Rakyat Malaysia perlu terus menolak politik perkauman dan terus berjuang atas landasan yang sama untuk membina sebuah negara yang dinamis.
Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata cubaan pihak tertentu untuk memperalatkan perbezaan kaum dan agama bagi tujuan politik sempit tidak akan berjaya jika rakyat bersatu untuk mencapai kepentingan sama dan tidak termakan dengan slogan-slogan yang di canangkan oleh Umno-Barisan Nasional.
"Saya seorang isteri, tidak lebih daripada itu. Juga seorang doktor tetapi apabila dilakukan kezaliman tiap- tiap kita punya potensi. Tapi kita punya hati, perasaan untuk sama- sama berjuang. Marilah sama- sama kita berjuang. Ini negara kita. Tidak kira Melayu, Cina atau India. Darah yang mengalir dalam badan kita sama. Kita sama- sama sakit, gembira, sedih. Kita satu keluarga dan kita mampu menjaga dan membina negara kita dengan labih baik," kata Azizah.
Azizah berucap sempena sambutan hari kemerdekaan anjuran Pertubuhan Pembangunan Wanita WDO di Kelang selangor malam tadi.
WDO adalah pertubuhan yang memberi tumpuan kepada program-program pembangunan ekonomi dan sosial wanita serta masyarakat umumnya.
Azizah berkata kaum wanita mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah negara.
Sehubungan itu beliau menyeru kaum wanita negara ini bangkit sama berjuang mengimbangi kuasa monopoli kaum lelaki dari segenap sudut termasuk pendidikan, ekonomi, sosial dan juga politik.
"Peranan wanita dalam membangunkan negara sungguh besar. Kita sama- sama bergandingan bukan bersaing. Dan negara kita ini perlukan penglibatan kita. Bukan setakatkita lihat dan tunggu apa yang akan jadi," ujar Azizah lagi.
Sementara itu, Exco Selangor, Roziah Ismail menyeru golongan wanita negara ini supaya merapatkan jurang sesama mereka dalam usaha memacu negara dipersada dunia.
"Sebenarnya masalah wanita belum cukup kita tangani dengan baik. Adanya jurang yang besar antara wanita Cina, Melayu dan India. Bila kita bercakap tentang wanita tidak ada beza dalam mana- mana pun. Tanpa wanita, sesebuah keluarga itu tidak akan berperanan dengan baik," kata Roziah.
No comments:
Post a Comment