SUNGAI PETANI, 5 April : Calon pilihanraya kecil Dun N25 Bukit Selambau S Ganesan, telah dilaporkan terlibat dalam dalam satu kes penipuan sebuah projek perumahan kos rendah membabitkan 50 orang pembeli rumah di Langkawi, Kedah pada tahun 1993.
Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen (KeADILan) Padang Serai, N. gobalakrishnan pada majlis ceramah anjuran keADILan di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang malam tadi.
Menurut Gobalakrishnan, pada masa itu, Ganesan yang juga merupakan seorang peguam telah melesapkan duit bayaran pembeli-pembeli rumah berkenaan berjumlah RM200,000.
“Ganesan pada masa itu berjanji akan luluskan pinjaman perumahan dan uruskan pembelian rumah 127 orang di satu projek perumahan di Kuah langkawi, mereka telah membayar duit kepada Ganesan, namun sampai hari ini sudah 10 tahun berlalu, 50 orang masih tidak mendapat rumah,”katanya.
Menurut beliau, wang berkenaan sebagai bayaran kepada pihak pemaju termasuk sewa peserta yang diserahkan melalui Ganesan.
Jesteru beliau menyeru kepada penduduk Bukit Selambau supaya mengenepikan pemimpin penipu seperti Ganesan dengan mengundi calon pakatan Rakyat.
Beliau berkata satu laporan Polis turut dibuat di Balai Polis Kuah, pada jam 12.53 tengahari semalam.
No comments:
Post a Comment