Wednesday, August 5, 2009

Perlancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 52 bersama DSAI di Rembau

Ogos datang lagi. 52 tahun lalu Kemerdekaan Negara telah dimasyurkan pada 31 Ogos 1957. Bulan Ogos disambut dengan perbagai aktiviti menyemarakan lagi semangat patriotik dikalangan rakyat. Namun setelah 52 tahun kemerdekaan negara kita khususnya regim pemerintah dilihat makin menjauhi semangat pemasyuran kemerdekaan negara. Malah sejarah yang diselewengkan penjajah makin jauh terseleweng hanya kerana mempertahankan kuasa politik.

Bersesuaian dengan satu Ceramah Perdana sempena Pelancaran Sambutan Kemerdekaan Negara ke 52 akan diadakan seperti berikut ;

Ceramah Perdana
Sempena Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke 52

11 Ogos 2009, 8.45 malam
Kampung Selemak, Rembau
(tepi Jalan Besar Kota - Inas)

Aturcara Majlis :

8.15 malam : Solat Isya berjemaah di ikuti dengan Solat Hajat Mohon dijauhkan Bala Allah (H1 N1) di Masjid Kampung Batu, Kota

8.45 malam : Persembahan Nyanyian Ito

9.00 malam : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

9.10 malam : Ucapan che'GuBard, Ketua KEADILAN Cabang Rembau (MPP KEADILAN)

9.20 malam : Ucapan YB Taufek Ghani, YDP PAS Kawasan Rembau (AJK PAS Pusat)

9.30 malam : Ucapan YB Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Pengerusi Perhubungan KEADILAN N.Sembilan

9.45 malam : Ucapan YB Senator Datuk Zaid Ibrahim

10.20 malam : Penyerahan Jalur Gemilang tanda Pelancaran Sambutan Kemerdekaan

10.25 malam : Ucapan Ybhg Hj Mohammad Sabu

11.00 malam : Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bacaan sajak oleh Pyanhabib

11.10 malam : Penyerahan Keahlian Baru

11.15 malam : Pidato Kemerdekaan ke 52 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

12.00 malam : Nyayian beramai - ramai dan pertunjukan bunga api di ikuti bacaan doa.
Program ini dianjurkan oleh KEADILAN Rembau dengan kerjasama PAS dan DAP kawasan Rembau serta sokongan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

Penganjur menjangkakan tidak kurang 10,000 orang akan hadir. Seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan ingin memperkasakan kemerdekaan dijemput untuk bersama dalam parogram tersebut. Tapak ceramah yang luas mampu menempatkan 15,000 orang dengan selesa termasuk tapak gerai perniagaan dan kawasan letak kereta.

Pihak media, blogger dan semua diminta sama membantu hebahan program ini dengan menyiarkan hebahan di media masing - masing ataupun cetak poster dan hand bill di http://chegubard.blogspot.com dan kemudian edarkan.

No comments:

Post a Comment