Thursday, September 10, 2009

SUATU PENDEDAHAN BERANI WIBAWA SPRM TERCEMAR



Dari Kacamata Halik Zaman:

Sivanesan Tanggavelu 23 seorang warganegara Malaysia dari kaum India telah mendakwa beliau didera dan dizalimi oleh SPRM pada 4hb. hingga 9hb September 2008 meskipun laporan polis sudah dibuat dan pengaduan juga dibuat kepada Suhakam namun hingga kehari ini belum mendapat pembelaan keadilan. Menurut Sivanesan, beliau diarah untuk berbogel, dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan dirotan pada alat sulitnya hingga ke tapak kakinya. Ekoran penderaan tersebut beliau telah dirawal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Polis tidak begitu berminat untuk menyiasat kes Sivanesan ia mengambil masa 1 tahun, atau polis sengaja dengan niat hendak menutup kes tersebut sebagai 'no case to answer'. Perkara begini biasa berlaku menjadikan hubungan rakyat dan pihak polis tidak sebegitu mesra.
.
Sehingga sekarang tragedi 1 tahun lalu, yang telah dibongkarkan sewaktu beliau menjadi saksi dalam Inkues Kematian Teoh Beng Hock pada 8 September 2009 masih dalam siasatan polis lagi. Tapi kalau kes politik Pakatan Rakyat, polis dapat menyelesaikannya dalam tempoh 24
jam. Polis Malaysia sangat berminat menangani masalah politik pembangkang walaupun bukan juridiction polis untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak dan mengangkat Speaker dari tempat duduknya dalam dewan, polis berminat untuk buat, demi kepentingan politik UMNO/BN.
Peguam keluarga Teoh Beng Hock Gobind Deo Singh, telah diberitahu oleh saksi Pegawai SPRM bahawa etika SPRM bila membuat penyiasatan kepada suspek selalu dengan berhemah tinggi, tidak pernah mengasari apa lagi mendera suspek. Gobind Deo mencabar saksi Pegawai SPRM itu dengan membawa Sivanesan yang pernah disiasat oleh SPRM beliau diseksa dan didera oleh Pegawai SPRM berkenaan setahun yang lalu semacam cara Gestapo German..

Dengan pendedahan Sivanesan itu dalam mahkamah, kredibiliti SPRM begitu tercemar dan buruk sekali dimata setiap warganegara Malaysia. Perbuatan mendera, menganiaya, mencederakan atau membunuh suspek itu cuma dilakukan oleh Gestapo German sahaja sewaktu perang dunia kedua.

Kalau tuduhan Sivanesan itu tidak benar benar berlaku kenapa Pegawai Pegawai SPRM itu tidak buat laporan polis dan dakwa Sivanesan kemahkamah sebagai satu tuduhan fitnah? Yang dibuat oleh peguam SPRM cuma memfailkan semakan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menolak keterangan saksi kononnya menjatuhkan reputasi SPRM dan ia tidak releven.

Permohonan semakan yang difailkan SPRM berhubung keputusan koroner Azmil Muntapha Abas terhadap satu laporan polis yang dibuat suspek Sivanesan digunakan dalam inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock, ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bersidang di Petaling Jaya hari ini (10-9-09).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Yeoh Wee Siam memutuskan demikian setelah mendapati koroner tidak melakukan sebarang kesilapan, khilaf atau perkara yang tidak betul dalam keputusannya.

Sehubungan itu, beliau memerintahkan supaya inkues diteruskan setelah menolak permohonan Timbalan Pendakwaraya, Manoj Kurup untuk memfailkan rayuan berhubung keputusantersebut.

Kalau tidak ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam permohonan semakan tersebut ia mungkin lebih baik bagi SPRM dan para pemimpin UMNO, tapi yang tidak baik pula anggapan rakyat terhadap institusi institusi Kerajaan itu boleh menjadi backfire bila Pilihan Raya Umum diadakan kelak.
Ia akan dijadikan isu oleh para pemimpin politik untuk menjatuhkan kredibiliti Kerajaan UMNO/BN yang menggunakan SPRM sebagai Gestapo Malaysia. Para pengundi pun boleh terpengaruh bila pembangkang berhujah dalam ceramah politik mereka pasal peranan SPRM dalam politik Malaysia.

Kita harap keadilan mesti diberikan kepada Sivanesan untuk mengherat Pegawai Pegawai SPRM yang tidak beretika itu kehadapan Hakim Mahkamah untuk dibicarakan.

Kita sangat bersetuju kalau satu badan Bebas Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan oleh Perdana Menteri Najib untuk menyiasat penderaan yang dilakukan oleh SPRM kepada Sivanesan. Masalahnya mahu kah Perdana Menteri berbuat sedemikian kepada SPRM yang pernah berkerja mendapatkan kembali kuasa BN diPerak?

No comments:

Post a Comment