ALOR SETAR 13 Sept. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap, pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee sebagai Exco kerajaan negeri mampu menghentikan khabar angin bahawa beliau akan melompat parti.
Azizan berkata, Soo Nee memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan, Pekerja Ladang serta Masyarakat Siam yang sebelum ini disandang oleh ADUN Bukit Selambau, S. Manikumar.
"Manikumar kini bertanggungjawab untuk memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Sumber Tenaga Manusia, Pembangunan Masyarakat serta Hal Ehwal Masyarakat India," katanya.
Azizan menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis angkat sumpah tersebut di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Sultanah Kedah, Haminah Haminun di Istana Anak Bukit di sini hari ini.
Menurut Azizan, beliau berharap Soo Nee akan menjalankan tugas dengan baik dan cepat belajar untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
"Kerja baik-baik dan jangan lompat-lompat parti.
"Spekulasi tidak akan lenyap dan tidak akan berhenti namun kerjaan negeri akan cuba susun dan kawal pentadbiran kerajaan dengan sebaik mungkin," katanya.
Dalam pada itu, Soo Nee berjanji akan cuba menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.
"Saya akan semak bidang kuasa saya. Saya juga harap khabar angin yang saya akan melompat parti akan dihentikan," ujarnya.
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity”
by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance
and harmony
-
Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC
Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the
wor...
4 days ago
No comments:
Post a Comment