Penganjur perhimpunan awam tidak perlu lagi memohon permit polis sekiranya diadakan di kawasan selamat dan tidak mengancam keselamatan awam
Keperluan tersebut.
Sehubungan itu, Seksyen 27 Akta Polis akan dipinda selaras dengan penambahbaikan undang-undang berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata cadangan tersebut pada masa kini masih dalam peringkat awal.
"Belum lagi. Baru hari ini kita putuskan, kita akan ambil kira bersama kajian mengenai ISA," katanya ketika ditanya sekiranya keperluan permit tersebut akan dihapuskan.
"Sekiranya perhimpunan diadakan di tempat yang tidak mengancam keselamatan orang ramai, tidak ada sebab untuk perhimpunan itu dihalang," katanya dalam sidang media di kementeriannya hari ini.
Tambahnya, pertimbangan utama yang perlu diambil kira dalam pindaan tersebut adalah aspek keselamatan awam dan kepentingan negara.
"Kalau dalam stadium atau tempat selamat, kalau nak berhimpun sampai subuh dan mahu melalak dan melolong pun, buatlah.
"Jika itu realitinya, mengapa kita tidak pinda akta kita dan membenarkannya." katanya.
Tegasnya, undang-undang tersebut tidak sepatutnya disalahguna oleh mana-mana pihak untuk kepentingan peribadi ataupun politik.
"Yang menjadi masalahnya ialah orang yang sengaja tidak mahu mendapatkan permit untuk berhimpun.
"Kalau mereka sengaja tidak mahu berhimpun di tempat disediakan, tentu mereka ada niat lain," tambahnya.
No comments:
Post a Comment