Dari kacamata : Mohd Zuhairi Khamis
UMNO atau
United Malays National Organisation di tubuhkan secara rasmi di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946.
Umno percaya Umno adalah melayu dan melayu itu adalah Umno. Pada ketika itu Sultan dianggap simbol ‘Ketuanan Melayu’. Tetapi pada masa sekarang Umno tidak lagi menggangap Sultan sebagai simbol: Ketuanan Melayu, tetapi mahu Umno menjadi ‘Ketuanan Melayu’ supaya boleh di anggap hero dan lebih releven untuk membela orang melayu.
Pada
era zaman Mahathir tidak hairanlah di sebabkan gila kuasa, Umno sanggup mengkhianati Raja-raja dengan
menghapuskan kekebalan kuasa raja-raja melayu itu sendiri.
Umno sebenarnya hanya sebuah parti yang
hanya pandai mengambil kesempatan menjadi hero segera memerdekakan negara tanpa mengangkat senjata dan menumpahkan darah. UMNO dan Utusan Melayu ketika itu mengambil kesempatan meniup api perkauman dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan memujuk semua bangsa melayu di tanah melayu menyokong mereka bersatu menentang Malayan Union yang di perkenalkan oleh Inggeris.
Perlaksanaan dasar
Malayan Union diterima oleh orang bukan melayu kerana mereka mendapat taraf kewarganegaraan dan hak yang sama. Malayan Union memberikan hak kerakyatan berdasarkan prinsip
jus soli.
Jus soli bermakna hak mendapat kerakyatan di sebuah negara dengan berdasarkan kelahiran di negara itu.
Penentangan turut timbul daripada
Malayan Democratic Union (MDU), iaitu pertubuhan yang dianggotai oleh kaum cina professional. MDU menentang Malayan Union kerana penubuhannya tidak demokratik dan tidak menyertakan Singapura dalam gagasan itu.
UMNO bukan
pejuang kemerdekaan yang sejati mereka hanya perlu berunding sahaja dengan pihak Inggeris. Pejuang kemerdekaan negara yang sejati adalah
seperti Datuk Penghulu Dol Said di Negeri Sembilan, Dato’ Bahaman, Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau di Pahang, Dato’ Maharaja Lela, Pandak Induk, Tok Sagor dan Seputum yang di gantung hingga mati di Matang. Tok Janggut, Syarif Masahor, Rentap dan ramai lagi.
Sungguh
menghairankan dan pelik apabila
Tuanku Abdul Rahman wakil Parti Perikatan dalam Perjanjian London terus di angkat dan di julang sebagai Hero dan
di beri gelaran Bapa kemerdekaan Negara. Kerja Tuanku di lihat paling mudah, hanya perlu naik kapal terbang pergi ke London utk berunding sahaja dengan pihak Inggeris jika dibandingkan dengan pejuang kemerdekaan yang lain yang sanggup menumpahkan darah dan nyawa mereka sendiri untuk membela rakyat menentang pihak penjajah. Sungguh mudah Perjanjian London termetrai,
Apakah Umno sebuah parti agen Inggeris ??Akibat ketamakan kuasa untuk memerintah,
Konspirasi pengkhianatan Umno terhadap parti orang melayu bermula apabila
Umno meminta pertolongan dari British untuk melenyapkan dan menghapuskan parti-parti melayu berhaluan kiri yang tidak mengamalkan dasar perkauman.
UMNO iri hati dan mahu orang melayu melihat mereka lebih releven dari parti melayu yang lain.
Antara parti yang mempunyai pengikut yang ramai ketika itu yang menjadi mangsa UMNO & Inggeris adalah seperti
Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Samsiah Fakeh,
Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diasaskan oleh Ibrahim Yaakob, Pemimpin KMM yang lain ialah Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman, Abdul Karim Rashid, Hassan Manan dan Mohd Isa Mahmud.
Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan beberapa pemimpin KMM yang lain dipenjarakan oleh British pada hujung tahun 1941 dan mereka di bebaskan semula oleh pihak Jepun Pada tahun 1942. Manakala Samsiah Fakeh terpaksa lari masuk ke hutan dan mengangkat senjata bersama PKM untuk terus berjuang menentang Inggeris. Antara orang melayu yang memimpin PKM ketika itu seperti Abdullah CD, Rashid Maidin, Salleh Majid, Abu samah dan ramai lagi.
Mereka ini adalah pejuang sebenarnya yang melawan Inggeris. Umno mengkhianati mereka, tidak seorang pun dari mereka mendapat gelaran Dato, Dato’Seri, Tan sri, Tun. Walhal merekalah pejuang tulen.
Umno pada usia 63 tahun ini sudah nyanyuk dimamah usia, Dasar-dasar Umno semakin lama semakin mengarut sudahlan tulisan jawi tidak terbela, terbaru perlaksanaa PPSMI, pula di lihat sebagai permulaan penghapusan bahasa Melayu secara terancang. Pengkhianatan UMNO terhadap bahasa ibunda sukar di maafkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Baru-baru ini Parti Demokratik Jepun (DPJ) mencipta sejarah apabila memenangi pilihan raya umum Jepun menewaskan Parti Liberal Demokrat (LDP) yang memerintah Jepun hampir terus-menerus selama lima dekat.
Di Asia sejarah sama turut tercipta bebebrapa kali, kekalahan Parti Kongres kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) pada 1998 di India. Kekalahan Parti Kuomintang kepada Democratic Progressive Party di Taiwan pada 2000, kekalahan berikutnya Grand National Party kepada Millenium Democratic party di Korea Selatan pada tahun 1997 dan kekalahan Golkar di Indonesia pada 1999.
Di harap wabak kekalahan ini akan terus berjangkit ke Malaysia pada PRU 13 yang akan datang. Kita kurierkan terus UMNO Barisan Nasional masuk ke Muzium dan Arkib Negara sebagai bahan tinggalan sejarah.
No comments:
Post a Comment