Monday, April 6, 2009

Tun Mahathir surat khabar buruk


BUKIT SELAMBAU, 6 April- Kemunculan 'surat khabar lama' yang juga ahli baru Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau bertempat di Institut Kemahian Mara (IKM) Sungai Petani hari ini bakal mengundang padah buat Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana sikap dan tindakannya semasa menerajui negara masih dingati terutamanya pengundi yang bakal membuang undi esok

Demikian tegas, Ketua Angkatan Muda (AMK), Shamsul Iskandal Mohd Akin ketika merasmikan jentera 'penangkap undi hantu' di Bilik Gerakan Taman Bandar Baru semalam.

Jelasnya lagi, bagi Umno dan BN mungkin kedatangan mantan Perdana Menteri ke empat itu merupakan 'lipatan maut; kepada Pakatan Rakyat di Kedah ekoran sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan baru negara selepas peralihan kuasa antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Jentera kita bersiap sedia untuk terus berjuang sehingga ke hari terakhir pengundian. Kami juga tidak bimbang dengan kemunculan semula 'surat khabar lama' yang datang untuk menunjukan bahawa Umno tetap kukuh dalam kepimpinan baru negara, " tambah beliau.

Apa yang Dr Mahathir tidak lakukan pada pejuang menuntut demokrasi yang adil. Rata-ratanya ditangkap dan dikurung di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mempergunakan polis dalam setiap perhimpunan aman, mengadakan provokasi dengan harapan menahan mereka yang terlibat, menaikan harga barangan, sekat kebebasan akhbar, menghapuskan bahasa Melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains serta banyak lagi.

Tentu rakyat masih ingat bagaimana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar di tumbuk sehingga lebam matanya.Sambungnya lagi, dikurung dalam ISA, masuk campur sistem kehakiman sehingga Anwar dikurung enam tahun dalam penjara Sungai Buluh.

Justeru itu, rakyat di Bukit Selambau harus mengajar Umno dan BN sebagaimana rakyat di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu yang terus memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

"Rakyat di Bukit Selambau kena tiru macam rakyat di Permatang Pauh yang terus memberi undi sehingga peningkatan. Bila menang Umno dan BN akan cabut maka senanglah kita mentadbir negeri, " kata Shamsul Iskandar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan, slogan 'Pohon Restu' tidak seharusnya digunakan dalam kempen kali ini kerana sebelum pilihanraya kecil di N25 kerajaan tidak pula memohon restu untuk menaikan harga minyak, barangan seharian, naik takrif elektrik dan sebagainya.

"Mungkin Umno dah buang tabiat tiba-tiba sahaja pohon restu untuk menang setelah dua kali kencundang teruk, " katanya yang turut membantu calon pilihan KeADILan, S. Manikumar.

No comments:

Post a Comment