Wednesday, August 19, 2009

17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar


Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan ”Anwar Pengkhianat”, mereka lupa bahawa Umno lah yang memulakan pengkhianatan kepada orang Melayu. Sudah cukup 17 senarai pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahatir sebagai bukti dangkalnya dakwaan mereka itu.

17 senarai itu yang dibuat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar sewaktu Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan pada 16 Ogos lalu di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr. Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," ujarnya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Katanya, sewaktu zaman pentadbiran Dr. Mahathir lagi, imuniti raja-raja Melayu telah dihapuskannya, padahal institusi Raja Melayu merupakan simbol ketuanan orang Melayu,nyatalah Umno sendiri telah merosakkannya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua terbesar yang dibuat Mahathir ketika itu ialah dengan merosakkan sistem kehakiman negara.

"Campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas," jelas Ahli Parlimen Tumpat itu.

Kemudian, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Walhal katanya, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu juga dilakukan oleh Dr. Mahathir. Pengkhianatan yang dibuat ini, secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang disenaraikan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar di dalam Majlis Hi-Tea tersebut;-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki
oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden
Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat
sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di
bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk
secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan
di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-
usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang
tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.


Kamaruddin turut menegaskan bahawa sentimen “pengkhianat Melayu” ini hanya dimainkan demi untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu besar yang melanda rakyat pada hari ini.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

No comments:

Post a Comment