Pengaruh undi pos dalam sesuatu pilihanraya sangatlah besar peranannya dan ianya sangat memberikan keuntungan kepada Kerajaan yang memerintah. BN akan mendapat privillege di setiap kawasan yang ada undi pos apatah lagi jumlah undi pos sesebuah kawasan itu sangat besar dan boleh menggugat 'undi ikhlas' yang dianggap benar benar 'demokrasi' daripada orang awam.
Undi pos menggambarkan seolah-olah suatu pertarungan demokrasi diantara rakyat dan tentera/polis. Sebagai seorang anggota tentera/polis yang makan gaji dengan Kerajaan dan pastinya di bawah 'kawal-selia' pihak atasan mereka, mampukah mereka untuk memangkah pihak lawan? Terdayakah mereka untuk 'menongkah arus'?
Kita sedia maklum tentunya para pengundi pos ini telah diberikan 'taklimat arahan' oleh pegawai atasannya akan siapakah yang harus di undi dan di pilih. Walau pun kita di war-warkan akan ada wakil calon bagi setiap yang bertanding di setiap pos pengundian di tempat pembuangan undi pos, namun 'lirikan manja arahan lembut' serta 'kata nasihat tegas' dari pegawai atasan mereka masih terpahat di minda para tentera/polis kepada siapa yang mesti diundi?
Makanya walau hati tidak rela, walau jiwa memberontak, walau perasaan membara, mahu atau tidak mahu mesti pangkah terpaksa kepada kotak BN. Makanya undi pos bagi BN adalah suatu 'undi keramat' bagi mereka. Letaklah calon apa sahaja hatta 'mat jenin' pun mampu menang di kawasan tersebut, sebab kuasa undi pos amat berkuasa.. bisa merubah segalanya. Mungkin atas dasar itulah, BN dengan yakin akan menang dalam pilihanraya kecik Bagan Pinang yang akan datang nanti. Ia tidak syak lagi.
Para pengundi pos tentera/polis apabila bertugas di Tawau misalnya, mereka akan di daftarkan sebagai pengundi pos di kawasan pilihanraya Tawau. Katakanlah semasa di Tawau. Mereka diberikan kod pengenalan seperti Ten-Tawau Kamarudin Mat atau bagi anggota polis, kod pengenalan undi seperti Pol-Tawau Usup bin Saleh. Kod pengenalan undi ini di gunakan semasa hari pengundian sahaja.
Katakanlah Tentera Kamarudin Mat dan Polis Usup bin Saleh ini di tukarkan ke Keningau sebelum musim pilihanraya, mereka juga akan didaftarkan sekali lagi dengan kod pengenalan undi ditukar kod sahaja, misalnya dari Ten-Tawau Kamarudin Mat kepada Ten-Keningau Kamarudin Mat dan Polis Usup bin Saleh dengan kod Pol-Keningau. Jadi anggota ini boleh mengundi di dua kawasan kerana identiti mereka tidak dapat di kesan memandangkan kod pengenalan undi mereka telah di tukar, sebab anggota tentera/polis tidak menggunakan kad pengenalan dalam apa jua urusan.
Walapun secara sahihnya perkara ini belum kedengaran, akan tetapi tidak mustahil akan berlaku penipuan? Kalau misalnya ada penipuan undi pos tentera/polis yang berlaku di Tawau dan Keningau adalah tidak mustahil ianya boleh berlaku di seluruh Malaysia. Kerana BN mampu untuk berbuat apa sahaja demi menyelamatkan kedudukan mereka yang semakin hari semakin goyah. Kepercayaan rakyat kepada mereka semakin hari semakin pupus dan BN khuatir legasi kuasa yang mereka ini akan berakhir dan inilah yang sangat mereka geruni.
Kita rasa ada beberapa resolusi yang boleh diambil sekiranya BN benar-benar ingin menjalankan pilihanraya secara bersih dan adil dan saksama antaranya :
a. Undi Pos di tiadakan dan bagi setiap anggota tentera/polis yang di tukarkan atau bersara, daftar pemilih mereka hendaklah sentiasa di kemaskinikan mengikut tempat tinggal mereka yang terkini. Bukan nak main pos pos lagi.
b. Setiap anggota tentera/polis mestilah turun sebagai pengundi biasa di tempat asal mereka mendaftar sebagai pengundi.
SPR pasti akan memberikan alasan bahawa tugas anggota tentera/polis bakal memberikan kekangan untuk mereka turun mengundi. Kerajaan pasti boleh memberikan mereka kelonggaran waktu atau jadual turun mengundi bagi setiap kawasan pilihanraya. Negara kita aman damai, kita bukanlah negara darurat yang memerlukan pengawasan ketat dalam menghadapi musuh negara
Adalah suatu perkara yang mustahil sejumlah 5,000 anggota tentera/polis perlu di gunakan untuk mengawal keselamatan di sesebuah kawasan pilihanraya dalam satu-satu masa. Dan sekiranya benar pun, dalam mereka mengawal, mereka juga boleh secara bergilir-gilir mengundi. Proses pengundian tidak akan mengambil masa yang lama.
Undi Pos yang diperkenalkan oleh SPR yang kononnya dapat memberikan kemudahan kepada anggota tentera/polis. Tetapi tidak mereka sedar ianya boleh mendatangkan salah tanggapan rakyat Malaysia kepada undi pos kerana rakyat dapat melihat peluang wujudnya manupulasi undi amatlah besar dan ianya hanya memberikan keuntungan kepentingan kepada Kerajaan yang memerintah sahaja. Di manakah letaknya demokrasi yang sering para pemimpin BN war-warkan selama ini? Di manakah hak bersuara rakyat Malaysia? Di manakah cogankata RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN? Adakah ianya sekadar cogankata atau tagline bagi BN sahaja?
Yang kita lihat hari ini, RAKYAT DI BELAKANGKAN, PENDAPATAN DI UTAMAKAN. Banyak kepincangan yang mereka lakukan yang tidak BN sedari. Sebab mereka hanya leka dan lalai mencari jalan sedaya dan upaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin 'seriau' mereka dibuatnya. Suara-suara hati rakyat tidak di endahkan kerana bagi mereka suara-suara hati rakyat hanyalah seperti suara-suara nyamuk yang berngiang di hutan-hutan.
Mereka takut untuk melepaskan 'kerusi empuk' yang sekian lama mereka kuasai untuk beralih arah ke 'kerusi-kerusi plastik'. Maka dengan itulah mereka perlukan 'kekuasaan undi pos' dalam sesebuah pilihanraya. Lihat sahaja mana-mana pilihanraya kecil yang tidak 'hebat' kuasa undi posnya, semuanya jatuh kecundang ke tangan Pakatan Rakyat. Lihat sahaja kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang di ambil secara demokrasi oleh Pakatan Rakyat, mengapa dan kenapa ianya terjadi ? Sebab 'KUASA UNDI POS' tidak hebat..makanya tiada MIRACLE yang terjadi dan memihak kepada BN.
Dari Kacamata Halik Zaman.
Malaysia must aim to be a model state to the world in “Unity in Diversity”
by promoting global inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance
and harmony
-
Malaysia’s Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim is in Peru for the APEC
Summit and we are joining BRICS. Malaysia must aim to be model state to the
wor...
5 days ago
No comments:
Post a Comment