KUALA LUMPUR 10 Sept. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan mana-mana pihak yang menuduh para pegawainya melakukan penderaan ketika melakukan siasatan.
Sehubungan itu, SPRM meminta pihak polis supaya membuat siasatan secara bebas dan terperinci terhadap semua laporan yang mendakwa para pegawainya melakukan penderaan ketika menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat laporan terhadap SPRM, sekiranya laporan itu didapati tidak benar dan palsu.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata pihak berkenaan sengaja membuat laporan untuk menjatuhkan imej SPRM serta menjejaskan proses siasatan terhadap kes pihak tersebut.
“Telah menjadi satu trend masa kini bagi orang yang ditangkap membuat laporan polis menyatakan mereka didera, dipaksa memberi penyataan yang tidak betul, diugut dan sebagainya selepas mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM,” kata kenyataan itu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment