Tuesday, April 28, 2009

PKR pecat 16 ahli lawan calon parti

PKR memecat 16 ahlinya di Kedah dan Sarawak yang terlibat mencabar calon-calonnya pada pilihanraya DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai awal bulan ini.

Keputusan itu yang berkuatkuasa serta-merta dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya semalam, kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali.

"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media," katanya.

"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini."



Mereka termasuklah bekas Ketua Penaja Pendang Cikgu Bakaq Pencen bersama Timbalannya Wan Bambee.. yang turut bersubahat.
hik hik.. :P~




Kesian pulak bila mengenangkan Wan Bambee nie.. dia ingat PKR nie bodoh macam dia, kerja dia dok buat selama nie ingat pihak PKR Perhubungan Negeri tak tau. Hope lepas nie buang la crown ahli majlis daerah pendang tuh.. toksah dok gila talak dah naaa.....


Nama (dan bahagian) mereka seperti berikut:

1. Moganakumar Subramaniam (Merbok)
2. Jayagopal Andaikalam (Pokok Sena)
3. Abdul Hamid Othman (Padang Serai)
4. Roslan A Hamid (Padang Serai)
5. Abu Bakar Din (Baling)
6. Abdul Wahab Mat Isa (Sik)
7. Mustafa Hassan (Sik)
8. Kalaivanar Bala Sundram (Jerai)
9. Deivanai Krishnan (Jerai)
10. Abu Bakar Hamid (penaja Pendang)
11. Ahmad Ayub (penaja Pendang)
12. Azhar Ahmad (penaja Jerlun)
13. Dr Ambrose Labang (Julau)
14. Wong Kee Kai (Julau)
15. Rajang Unau (Julau)
16. Kudik Untung (Julau)

1 comment:

  1. patut semua yg ada dlm AMK negeri Kedah harus di pecat dan di tukar.Hanya pandai buat fiktnah dan dakyah kononnya ada lagi ahli pkr kedah akan keluar parti sila dedahkan kot hanpa yg sepatutnya di pecat.....

    ReplyDelete