raya umum 1978.

Katanya, pengundi di Dun terbabit mencatat satu sejarah apabila berjaya menyambung hayat perjuangan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi sahaja di Kelantan pada pilihan raya tersebut.

Pada pilihan raya terbabit PAS hanya mampu bertahan di Dun Manek Urai dan Sering di Pengkalan Chepa. Umno berjaya merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut selepas berlaku Mageran.

Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, pilihan raya pasca Mac 2008 memperlihatkan undi tidak percaya rakyat negara ini terhadap Umno dan BN.
Menurutnya lima pilihan raya kecil sebelum ini memperlihatkan berlaku penolakan rakyat terhadap Umno dan BN secara berterusan.

Malah katanya, Dato' Seri Najib Razak melengkapkan teori RAHMAN yang menggambarkan kehadirannya sebagai perdana menteri terakhir semasa di bawah kerajaan BN.

"Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk mengambil alih kedudukan kerajaan pusat yang ada sekarang," katanya.

Presiden PAS, Dato' seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat Kelantan lebih pintar dalam membuat keputusan pilihan raya sebagaimana dibuktikan pada pilihan raya sebelum ini.

Lebih-lebih lagi katanya calon yang ditampilkan bagi mempertahankan Dun Manek Urai, Haji Mohd Fauzi Abdullah seorang yang dikenali ramai di Manek Urai dan berkeyakinan boleh bekerja untuk rakyat.

"Saya berkeyakinan beliau boleh bekerja untuk rakyat Manek Urai bagi meneruskan usaha yang dilakukan Allahyarham Paksu Wil," katanya.
Beliau yang juga anggota parlimen Marang melahirkan rasa malu apabila Terengganu kaya dengan hasil minyak membuat stadium yang tidak mampu bertahan lama sehingga boleh runtuh dalam masa setahun.

Menurutnya sebagai rakyat Terengganu beliau merasakan malu dengan apa yang berlaku ke atas Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, Umno telah merompak royalti minyak ketika negeri itu diperintah PAS pada 1999 sehingga menafikan hak sebagaimana termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

Sedangkan kata beliau setiap menteri-menteri besar telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Persekutuan di mana apabila terdapat pertemuan minyak dan gas di perairan setiap negeri, mereka akan dibayar royalti sebanyak lima peratus.

Beliau juga memberitahu pernah melihat pelantar minyak di perairan Kelantan ketika melalui kawasan berkenaan sebelum ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa berkata, di perairan Kelantan sekarang terdapat enam pelantar minyak yang sudah dicarigali sejak 2004.

Menurutnya, berdasarkan kepada pengeluaran tersebut negeri ini sepatutnya dibayar royalti hampir RM1 bilion.

Peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai


KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.


Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.

Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.

Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.

Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.
Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi.

Friday, June 26, 2009

Serangan "lada" DUN Perak: Yit Foong disaman

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Yew Tian Hoe memfailkan saman terhadap Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong yang didakwa menyerangnya dengan semburan lada semasa sidang DUN 7 Mei lalu.

Yew memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di Ipoh pada pukul 11.15 pagi tadi.

Yew mendakwa, berikutan serangan itu, beliau mendapat kecederaan di mata kiri, kejutan mental, trauma, penghinaan umum dan kemurungan.

Beliau memohon injunksi untuk menghalang Hee yang juga ADUN Jelapang, kerosakan tauladan dan kos.

Hee sebelum ini berkata, penyembur lada yang didakwa telah digunakan untuk menyerang Yew itu bukan miliknya, sebaliknya telah dilontarkan ke arah beliau ketika pergaduhan semasa sidang DUN awal bulan lalu.

Malah Hee berkata, beliau tidak tahu cara menggunakan penyembur lada itu dan menyerahkan kepada Yew untuk membuat tuntutan sekiranya beliau adalah orang yang melontarkan penyembur lada itu kepadanya.

Namun beberapa rakaman video di Internet jelas menunjukkan Hee mengeluarkan penyembur lada dan menggunakannya ke atas ADUN Pakatan Rakyat itu

Kematian Michael Jackson - Perginya Seorang Raja Pop Terulung.

Kematian Raja Pop Michael Jackson awal pagi ini akibat serangan jantung mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

Michael dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana. Dia merupakan anak ketujuh daripada keluarga sembilan orang.

Lima anak Jackson - Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael - membuat persembahan bersama pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun.

Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular - The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.

Michael membuat album sulungnya pada 1972, dan album Thriller pada 1982, yang terus menjadi lagu top 10.

Albumnya dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27 juta di seluruh dunia.

Penerima 13 kali Anugerah Grammy semasa hayatnya bergelut dengan pelbagai kontroversi, termasuklah dakwaannya memeluk Islam serta dituduh mencabul kehormatan seorang budak lelaki pada 1993.

Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Beliau dilaporkan memilih "Mikaeel" - sempena nama malaikat pembawa rezeki - sebagai nama Islamnya.


Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran “penghibur sepanjang zaman” oleh Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an.

Michael kaya raya apabila album ketujuhnya Thriller terjual 109 juta keping, membina sebuah rumah mewah di Los Angelas yang dilengkapi dengan taman tema dan zoo persendirian.

Kediamannya itu sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat.

Di situ beliau bergelut dengan kontroversi yang mendakwa beliau telah mencabul seorang kanak-kanak pada 1993. Beliau diseret ke mahkamah sepuluh tahun selepas itu.

Bagaimanapun, selepas perbicaraan panjang selama dua tahun, mahkamah telah membersihkan namanya dengan mengumumkan beliau tidak bersalah.

Michael menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia dengan suara dan penampilannya yang unik, selain gerak tarinya yang bertenaga di pentas - dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk.

Terakhir beliau bergelut dengan tuntutan saman sebanyak AS$7 juta (RM25.26) oleh seorang kerabat diraja Bahrain, Sheikh Abdulla Hamad Al Khalifa kerana didakwa melanggar perjanjian untuk merakam album dan mengadakan konsert di negara itu.






Sumber Gambar : Los Angeles Times

Thursday, June 25, 2009

Mahfuz Beri Bukti UMNO Guna Tentera Untuk Raih Undi Di Manek Urai

UMNO akan turun bertanding pada pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan dengan taktik baru: membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendedahkan.

“Projek Jiwa Murni,” akan meyaksikan anggota tentera diberi misi melaksanakan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada UMNO, kata Mahfuz.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

“Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam dimana BN mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan PRU12,” kata Mahfuz. .

Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut “diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan bagi Barisan Nasional”.

“Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telahpun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,” tambah Mahfuz

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada UMNO pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut Mahfuz, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

“Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan BN yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera. Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan BN adalah diluar dari bidang tugas tentera,” kata Mahfuz

Sebelum itu di Dewan Rakyat, barisan menteri dan wakil-wakil rakyat Umno-BN diam ketika diajukan pertanyaan dari Mahfuz mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu. .

Mahfuz menggesa supaya Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

“Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat. Disini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz.

Ini jelas satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat. Hakikat ialah ini adalah projek pilihanraya. Kami tidak membantah sekiranya mereka buat selepas pilihanraya,” kata Mahfuz.

BUKU 100 DALIL KENAPA NAJIB TIDAK BOLEH JADI PM

Buku ini bukan buku baru, tetapi buku ini akan membuka mata anda mengenai Najib Tun Razakdan Rosmah Mansur. Baca BAHAGIAN 1 - 100 DALIL KENAPA NAJIB TIDAK BOLEH JADI PM

Dokumentasi ini akan adalah sebahagian dari buku 100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi PM. Buku lama ini juga memaparkan isu siapa Rosmah Mansur sebenar. Sekiranya ipaper mahu dilihat jelas, klik kanan pada dokumen dan pilih zoom in.

Antara dalam buku ini adalah kisah Najib dengan wanita-wanita lain:





Bahagian 1- 100 dalil mengapa Najib tidak boleh jadi PM

File0010_1 Klik Untuk Paparan Lebih Besar


Bahagian 2- 100 dalil mengapa Najib tidak boleh jadi PM

File0010_2 Klik Untuk Paparan Lebih Besar


Bahagian 3- 100 dalil mengapa Najib tidak boleh jadi PM

File0010_3 Klik Untuk Paparan Lebih Besar


Bahagian 4- 100 dalil mengapa Najib tidak boleh jadi PM

File0010_4 Klik Untuk Paparan Lebih Besar


Bahagian 5- 100 dalil mengapa Najib tidak boleh jadi PM


File0010_5


Sumber Bahan : selamatkanumno.blogspot.com

Azmin: Jean Todt dibayar RM900,000, diberi tanah di Terengganu.


Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000.

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal.

Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau.

Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin .

Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.

“Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin.

“Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.

Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.

“ Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,” kata beliau.

Pemuda Umno ungkit k'jaan perpaduan di Manek Urai

Pemuda Umno ingin menjadikan isu kerajaan perpaduan – yang pernah menimbulkan pergeseran dalam PAS dan di kalangan Pakatan Rakyat – dalam kempen pilihanraya kecil Manek Urai.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, rakyat perlu diberikan penjelasan kerana isu tersebut "masih lagi menjadi bualan" dan "telah menimbulkan kekeliruan kononnya Umno dalang" isu ini.

"Hakikatnya keterbukaan Umno untuk menerima huluran tangan PAS. Umno tidak mula dahulu, (sebaliknya) ia syor daripada kepimpinan PAS," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Dalam muktamar PAS antara yang terpilih (sebagai pemimpin atasan) adalah dari pro-kerajaan perpaduan".

Walaupun isu kontroversi tersebut telah ditutup oleh PAS, kata Reezal lagi, tetapi Pemuda Umno melihat perkara tersebut sebagai "positif" dan "tidak ditutup sepenuhnya".

"Walaupun kerjasama Umno-PAS tidak begitu berjaya, tetapi ia tidak berakhir begitu sahaja. Ada orang melihat kerjasama Umno-PAS lebih kepada berpusatkan Melayu.

"Pada saya, berpusatkan Melayu perlu untuk mengukuhkan Melayu kerana Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia," katanya.

Tambahnya, Pemuda akan menggerakkan jenteranya yang "berkualiti" dan "berfokus" bagi merebut kemenangan kepada calon BN.

Selain ceramah, Pemuda akan menggunakan pendekatan "ramah mesra" untuk menemui pengundi secara langsung bagi memperolehi sokongan mereka, kata Reezal lagi.

Sementara itu, setiausaha kerja Pemuda Umno, Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata ketuanya Khairy Jamaluddin akan turun berkempen di Manek Urai selama dua hari bermula esok.

Pada sebelah pagi, ahli parlimen Rembau akan mengadakan program gotong-royong sebelum melancarkan jentera pilihanraya BN pada sebelah petang.

Manakala di sebelah malam, Khairy akan mengadakan majlis dialog bersama pengundi di situ.

Sementara pada pagi Sabtu, kata Saiful Hazizy lagi, ketuanya sekali lagi akan turun menemui akar umbi dengan program gotong-royong sebelum jadualnya tamat pada sebelah tengahari.

Tuesday, June 23, 2009

Umno cuba perbodoh pengundi Melayu di Manek Urai

KUALA KRAI, 23 Jun - Faktor hampir 99 peratus pengundi di Dun Manek Urai daripada kaum Melayu menjadi sebab utama Umno bingkas semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di Penanti.

masih menganggap orang Melayu mudah diperbodohkan dengan umpan kebendaan berbanding kaum lain.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, kedudukan posisi kaum di Manek Urai berbeza dengan pilihan raya kecil di tempat lain sebelum ini.

"Kalau sebelum ini kita lihat pilihan raya kecil lebih memihak kepada Pakatan Rakyat disebabkan pengundinya dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.

"Namun situasi berbeza di Manek Urai kerana hampir keseluruhan pengundi orang Melayu. BN akan cuba menyogok seboleh mungkin untuk menawan hati pengundi," katanya

Menurutnya faktor itu dilihat Umno boleh memberi kelebihan kepada mereka dengan mengumpan banyak kebendaan bagi menawan hati pengundi Melayu.

Berdasar kepada daftar pemilih sebelum ini daripada 12,272 pengundi di Dun Manek Urai bilangan pengundi bukan Melayu hanya seramai 88 orang, manakala pengundi pos sebanyak 83 orang.

Oleh itu Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa bekerja lebih keras bagi menjelaskan kepada rakyat umpan kebendaan yang sedang ditabur sekarang.

Katanya juga motto yang digunakan sebelum ini iaitu 'beri gula kacau, beri kain pakai' boleh digunakan semula sebagai usaha untuk berdepan dengan politik kebendaan yang ditaja Umno.

Pakatan Rakyat Tolak Kerajaan Perpaduan


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil keputusan menolak idea kerajaan perpaduan selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sejam di Parlimen hari ini.

Membacakan kenyataan selepas mesyuarat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."

Kenyataan itu ditandatangani oleh Anwar; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah dibacakan dalam sidang media di lobi Parlimen.

Anwar menambah, pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh timbalan-timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung parti komponen Pakatan.

Saturday, June 20, 2009

PAS umum calon Manek Urai 26 Jun

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.

Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.

Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

"Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya ketika dihubungi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai.

Thursday, June 18, 2009

Manek Urai tanpa poster Hadi

Manek Urai tanpa poster Hadi

Berbeza dengan pilihanraya kecil lain, DUN Manek Urai menyaksikan kelainannya apabila poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan dinaikkan sebagai strategi kempen.

Jentera pilihanraya PAS Kelantan berhasrat menonjolkan poster calon bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar sebagai sebahagian strategi "melokalisasi" kempen tersebut.

“Ia bertujuan melokalisasi (strategi) kempen pilihanraya kecil ini. Ini lawan kepada (pendekatan) Umno yang kita tahu akan cuba menasionalkannya.

“Ini pilihanraya tempatan (negeri),” kata Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Nasir Daud kepada Malaysiakini hari ini.

Ketiadaan poster Abdul Hadi - yang selalunya dinaikkan bersama Nik Aziz - menimbulkan spekulasi bahawa dua tokoh atasan PAS ini tidak lagi sealiran, khususnya dalam isu kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun PAS Kelantan menafikan tindakan tersebut ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan - yang hangat diperkatakan dan memberi gambaran dua tokoh sedang bergeser.

“Ia tidak ada kaitan langsung dengan isu kerajaan perpaduan. Ini (hal) pilihanraya kecil,” kata Nasir sambil menyifatkan perkara itu sebagai “geder” atau khabar angin.

Lawat kawasan

Bagaimanapun, tambahnya, poster-poster belum lagi dicetak.

“Yang sudah ada sikit-sikit itu (dibuat) sendiri-sendiri,” kata Nasir, yang juga penduduk tempatan Kuala Krai - tidak berapa jauh dari Manek Urai.

Ditanya sama ada tindakan tidak mencetak poster presiden itu akan membuatkan Abdul Hadi kecil hati, Nasir hanya menjawab: “Tidak apa”.

Sementara itu, beliau turut menafikan terdapat terdapat usaha PAS dari negeri-negeri tertentu memboikot kempen pilihanraya kecil PAS di DUN itu.

“Pada 13 Jun lalu mereka sudah datang membuat lawatan ke kawasan dan berjumpa dengan orang tempatan.

“Malam tadi baru saja (ahli jawatankuasa PAS pusat) Abu Bakar Chik datang,” katanya.

Nasir berkata, jentera PAS dari negeri lain akan mula turun ke Manek Urai mulai esok.

Malaysiakini difahamkan, Abu Bakar termasuk dalam senarai pemimpin yang “tidak dialu-alukan” oleh PAS negeri di Manek Urai.

Dikatakan, termasuk dalam senarai itu ialah Abdul Hadi, timbalannya Nasharuddin Mat Isa dan setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali.

Dewan Harian PAS akan bermesyuarat Isnin ini - dijangka membincangkan soal kerajaan perpaduan dan persiapan menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Wednesday, June 17, 2009

Apa Nak Jadi ?? Apa Dah Jadi ??

Nak kongsi artikel menarik dari blog kickdefella.
Tidak mahu komen panjang cuma mahu kongsi terus artikel tersebut. Sila klik tajuk di bwah untuk membaca terus artikel tersebut.

- Selepas racun lipas Najib sedia sapukan gam tikus
- Bila PAS tertelan racun lipas Umno

Nampaknya 'ego' beberapa pemimpin PAS seperti tidak kesudahan. Tidak tahukah mereka rakyat yang memberikan mereka kuasa mula gundah gulana dengan isu kerajaan perpaduan yang mengarut. Umno (Najib) yang tengah tercangut seperti mendapat talian hanyat dengan isu merapu tersebut. Sudah - sudah lah atau kita mempersiakan pusingan kebangkitan rakyat menolak regim kali ini.

Tak apa lah mungkin PAS sudah melupakan 'syuhada' memali, atau melupakan 'rampasan kuasa' PERAK atau Kelantan.... tak apalah mungkin PAS sudah memaafkan sega a kezaliman seperti pembunuhan penyokong PAS oleh Pemuda Umno.... biarkanlah mungkin PAS sudah matang dan melihat kedepan tanpa perlu menoleh kebelakang atau mereka sudah tinggi tanpa perlu melihat ke bawah.

Sepanjang sejarah merekodkan regim ini tidak kuat tetapi 'perikatan' yang terbentuk untuk menentang regim ini terlalu lemah dan mudah khayal.

Nak singgung sikit mengenai demo protes ISA besar - besaran yang kononya bakal diadakan. Semalam dalam satu kenyataan media semalam Ketua Dewan Pemuda PAS menyatakan.

"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," katanya di sidang media di ibu pejabat PAS semalam. (petikan malaysiakini)

Tahniah kerana kesudian pemuda PAS menjadi pengerak utama tetapi disebut rakan - rakan NGO...mana peranan DAP atau KEADILAN... ? Terlupa, ataus sengaja dilupa..?

Mungkin mereka sedang terlalu yakin dan mabuk 'lampu sorot'. Biarkanlah Dewan Pemuda PAS Pusat organisasi besar yang lengkap logistiknya, hebat lagi dasyat.

Lupakah kita dengan kejayaan 'BERSIH' di depan istana, rindu dengan 'mobiliser' yang amat rendah diri seperti abang Md Sabu. Walaupun tak diminta che'GuBard sanggup balik dari Seoul hanya untuk memastikan aspek teknikal hari tersebut berjaya. (sila klik untuk baca lanjut)

Maaf celupar pagi - pagi , anggaplah ini tulisan picisan anak muda biasa...! Tapi janji apapun tetap akan bersama menjayakan demo anti ISA.... Manik Urai juga pasti akan ke sana berjuang seperti KEADILAN bertanding !!!!

Chegubard.

Nota :

Baru-baru ni aku ada terima mms dari sorang hamba allah, aku sedih gila bila membaca mms nie, tak tahulah.. mms nie mms pendirian peribadi beliau. sedih bila aku mendapati mms ini takda pendirian, terlalu patuh seolah-olah menyokong (jumud) dengan kepimpinan atasan, mms tuh suruh aku minta maaf kat Presiden, dan Timbalan Pas secara terbuka kerana aku mengelar ulamak & ustaz nie dengan gelaran virus H1N1.

Dalam mms tuh lagi katanya " Jangan kita mengada-gadakan cerita yang boleh memecah belahkan & mengaibkan tanpa ada usul periksa" jangan kita terlalu ghairah mengeluarkan kenyataan dgn mengikut hawa nafsu syaitan "

kiki... nak tergelak pun ada, bila mengenangkan kematangan politik beliau. Kepada beliau saya nak bagitau, jgan melatah sangat, dah heboh satu Malaysia apa yang di katakan Kerajaan Perpaduan nie.

Bagi aku gelaran H1N1 nie memang kena dengan mereka yang cuba memusnahkan Pas dan Pakatan Rakyat dengan virus (Kerajaan Perpaduan). Mms tuh jugak menyuruh aku menarik balik artikel yang aku tulis " H1N1 masih pertahankan Kerajaan Perpaduan?? ".

Aku minta maaf sangat-sangat kat hamba allah tuh, aku tak akan tarik balik artikel yang aku tulis, lebih-lebih lagi nak minta maaf kat H1N1, Sepatutnya H1N1 lah yang perlu meminta maaf kepada seluruh penyokong, kepimpinan Pakatan Rakyat kerana mencetuskan kontroversi murahan ini. Aku ni ada prinsip ada pendirian dan tak taksub dengan kepimpinan.

"Keadilan Untuk Semua"

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

Sumber : Malaysiakini

Jun 17, 09 1:29pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Ibrahim Libya dibunuh kerana 'percaya' dengan perjuangan PAS

Sumber : Dari blog chegubard.

Ibrahim Libya dibunuh kerana percaya dengan PAS bukan komunis. Jelas Kem Komandan setempat berkeras mengenai status beliau sebagai guru agama 'pro PAS' bukan komunis.

Menteri Umno mengarahkan untuk membunuh penyokong PAS yang dituduh Komunis.

Lihat bawah ini wahai hullamak (kerajaan perpaduan) dan kuncu pro kerajaan perpaduan sebelum berfikir mengenai 'bersatu dengan Umno'





Gambar As-Syahid Peristiwa berdarah Memali

Al-Fatihah..

Sunday, June 14, 2009

Anwar : Pindaan Perlembagaan Untuk Mengisi Agenda Perubahan.


Pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat yang diluluskan hari ini akan membantu parti itu melakukan anjakan besar ke arah mengisi Agenda Perubahan yang dijanjikan kepada rakyat.

PKR meminda perlembagaannya bagi menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Anwar: Benarkan Chin Peng pulang

Sidang Media Menjelaskan Isu Chin Peng

Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini.

Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Menurut Anwar, ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China.

"Kita ada perjanjian damai. Kita bawa balik perbagai tokoh termasuk, Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain. Bagi saya, atas dasar kemanusiaan dan konsisten dengan dasar, kita kita harus maafkan (Chin Peng).

"Dari segi Islam, ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai," katanya.

Chin Peng, 85, tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia.

Dilahirkan di Perak sebagai Ong Boon Hua pada 1923, Chin Peng dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

Perjanjian damai

Dia kemudiannya mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM), yang disokong oleh China, melancarkan perang gerila terhadap penjajahan British dan kerajaan Malaysia, antara 1948 dan 1960.

Ahli-ahli sejarah menganggar kira-kira 2,000 tentera British dan pasukan keselamatan Malaysia terkorban serta 7,000 anggota komunis.

PKM kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 yang membenarkan beberapa pemimpin tinggi PKM pulang ke Malaysia.

Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi "ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan yang telah dilakukannya".

Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme.

Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah "ditutup".

Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - akan "memutarbelit" kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini.

Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk "Anwar sokong Chin Peng" atau "PKR suara baru komunis".

Nota :
Melayu Komunis balik boleh !!! Cina Komunis balik tak boleh ???

Allahyarham Samsiah Fakeh nie pun ahli Parti Komunis Malaya gak macam Chin Peng, Di sebabkan dia bangsa melayu dia dibenarkan pulang??? udah la UMNO jangan tiupkan api perkauman sangat... jangan double standard, yang lepas tuh lepas lah..

Untuk pengetahuan semua, Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh, 84, nie meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kondominium Tropicana, Jalan Kuchai Lama.

Saturday, June 13, 2009

Taniah !! Zaid Ibrahim masuk PKR

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk

Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

"Ini berita yang cukup menggembirakan. Ia berkuatkuasa hari ini. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita,” katanya.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

"Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya.

Reaksi Zaid

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. (Presiden PAS, Datuk Seri) Hadi tidak ada sekarang. Mesyuarat akan diadakan Isnin depan (bila Hadi dapat hadir).

Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.

“Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.

Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: "Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.”

Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata:

“Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai.

“Ini hari yang bersejarah apabila kita akan meminda perlembagaan,” katanya.

Friday, June 12, 2009

Video pendedahan 'Siapa Rosmah ?'

Sumber dari :http://selamatkanumno.blogspot.com

Rosmah Perempuan Puaka!




Rosmah Perempuan Puaka! Part 2




Rosmah Perempuan Puaka! Part 3



ini ialah video yang dihasilkan oleh Team Khas ...

Kami dimaklumkan video penuh ini menampilkan teman - teman sekolah lamanya, bekas teman - teman lelakinya, bekas suaminya, adik beradiknya dan termasuk dua tiga orang dukun yang terlibat dengannya....

rupanya Rosmah ini ada tahi lalat besar yang kemudian dibuangnya untuk mengurat ....

Satu team pula dikhabarkan dalam masa terdekat akan terbang ke India untuk mencari link bomoh Rosmah yang dijumpai di India.

Saksikan lah video-video ini, tunggu kemunculan siri 4 dan seterusnya.

'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan - Malaysiakini


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."

Wednesday, June 10, 2009

Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan

Dalam kehangatan perdebatan idea kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat memanggil pertemuan sulit bagi menepisnya.

Menurut sumber-sumber, Nik Aziz memanggil beberapa pemimpin parti itu yang dilihat menentang idea kerajaan perpaduan dan muqabalah dengan Umno, antaranya, bekas naib presiden Datuk Husam Musa dan penggantinya Datuk Mahfuz Omar.

Mesyuarat itu yang diadakan di Rumah Kelantan, Jalan Stonor di ibu negara pagi kelmarin juga bersetujui mendesak Abdul Hadi menjelaskan pendirian dan tafsiran beliau berhubung perkara itu.

"Setakat yang kita tahu, kerajaan perpaduan itu maksudnya ingin duduk bersama Umno.

"Ini yang kita tentang. Kita harap presiden dan timbalannya (Nasharuddin Mat Isa) boleh membuat penjelasan," kata sumber.

Jumaat lalu, dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata, beliau yakin idea kerajaan perpaduan akan difahami dan diterima semua pihak suatu hari nanti.

Bagaimanapun, pada malam keesokannya, ketika menyampaikan ceramahnya sempena muktamar tahunan PAS itu, Nik Aziz menyifatkan idea Abdul Hadi itu sebagai "mengarut".

'Nik Aziz risau'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber berkata, idea Abdul Hadi itu perlu diperjelaskan supaya pemimpin lain dalam PAS tidak curiga dan tertanya-tanya maksud sebenarnya.

"Sekarang kita lihat hanya presiden dan Ustaz Nasharuddin sahaja yang bercakap mengenainya.

"Orang lain tidak tahu apa (butirannya)," kata sumber-sumber itu.

Sumber yang lain memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat ekoran kerisauan Nik Aziz terhadap potensi PAS bergabung dengan Umno apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan bersifat terbuka terhadap idea itu.

Utusan Malaysia sehari selepas majlis perasmian muktamar memuatkan laporan itu di muka depan akhbar tersebut.

Kedengaran juga ura-ura bahawa Nik Aziz "merajuk dan kecewa" dengan tindakan Abdul Hadi dan ingin membuat tindakan drastik dengan meletakkan jawatan sebagai mursyidul am.

Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata bahawa ura-ura itu tidak benar.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat yang baru dipilih Dr Hatta Ramli ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung pertemuan Isnin itu.

"(Pertemuan) itu bertanya khabar sahaja," katanya, sambil ketawa.

Bekas bendahari agung PAS itu dikatakan turut hadir dalam pertemuan itu.

Sementara itu, di Pahang, seorang naib presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Abdul Hadi akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu kerajaan perpaduan.

Katanya, kenyataan akan memperjelaskan secara terperinci kerjasama antara PAS dan Umno berhubung isu kerajaan perpaduan, lapor akhbar Sin Chew Daily.

"Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu. Semuanya akan diuruskan oleh presiden," katanya.

Mahathir tidak setuju kerajaan perpaduan - MalaysiaKini

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena adapembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mantan perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang, lapor Bernama.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.

"PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir dipetik berkata dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politikjugak tau," katanya sambil tersenyum.Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Saranan segelintir pemimpin atasan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bukan sahaja dibantah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu tetapi tidak diterima oleh rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.

Nota : Mamak nie pun tolak Kerajaan Perpaduan, Haji Hadi dan Ustaz Nasha terus tergedik-gedik pertahankan Kerajaan Perpaduan !! Apa yang best sangat Kerajaan Perpaduan nie??? Dapat Jadi Timbalan Menteri ka??? tak tau la kami yang berhingus nie apa agenda mereka sebenarnya.... kepada cerdik pandai (perwakilan) yang memenangkan Ustaz Nasha dalam Muktamar tempoh hari, taniah kami ucapkan..

Tuesday, June 9, 2009

H1N1 masih pertahankan Kerajaan Perpaduan??

Nampak gayanya Virus merbahaya H1N1 memang sedang menular di kalangan pemimpin tertinggi Pas lebih-lebih lagi H1 (Hadi), N1 (Nasha) , yang terus mempertahankan agenda tersembunyi mereka mengenai kerjasama Pas dengan Umno mengenai Kerajaan Perpaduan yang jelas bertentangan dengan prinsip dan agenda Pakatan Rakyat yang mahu UMNO dan semua parti kompenan dalam BN terus di kuburkan dalam Pilihanraya ke-13 yang akan datang.

Kami Angkatan Muda Keadilan Bahagian Pendang amat kesal dengan pendirian H1N1 tentang Kerajaan Perpaduan yang terus diperkatakan dan dipertahankan.

Perlu apa kita menolong UMNO yang terus nazak?? biar MCA,MIC, PPP dan sewaktu denganya terus menalkinkan UMNO yang dah nak mampos itu. Haji Hadi perlu ingat amanat yang dibuat oleh Haji Hadi dahulu..

Adakah Haji Hadi merasakan karier politik Haji Hadi harus juga ditalkinkan?? atau Haji Hadi merasakan tidak mampu membendung Populariti pemimpin tertinggi PKR dan DAP?? yang lebih popular dari Haji Hadi.

Kami pendukung prinsip & pendirian Pakatan Rakyat mengharapkan TGNA dan 3 Naib Presiden yang baru dilantik dapat memantau dan membasmi Virus ini dari menular sampai ke akar umbi dan amat merbahayakan Pakatan Rakyat.

Kepada Haji Hadi, Kami melayu AMK tidak mudah lupa dengan apa ucapan Haji Hadi.

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.


SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH,
KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!
KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN
PERATURAN KAFIR!
MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA
BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!
KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!

AMK Pendang menolak Kerajaan Perpaduan !!!!

Monday, June 8, 2009

Raja Eleena Azlan Shah : Wanita ke-2 terkaya di Malaysia



Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah(anak kepada Sultan Azlan Shah) mengikut survey yg dijalankan pada May 2007, Raja Eleena menduduki tangga ke25 orang terkaya di Malaysia dgn jumlah asset bernilai US$228million (MYR 773 million).Pada tahun 2008 telah turun ranking dgn menduduki tempat ke35 orang terkaya di malaysia.hebat sungguh perempuan ni kan? tak tahulah dr mana asset-asset yg sebegitu banyak diperolehi ni.kesian kat rakyat Perak ni hidup susah tapi anak sultan dah hampir bergelar BILLIONAIRE.

Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah is a daughter of the current ruler of Perak, Sultan Azlan Shah. She was born on April 3, 1960 and holds a Bachelor’s Degree in Law from the University of London. She is now a lawyer with her own legal firm in Kuala Lumpur.

Eleena Azlan Shah is also a practicing barrister, being called by Lincoln’s Inn, London, in 1985.
Upon returning to Malaysia, she joined Messrs Skrine & Co and was called to the Malaysian Bar in 1986. She set-up her own legal practice Messrs Raja Eleena, Siew Ang & Associates in 1987 of which she is presently a senior partner.

Eleena Azlan Shah was appointed to the Board of Gamuda on 1 June 1992. She is the niece of Kamarul Zaman bin Mohd Ali. She is a Director and major shareholder of Generasi Setia (M) Sdn Bhd, which is a major shareholder of Gamuda. Her directorships in other public companies are with KAF-Seagroatt & Campbell Holdings Berhad and Danau Permai Resort Berhad.

Eleena Azlan Shah was named in May 2007 as Malaysia’s 25th richest in the country with assets worth over US$228 million (MYR 773 million). She becomes the list’s second woman after Chong Chook Yew who occupies number 18th with US$320 million (MYR 1.085 billion). Her wealth comes from her being the largest individual shareholder in construction firm Gamuda.

Eleena’s stock took a beating in the past 18 months. She was ranked number 35 richest woman in 2008.


Nota: Kalau nak tahu Gamuda la dok buat projek landasan keretapi berkembar di Perak bernilai lebih RM1 bilion. Sapa lak pengerusi projek landasan berkembar tu? Eleena lak kawan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri DS Najib. Nampak ke gambarannya?

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2008

Robert Kuok AS$ 10 billion, 84, berkahwin, 8 orang anak.
Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International

Ananda Krishnan AS$ 7.2 billion, 70, berkahwin, 3 orang anak.
Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks

Lee Shin Cheng AS$ 5.5 billion, 69, berkahwin, 6 orang anak.
IOI Group

Teh Hong Piow AS$ 3.5 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.
Public Bank

Lee Kim Hua & family AS$ 3.4 billion, 79, janda, 6 orang anak.
Genting Group

Quek Leng Chan AS$ 2.4 billion, 67, berkahwin, 3 orang anak.
Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group

Yeoh Tiong Lay and family AS$ 2.1 billion, 78, duda, 7 orang anak.
YTL Corporation

Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.8 billion, 56, berkahwin, 5 orang anak.
Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia

Vincent Tan AS$ 1.3 billion, 56, berkahwin, 11 orang anak.
Berjaya Group

Tiong Hiew King AS$ 1.1 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.
Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies

Azman Hashim AS$ 700 juta, 68, berkahwin, 5 orang anak.
AMCorp Group, Ambank

William H. J. Cheng AS$ 660 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.
Lion Group

Lee Swee Eng AS$ 495 juta, 52, berkahwin.
KNM Group

Ong Beng Seng AS$ 470 juta, 63, berkahwin, 2 orang anak.
Hotel Properties Ltd, Natsteel

Lim Kok Thay AS$ 345 juta, 56, berkahwin, 3 orang anak.
Genting Group, Star Cruises. Alliance Global

Vinod Sekhar AS$ 320 juta, 40, berkahwin, 2 orang anak.
Petra Group, Green Rubber Global

Lee Oi Hian AS$ 300 juta, 57, berkahwin, 4 orang anak.
Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn

Yaw Teck Seng AS$ 295 juta, 70, berkahwin.
Samling Group

Anthony Fernandes AS$ 290 juta, 44, berkahwin.
AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X

Mokhzani Mahathir AS$ 285 juta, 47, berkahwin, 5 orang anak.
Kencana

Kamarudin Meranun AS$ 280 juta, 47, berkahwin, 5 orang anak.
AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X

Jeffrey Cheah AS$ 275 juta, 63, berkahwin, 3 orang anak.
Sunway Group

Lee Hau Hian AS$ 250 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.
Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong

Chong Chook Yew AS$ 245 juta, 86, janda, 4 orang anak.
Selangor Properties

Yaw Chee Ming AS$ 240 juta, 49, berkahwin.
Samling Group

G. Gnanalingam AS$ 230 juta, 63, berkahwin, 3 orang anak.
Westports

Lim Wee Chai AS$ 200 juta, 50, berkahwin, 2 orang anak.
Top Glove

Kua Sian Kooi AS$ 195 juta, 55, berkahwin, 4 orang anak.
Kurnia Asia

Lau Cho Kun AS$ 185 juta, 72, berkahwin.
Gek Poh Holding, Malaysian Mosaics, Hap Seng

Abdul Hamed Sepawi AS$ 180 juta, 58, berkahwin, 2 orang anak.
Ta Ann

David Law Tien Seng AS$ 165 juta.
Midwest, Sinosteel, T.S.Law Holding

Tiah Thee Kian AS$ 163 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.
TA Enterprise

Liew Kee Sin AS$ 160 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.
SP Setia

Ahmayuddin Ahmad AS$ 155 juta, 51, berkahwin, 4 orang anak.
Westports, Pelikan

Eleena Azlan Shah AS$ 150 juta, 48, berkahwin.
Gamuda

klik >>> http://www.forbes.com/lists/2008/84/biz_malaysiarichest08_Eleena-Azlan-Shah_MDRG.html

Lin Yun Ling AS$ 145 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.
Gamuda

Ong Leong Huat AS$ 130 juta, 64, berkahwin, 4 orang anak.
OSK Group

Lim Thian Kiat USD 115 juta, 50, bercerai.
Former head of conglomerate Multi-Purpose

Khoo Kay Peng USD 110 juta, 69.
MUI, Laura Ashley

Nazir Razak USD 100 juta, 41, berkahwin.
CIMB, Bumiputra Commerce Holdings