Wednesday, August 19, 2009

Media Umno-BN Putarkan lagi Kenyataan Nik Aziz


Mursyudul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata media suruhan UMNO-BN sekali lagi menfitnah beliau sebagai berkata ahli UMNO kononnya tidak boleh masuk syurga kerana salah mengamalkan Islam .

Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota Umno tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin.

"Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli Umno. Ahli Umno dan penyokong Umno lain, dua perkataan berbeza," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Aziz berkata mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.

"Usaha Umno nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya.

No comments:

Post a Comment