Friday, August 21, 2009

Calon pecah amanah tak mengaku ada isteri kedua

Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri kedua yang dikenali sebagai 'Rafizah', seperti didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Nasrudin mendakwa Rafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.

Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Rafizah menuntut agar Rohaizat "mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya."

Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (c) Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu "satu pembohongan semata-mata".

"Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.

"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Rafizah. Isteri saya seorang sahaja," katanya.

Rohaizat berkata demikian bagi menjawab dakwaan Nasrudin dalam satu sidang media yang mendakwa calon BN itu mempunyai isteri yang kedua yang dikahwininya pada 2005 dan didaftar perkahwinan itu pada 2008.

'Kenal keluarga Rafizah'

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin mendakwa Rohaizat telah mengabaikan Rafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil.

"Jadi saya persoal ketidakadilan itu. Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat. Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir," kata Nasrudin sambil menambah beliau tidak berniat dan tidak suka untuk mencampuri urusan rumahtangga calon BN itu.

Nasrudin mendakwa beliau mengenali keluarga Hafizah dan mendakwa Rafizah sendiri yang menghubunginya untuk menceritakan perkara itu.

Ditanya sekiranya dakwaan ini menimbulkan kerisauan kepadanya, Rohaizat berkata perkara tersebut tidak merisaukannya.

"Saya minta kepada PAS, pembangkang, cukup-cukuplah membuat tuduhan kepada saya. Lepas ini saya tidak akan layan lagi kerana PAS cukup tertekan dengan keadaan kerana tidak dapat sokongan daripada pengundi Permatang Pasir.

"Saya menyeru kepada jentera-jentera BN di Permatang Pasir, peluang untuk menang amat tinggi," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin berkata, beliau bertanggungjawab di atas dakwaan yang beliau katakan itu.

Bahaya mamat pecah amanah nie... dah la kahwin 2, pastuh tak mengaku pulak, Habis tuh "Rafizah" nie bini siapa??? bini Yusri Isahak?? naya la hang Yusri Isahak...

1 comment:

  1. Hah! Kalau nak tau cerita sebenar tentang pompuan yang mendakwa "isteri kedua" Rohaizat, di sini penerangannya...

    Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.

    that Rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…hakikatnya Rafizah itu pengacau rumah tangga orang dan mempergunakan gelanggang politik PAS untuk membalas dendam akibat godaannya ditolak lepas tu perasan pulak Rohaizat ada hati nak kawin dengan dia sebab dia terlalu tergila-gilakan Rohaizat...mentah-mentah pemimpin PAS percaya tanpa usul-periksa, tanpa bukti yang sah... rumah tangga Rohaizat aman damai kerana kedua-dua suami-isteri telah masak benar dengan sikap pengacau yang bernama Rafizah ini yang telah bertahun-tahun mengganggu mereka berdua...happiness is the best revenge for the haters! yang saya tak faham kenapa orang pecaya cakap si rafizah tapi tak pecaya penafian rohaizat dan ibu-bapanya…Itu fitnah semata-mata!

    Abdullah Penegak Kebenaran

    ReplyDelete