Wednesday, August 19, 2009

AMK : Penamaan Calon PRK Permatang Pasir Dicemari Insiden Keganasan Polis

Video ini menceritakan gambaran sebenar kejadian . Saksikan lah Provokasi melampau dari Polis, Saudara N Gobalakrishnan seorang diri diberkas seolah-olah seperti penjenayah besar. Media pengampu UMNO-BN tak berani nak lapor pun perkara sebenar !!

Suasana penamaan calon Dewan Undangan Negeri N11 Permatang Pasir berjalan dengan baik dan ramai penyokong dari Pakatan Rakyat (PR) berada dalam keadaan berdisiplin dan penuh semangat.

Ribuan yang hadir mewakili Pakatan Rakyat memerhatikan penamaan calon itu memberi sokongan sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat sekaligus membuktikan jumlah tersebut mengatasi jumlah penyokong- penyokong UMNO Barisan Nasional.

Walaubagaimanapun menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata terdapat insiden keganasan apabila pasukan polis menggunakan kekerasan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dan menyebabkan beliau dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam.

“Situasi di Permatang Pasir setelah penamaan calon, Pakatan Rakyat terus menjalankan aktiviti kempen cuma berlaku insiden keganasan apabila pasukan polis menggunakan keganasan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang menyebabkan beliau cedera dan sekarang dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam. Saya kebetulan berada bersama beliau dan melihat bagaimana tindakan polis yang jahat, kasar dan biadap menjatuhkan beliau dan cuba untuk menggari dan menyebabkan pakaiannya koyak,” kata Sahmsul.

Beliau berkata tindakan polis tersebut merupakan tindakan biadap dan tidak sepatutnya pendekatan tersebut digunakan dalam suasana berkempen yang menjunjung proses demokrasi.

Mengulas lanjut, beliau turut mengatakan tindakan tersebut merupakan alat UMNO Barisan Nasional ekoran parti itu semakin terdesak dalam memulihkan keyakinan rakyat selepas PRU ke 12 pada 8 Mac tahun lepas.

Tegasnya, beliau memberi amaran kepada pihak polis dengan mengatakan pilihan raya adalah satu proses demokrasi dan beliau tidak akan bertolak ansur dan bertoleransi sekiranya ada kekerasan yang melampau dari pihak polis dan parti lawan Umno Barisan Nasional.

Pilihan raya Permatang Pasir diadakan ekoran kematian DUN Permatang Pasir wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.

No comments:

Post a Comment