TUDUHAN demi tuduhan dilemparkan oleh para pemimpin UMNO kononnya Pakatan Rakyat memperalatkan orang Melayu dan agama Islam dalam parti kepimpinan Pakatan Rakyat dalam 4 buah Negeri di Malaysia. Para pemimpin UMNO semakin takut bayangan sendiri parti itu benar benar kehilangan sokongan dari orang Melayu dan Islam.
Dato Seri Najib Presiden UMNO sendiri menyedari bahawa Pakatan Rakyat sememangnya membantu agama Islam dan orang Melayu serta warganegara Malaysia yang bukan Islam juga tidak dilupakan. Tanpa memilih bulu dan tidak pernah mengabaikan perjuangan hak dan kepentingan orang Melayu sekaligus orang melayu dan agama Islam telah menerima gabungan Pakatan Rakyat yang telah terbukti perjuangannya melindungi hak orang Melayu dan agama Islam serta melindungi hak semua kaum dan agama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tragedi kepala lembu di Selangor dimana pembinaan kuil Hindu berdekatan dengan kawasan majoriti orang Melayu. Disana sudah menjadi isu perkauman para pemimpin dan pengikut UMNO. Pemikiran Islam UMNO secara jumud ini boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan membawa erti yang artificial matlamat 1Malaysia yang menjadi pujaan kepada semua para pemimpin UMNO dan kerabat Barisan Nasional sudah tidak bererti lagi. Pada orang Melayu UMNO takut hilang sokongan pada orang India dan Cina UMNO sudah hilang sokongan.
Bila orang Islam UMNO sudah mula menghina agama orang lain, mengusung kepala lembu, menginjak kepala lembu. Ini bererti tanggapan orang lain kepada agama Islam kita sebagai amalan agama yang ganas.Mari kita ambil sedikit perbandingan sikap Saidina Omar r.a. pertemuan dengan Paderi di Gereja Baitul Muqaddis bila tibanya solat Asar beliau solat diberanda Gereja. Paderi Geraja mempelawakan Saidina Omar r.a. agar solat didalam Gereja akan disediakan tempat baginda bersolat.
Punya hemah yang tinggi sifat keterbukaan yang ada pada diri Omar bin Al-Khattab. Beliau tidak menganggap perbedaan fahaman agama sebagai penghalang untuk beliau bersama-sama, berbual-bual dan bersembang dengan sesiapa sahaja. Kenapa kita selalu lupa sejarah sahabat sahabat Nabi mahu berdakwah secara diplomasi daripada bersifat kasar, ego dan sombong?
Pakatan Rakyat di Pulau Pinang misalnya, menjamin hak-hak orang Melayu dan Islam, malah menggalakkan lagi perkembangan syiar Islam di negeri itu. Dalam jangka belum sampai dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang orang Melayu telah pun menerima pengiktirafan tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang, termasuk untuk para penghafal Quran atau Huffaz, dan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama Islam. Tapi ianya tidakpun pernah didedahkan oleh media UMNO untuk pengatahuan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara majmuk, hanya perbezaan agama dalam sebuah negara menjadikan punca perkelahian dan perselisihan faham merupakan tindakan yang paling bodoh sekali.Sebaliknya, tindakan yang bijak, mencari titik titik persamaan terlebih dahulu. Mengajak mereka bersama kita bersatu dalam politik dinegara Malaysia yang aman damai ini, bukan mengundang perpecahan mengusung kepala lembu seperti yang UMNO buat itu.
Ikut cara Pakatan Rakyat, mahu memperjuangkan keadilan, membencikan kezaliman merupakan titik persamaan antara Islam dan bukan Islam. Jadikannya sebagai jambatan penghubung dalam melakukan pendekatan yang disukai oleh orang Islam dan Melayu dalam Pakatan Rakyat. Semua usaha Pakatan Rakyat ini tidak pernah dihebahkan oleh UMNO dan media arus perdana miliknya yang hanya mahu meneruskan agenda perkauman bagi menjamin kuasa selamanya di tangan mereka yang kotor, rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
Kalau apa yang kita fikirkan ini betul bahawa UMNO sudah hilang sokongan dari orang Melayu dan musnah sokongan dari pengundi Cina dan India dibenamkan dek bersama kepala lembu, maka jelas Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak adalah lelaki pertama dari UMNO dan yang terakhir menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13 nanti. .
Dari Kacamata Halik Zaman
No comments:
Post a Comment