Sebanyak 73.1 peratus pengundi berdaftar di Dun N11 Permatang Pasir menunaikan tanggungjawab mereka untuk turun mengundi.
Jumlah ini lebih kecil berbanding sasaran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebelum ini yang mensasarkan peratusan turun mengundi sebanyak 80 peratus sekaligus merosot sebanyak 1,971 berbanding pada pilihanraya sebelumnya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada laporan mengenai pengundi hantu dimaklumkan kepada pihaknya.
Pilihanraya pada kali ini berjalan lancar tanpa melibatkan sebarang pergaduhan di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding.
Ketua Umum Parti Keadlian Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara terawal membuang undi. beliau tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 815 pagi sambil ditemai isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan calon Pas Salleh Man.
Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan di beberapa pusat pembuangan undi yang berpunca daripada pertikaman lidah kedua-dua penyokong.
Di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaaan Seri Penanti menyaksikan lebih 500 orang penyokong kedua-dua parti berkenaan berperang mulut kerana merebut kawasan dan polis terpaksa mengawal keadaan.
Pasukan Polis Simpanan Persekutuan turut di tempatkan di kawasasan berkenaan bagi meredakan keadaan dan penyokong kedua-dua parti berkenaan di pisahkan. Lalu lintas di sekitar Dun Permatang Pasir sesak terutamnya di tempat-tempat pembuangan undi.
Sementara itu, suasana juga dilihat sedikit tegang di pusat pembuangan undi Permatang Pauh dan Permatang Pasir yang menyaksikan perang mulut anatra kedua-dua pihak.
Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mula dikerah di kawasan Sri Penanti, Permatang Pauh dan Permatang Pasir apabila timbul kekecohan melibatkan penyokong parti PAS dan UMNO-BN.
Mereka saling mengejek diantara satu sama lain sehingga menimbulkan suasana tegang dan hampir menimbulkan pergaduhan.
Sesuatu yang luar biasa berlaku pada pilihanraya kecil kali ini apabila menyaksikan penyokong UMNO Barisan Nasional pula yang bertakbir beramai- ramai manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat.
Pilihanraya Kecil N11 DUN Permatang Pasir menyaksikan pertembungan antara 2 parti yang bertanding, calon Pakatan Rakyat dari PAS, Mohd Salleh Man dan lawannya dari UMNO Barisan Nasional, Rohaizat Othman.
Sebanyak 8 pusat mengundi dengan 39 saluran mengundi telah dibuka bermula jam 8 pagi tadi dan ditutup jam 5 petang ini.
Pilihanraya kecil kali ini menyaksikan seramai 20,290 pengundi berdaftar yang layak keluar mengundi.
JAM 3.30 PETANG
63.7 peratus pengundi telah membuang undi sehingga jam 3.00 petang tadi, kata SPR.
JAM 2.00 PETANG
Jalan-jalan utama ke Permatang Pasir Masih ditutup. Suasana Permatang Pasir sesak dengan kenderaan memenuhi jalan. Beberapa pusat mengundi mulai lengang. Penyokong BN sudah tidak kelihatan, hanya penyokong PAS dilihat berada di tepi- tepi jalan.
JAM 1.00 TENGAHARI
SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2 peratus atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang.
JAM 12.00 TENGAHARI
Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.
JAM 11.45 PAGI
Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang.
Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.
JAM 11.20 PAGI
Polis mula ditempatkan dengan ramai di semua-semua pusat pengundian. Di SK Penanti, FRU di tempatkan ekoran kekecohan yang berlaku di situ.
Jam 10 pagi tadi, SPR melaporkan 5775 atau 28.46 peratus pengundi telah membuang undi.
JAM 11.00 PAGI
Para penyokong kedua-dua pihak salang berbalas sorakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Pauh. Beberapa pemimpin Pakatan hadir. Antaranya Dr Dzulkifli Ahmad, Nasruddin Tantawi, Lim Kit Siang, Zuraidah Kamarudin.
Di SRJK Cina Lay Keow Permatang Pauh, penyokong PAS tidak puas hati apabila penyokong BN mengibarkan bendera dacing sedangkan ia dilarang oleh SPR. Berlaku kekecohan tetapi berjaya dikawal oleh polis. Ronnie Liu berada di kawasan itu.
"Penyokong Pakatan kita minta jaga keamanan dan jangan terpengaruh dengan provokasi. Yakin pengundi tahu dan buat pilihan yang bijak dan sangat penting pengundi bagi kemenangan kepada PAS di Pulau Pinang,"kata Ronnie.
JAM 10.35 PAGI
Tiga pusat pengundian panas dengan kata mengata antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pusat-pusat pengundian itu adalah Sekolah Rendah Permatang Pasir, Pekan Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Penanti.
Namun tidak ada kejadian buruk berlaku.
JAM 10.00 PAGI
Calon PAS melawat kawasan pilihan raya bersama para pemimpin Pakatan Rakyat. Pagi tadi beliau mengiringi Datuk Seri Anwar dan keluarga yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Penanti.
Sebelum ke pusat-pusat pengundian, kesemua mereka berkumpul di Yayasan Aman, Penanti sebelum menaiki kenderaan dari situ.
Para penyokong melaungkan takbir dan reformasi sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pengundian
keputusan rasmi diumum oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR yang dijangka jam 8.00 malam.
No comments:
Post a Comment