Saturday, October 3, 2009

Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Be End Dan PAS Di Bagan Pinang

Saturday Morning Fever : Zulkefly Mohamad Omar Vs Isa Samad

PORT DICKSON, 3 Okt - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Okt ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Neraka (Be End) dan PAS.

Be End, yang meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, sebagai calonnya akan ditentang calon PAS Zulkefly Mohamad Omar, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Pengawai Pengurus pilihan raya kecil itu Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan pertandingan itu selepas tamat tempoh bantahan pencalonan bagi pilihan raya kecil itu di Pusat Penamaan Calon, di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini pada kira-kira pukul 11.25 pagi Sabtu.
Mohd Isa, 59, yang pernah di sabitkan dengan rasuah, merupakan orang pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi dengan menamakan N. Kandiah sebagai pencadang dan Kaw Yoh See sebagai penyokong.

Kira-kira 10 minit kemudian, Zulkefly pula menyerahkan borang pencalonannya dengan menamakan Baharom Bujang sebagai pencadang dan Sarif Kasim sebagai penyokong.

Muhyiddin Yassin mengetuai kira-kira 2,000 penyokong Be End bagi mengiringi Mohd Isa ke pusat penamaan calon manakala presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat itu bagi mengiringi Zulkefly.

Hujan lebat yang turun selama kira-kira 10 minit sebelum pusat penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi, tidak menghalang para penyokong kedua-dua belah pihak untuk turun beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada calon-calon mereka.

Calon PAS diiringi pemimpin parti-parti yang bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Seperti yang diduga, pertarungan tiga penjuru pada pilihan raya kecil kali ini tidak menjadi kenyataan apabila bekas anggota jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang Shahruddin Abdul Hamid, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, tidak menyerahkan borang pencalonannya dalam tempoh sejam selepas pencalonan dibuka pada pukul 9 pagi.

Shahruddin, yang tiba di pusat penamaan calon itu kira-kira pukul 9.15 pagi, meninggalkan Dewan MPPD 10 minit kemudian dengan alasan mahu mencari seorang penyokong dari DUN itu bagi menyokong pencalonannya dan tidak muncul kembali selepas itu.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor, yang mewakili Be End, meninggal dunia pada 4 Sept lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Azman berjaya menewaskan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Sejumlah 13,664 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos, layak mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Kawasan DUN Bagan Pinang mempunyai lapan daerah mengundi iaitu Pekan Siliau, Teluk Kemang, Ladang Atherton, Ladang Bradwall, Kampung Bagan Pinang, Taman Eastern, Sua Betong dan SiRusa.

Suasana di hari Penamaan Calon

No comments:

Post a Comment