Saman RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan menutup mulut timbalan perdana menteri dan pengkritik ketua pembangkang itu.
Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata tuntutan saman setinggi itu dilihat lebih kepada "ugutan" terhadap pihak terbabit supaya tidak mendedahkan kelemahan Anwar.
"Ini cara Anwar untuk tutup mulut siapa yang cuba dedah keburukannya," kata Datuk Mukhriz Dr Mahathir kepada Bernama hari ini, mengulas isu itu selepas Muhyiddin menyifatkan penasihat PKR sebagai "pengkhianat" perjuangan Melayu.
Muhyiddin, juga timbalan presiden Umno, membuat kenyataan itu ketika merasmikan mesyuarat parti bahagian Sri Gading di Johor berikutan perhimpunan membantah ISA di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Berikutan itu, Anwar mahu menteri pelajaran menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka, selain menuntut ganti rugi RM100 juta daripada Muhyiddin dan Utusan Malaysia yang melaporkan berita berkenaan.
Mukhriz berkata Muhyiddin tidak perlu meminta maaf kerana
dakwaannya itu berasas.
Beliau berkata ayahnya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini pernah disaman Anwar tetapi akhirnya kes itu digugurkan mahkamah kerana tiada asas kukuh.
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity”
by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance
and harmony
-
Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC
Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the
wor...
1 week ago
No comments:
Post a Comment