Saturday, October 3, 2009

Shahruddin Tarik Diri, Gagal Dapat Penyokong

Impian Shahruddin Abdul Hamid untuk menjadi salah seorang calon bebas pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akhirnya terkubur begitu sahaja.
Beliau yang tiba kira-kira jam 9.15 pagi tadi masuk memasuki pusat penamaan calon di Pejabat Perbandaran Port Dickson untuk menyerahkan pencalonannya.

Namun tidak berapa lama kemudian keluar setelah mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang.

Beliau telah diberi masa sehingga jam 10.00 pagi untuk mencari penyokong di Bagan Pinang namun tiada seorang pun yang mahu menjadi penyokongnya.

Beliau ketika keluar dari pusat penamaan calon memberitahu kepada pemberita sedang mencari penyokong dari kawasan DUN itu untuk menjadi penyokongnya namun tidak muncul kembali.

Akhirnya selepas tempoh pencalonan ditutup dan tempoh bantahan tamat, pegawai pengurus pilihanraya Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan bahawa hanya dua calon yang akan bertanding di pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Shahruddin sebelum ini membuat pengumuman rasmi beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PKR Telok Kemang dan Ketua Penaja PKR DUN Lukut.

Pada pilihanraya kecil kali ini, BN mencalonkan Tan Sri Isa Samad sementara PAS pula meletakkan Zulkefly Mohamad Omar untuk bertanding kerusi N31 Bagan Pinang.

Hari pengundian bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang ialah pada 11 Oktober nanti.

No comments:

Post a Comment