Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan tidak lama lagi bakal memulakan satu lagi konfrontasi antara pucuk pimpinan Umno dengan ahli-ahli akar umbinya.
Di Negeri Sembilan, anggota parti itu di Teluk Kemang khusunya mahukan ketua bahagian itu Tan Sri Isa Abdul Samad dinobatkan sebagai calon Barisan Nasional di Bagan Pinang.
Begitu juga dengan para panglima atau warlords parti itu di seluruh negeri tersebut yang rata-ratanya mahukan bekas menteri besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu menjadi anggota Dewan Undangan Negeri semula.
Pandangan sepakat pemimpin Umno Negeri Sembilan adalah, jika bukan Isa yang bertanding, pasti Umno akan tewas di kerusi itu.
Kekalahan di kerusi itu bermakna majoriti BN dalam Dewan Undangan Negeri semakin mengecil. Selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu, BN mengawal 21 daripada 36 kerusi yang bermakna ia memerintah tanpa majoriti dua pertiga.
Walau bagaimanapun dilema di peringkat persekutan adalah, adakah seorang yang telah disabitkan kesalahan politik wang layak bertanding? Kerana Isa pernah digantung keahlian Umnonya pada awal 2005 selepas menang besar sebagai naib presiden parti itu.
Baru-baru ini timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan enggan mengulas apabila ditanya adakah Isa layak menjadi calon BN di Bagan Pinang.
Sebaliknya, pengarah pilihan raya BN itu hanya meminta supaya semua pihak supaya jangan membuat spekulasi.
Namun apa yang mengejutkan adalah tindakan Muhyiddin buat kali pertama Selasa lalu, secara terus-terang mengatakan partinya telah tersilap memilih Rohaizat Othman, seorang peguam yang dilucutkan kelayakannya kerana mencabuli etika guaman, dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir penghujung Ogos lalu.
"Kita memang sentiasa berhati-hati, kecuali di Permatang Pasir, apabila terdapat sedikit kesilapan," katanya seperti dilaporkan media.
Kenyataannya itu memperlihatkan pihak pucuk pimpinan di pusat tidak bersedia untuk mencalonkan Isa dan seolah-olah sanggup menanggung risiko kekalahan di Bagan Pinang demi menjaga imej parti di peringkat nasional.
Sekiranya Isa ditolak pimpinan parti Melayu itu, akan berulanglah episod pertembungan antara pusat dengan akar umbi seperti yang berlaku pada era pentadbiran Tun Abdullah Badawi.
Jika pada zaman Abdullah dahulu, usaha-usahanya untuk memulihkan sistem kehakiman, pasukan polis dan pencegahan rasuah ditentang kuat oleh akar umbi Umno, kerana ia ditafsirkan sebagai tindakan melemahkan kekuatan Melayu.
Di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak, proses reformasi itu menjadi semakin radikal. Umno kini sedang melalui proses perubahan yang mengecilkan pengaruh para panglima dan pimpinan di akar umbinya melalui pindaan perlembagaan parti itu yang membesarkan saiz pemilih daripada 2,500 kepada sekurang-kurangya 60,000 bagi memberikan peluang kepada lebih ramai ahli menzahirkan pandangan dalam pilihan raya parti.
Usaha pindaan ini adalah manifestasi hasrat Najib yang mahu menjadi pemimpin yang mendahulukan rakyat daripada parti.
Isa adalah contoh pemimpin yang mewakili era lama, yang menjadi simbol sistem penglima perang, apabila satu dua pemimpin, melalui partinya mengawal seluruh jentera kerajaan dan rakyat.
Walaupun amalan sebegini sukar dihapuskan pihak pimpinan pusat, sekurang-kurangnya Umno pasti tidak mahu lagi dilihat menyokong kewujudan sistem ini.
Jika Isa tidak dicalonkan di Bagan Pinang, maka bermulalah episod baru dalam pertembungan antara pimpinan Umno dengan akar umbinya
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity”
by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance
and harmony
-
Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC
Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the
wor...
4 days ago
erghh mereka memang tak sepakat dengan akar umbi. camana nak berkat.
ReplyDelete