BAGAN PINANG, 7 Okt - PAS akan mengambil tindakan perundangan jika pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan membersihkan senarai daftar pemilih yang mengandungi nama yang diragui.
Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, Salahuddin Ayub berkata satu pertemuan akan diadakan pada petang ini antara Pakatan Rakyat dan SPR di ibu pejabatnya untuk membincangkan mengenai laporan senarai pemilih yang diragui.
"Namun jika mereka tidak mengendahkan laporan kami dan tidak membuat sebarang tindakan bagi membersihkan senarai nama pemilih tersebut kami akan mengambil tindakan perundangan," katanya pada sidang media harian di Markaz Induk PAS, Jalan Pantai, Port Dickson pagi ini.
Tambahnya, Pakatan Rakyat sudah sekian lama memperjuangkan isu senarai daftar pemilih yang tidak bersih serta mengandungi keraguan.
Beliau juga mendapat maklumat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan telah memasuki kem-kem tentera bagi menjalankan kempen pilihan raya bagi pihak BN.
"Tindakan beliau menggunakan kesempatan sebagai Menteri Besar merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab selain memeras ugut dan memaksa para tentera mengundi calon BN," ujarnya.
Dalam perkembangan berbeza, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak ditanya para pelajar di Paris mengenai pemilihan calon BN yang terlibat dengan rasuah.
Dalam satu pertemuan dengan pelajar-pelajar di Paris, Najib terpaksa menjawab persoalan yang dibangkitkan para pelajar di sana memandangkan Isa merupakan calon yang bermasalah dan tidak layak untuk menjadi wakil akyat apatah lagi untuk menyelamatkan imej parti itu.
"Pelajar di Paris bertanya kenapa pilih calon yang bermasalah bagi mewakili BN?
"Ia sangat memalukan parti yang memerintah negara selama lebih 50 tahun," katanya lagi.
Tambahnya, berdasarkan prinsip pemimpin mesti lebih bersih dan dilihat lebih bersih, BN tidak sewajarnya memilih calon yang bermasalah dan menjadi wakil kepada rakyat.
Menurutnya, calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad merupakan calon yang bangkrap kredibiliti dan integriti
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity”
by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance
and harmony
-
Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC
Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the
wor...
5 days ago
No comments:
Post a Comment