Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.
Sambil berarak mereka membawa bunga mawar berwarna merah, putih serta lilin sambil menyanyikan lagu meminta rakyat Malaysia menghormati di antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, belum pun sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka telah dihalang oleh polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman lalu diarahkan untuk bersurai.
Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.
Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunangnya Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.
Beberapa anggota polis bertindak ganas dengan menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.
Melihat keadaan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.
Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.
Lepas Geram: Yang usung lilin kena tangkap, yang usung kepala lembu tak kena tangkap pon, pasai pa tak kena tangkap?? Polis takut musa hassan UMNO tak lanjut kontrak? pasai yang melalak tuh orang UMNO?? kalau bab main isu perkauman memang sah lah anjuran UMNO. Polis makan gaji buta tengok saja orang UMNO melalak , POLIS memang anjing belaan/suruhan UMNO !!
No comments:
Post a Comment