Sunday, September 13, 2009

ADUN Kulim Angkat Sumpah Sebagai Exco.


ALOR SETAR, 13 Sept - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee hari ini mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Kedah yang baru bagi mengisi tempat Mohamad Radzhi Salleh yang disingkir selepas mengisytihar diri sebagai wakil rakyat Bebas, pada 25 Ogos lepas.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan istiadat mengangkat sumpah itu di hadapan baginda di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit dekat sini.

Lim, 37, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Masyarakat Siam dan Perpaduan yang sebelum ini disandang S. Manikumar.

Manikumar kini Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan sebelum ini disandang Mohamad Radzhi (PKR).

Lim yang ditemui pemberita selepas mengangkat sumpah berkata perkara pertama yang akan dilakukannya ialah menyemak semula porffolio itu untuk memastikan beliau dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Sultanah Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri turut hadir pada istiadat itu.


No comments:

Post a Comment