Saturday, September 12, 2009

Kedah Ucap Takziah Kepada Keluarga Juruterbang

Keadaan pesawat Pilatus PC-7 yang terhempas di lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah,
yang mengorbankan dua nyawa, semalam.

LANGKAWI, 11 Sept - Kerajaan Kedah mengucap takziah kepada keluarga dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbunuh apabila pesawat ringan yang mereka naiki semasa latihan terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari Jumaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta keluarga para juruterbang itu agar bersabar.

"Kita terharu dengan kejadian ini dan saya diberitahu mengenai kejadian ini ketika melawat Langkawi," katanya selepas menyampaikan sumbangan raya dan menyertai majlis berbuka puasa bersama 2,000 penduduk di Masjid Jamek Al Qadim Ulu Melaka, di sini malam Jumaat.

Dua juruterbang malang itu ialah Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38, yang dibantu Mejar Mohd Roszaini Mohd Mustafa, 37, yang disahkan meninggal di tempat kemalangan.

Pesawat ringan PC7 MKII yang mereka naiki berpangkalan di Kolej Tentera Udara Alor Setar terhempas pada 12.20 tengah hari setelah berlepas dari KTU pada 11.54 pagi.

No comments:

Post a Comment