Saturday, September 12, 2009

Yakin Soi Lek mahu tubuh parti baru - Tee Keat

PETALING JAYA 12 Sept. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat tetap yakin bekas timbalan presiden parti itu yang telah dipecat Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan menubuhkan parti politik baru jika beliau gagal bergerak aktif dalam MCA.

Sehubungan itu, Tee Keat tidak menafikan perkara tersebut yang dibangkitkannya sendiri pada satu taklimat dengan ahli-ahli MCA seperti yang disiarkan media baru-baru ini.

“Namun apa yang telah diperkatakan oleh saya kepada Wakil-wakil MCA Pusat dalam satu taklimat tertutup baru-baru ini, tidak perlu diumumkan secara terbuka kerana ia adalah masalah dalaman parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Usahawan Nasional anjuran Great Vision Advisory Group di sini, hari ini.

Tee Keat juga menyambut baik pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya MCA menyelesaikan masalah dalamannya atau berisiko menyebabkan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment