Wednesday, September 9, 2009

MB Terengganu Mengamuk Pulak Dah !!

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said memberi tempoh seminggu kepada sebuah akhbar tempatan supaya memohon maaf kepada beliau berhubung satu laporan yang didakwanya mempunyai unsur fitnah.

Katanya jika akhbar berkenaan gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyiarkan laporan itu pada 4 September lalu.

"(Laporan) ini jelas memfitnah kerana saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap berita bertajuk "Muhyiddin Mahu Selesai Kemelut BN Terengganu" itu, Ahmad berkata laporan itu gagal menyiarkan perkara sebenar pada majlis yang dihadiri lebih 5,000 rakyat Hulu Terengganu sebaliknya melihat daripada sudut politik semata-mata.

Dalam kenyataan setebal lima muka surat yang dibacanya, Ahmad berkata selama ini beliau mengelak dari memberi sebarang komen berkaitan politik untuk meredakan keadaan serta tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi negatif mengenai hubungannya dengan pentadbiran dan politik.

"Saya sudah lama bersabar. Walaupun saya telah memberikan penjelasan secara tertutup kepada pihak media beberapa bulan lepas, namun masih ada yang tidak memahami keadaan atau sengaja tidak mahu menerima kebenaran.

"Laporan akhbar terbabit adalah penghujung kesabaran saya kerana ia jelas telah memfitnah saya," katanya.

Cadangan : Nampak sangat ahmad said dah mengelabahh.. ameno memang tak mengharapkan dia haha.. Apa susah.. Bubar ja DUN, buat pilihanraya baru dan ambik jerkK kroni-kroni kau letak jadi calon, yang penyangak 9 orang yg tak ske kau tuh kau buang jerk dalam tong sampah :)

1 comment:

  1. setuju ngan cadangan,nak 9 tarbus tu jadi kerbau tindik hidung bagi aja projek 5% suroh pi main jauh jauh kat tong sampah manapun.buat bising kalu layarkan kad merah 5%.macam pak mahashit buat tu,yang lain boleh tiru takkan yang ni takleh pakai kut.

    ReplyDelete