Tuesday, August 4, 2009

Speaker DUN Pulau Pinang Umum secara rasmi kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir

YB Abdul Halim Hussein, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang secara rasminya mengumumkan kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir berikutan kematian Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai 2009 dan beliau juga telah menyerahkan surat kepada SPR pada jam 2.25petang tadi untuk tindakan selanjutnya.

Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada parti PAS meninggal dunia akibat sakit jantung pada 31 Julai 2009, yang akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

Ujar beliau, SPR akan menentukan tarikh pilihan raya kecil dan seterusnya mengumumkan tarikh tersebut.

Dalam sidang media berkenaan juga, beliau turut mengumumkan sidang Dewan Undangan Negeri kali kedua untuk penggal kedua iaitu pada 10 Ogos dan 11 Ogos ini.

Beliau yang enggan memberitahu dengan lebih terperinci hanya berkata bahawa ada undang-undang dan usul akan dibentangkan dan terdapat 58 soalan lisan dan 382 soalan bertulis.

Sidang DUN hanya dijangka akan berlangsung selama 2 hari dan jikalau perlu, masa akan dipanjangkan atau dilanjutkan kepada hari yang akan dimumkan kelak. Sidang DUN akan berjalan seperti biasa iaitu dari jam 9.30pagi sehingga 5petang.

No comments:

Post a Comment