Wednesday, April 1, 2009

CABARAN DATUK MAHATHIR KHALID TERJAWAB


Timbalan AMK buktikan dakwaan wujudnya pengundi hantu


SUNGAI PETANI-Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mahathir Khalid menafikan wujudnya pengundi hantu di sekitar kawasan perumahan Taman Bandar Baru Sungai Petani Kedah.Beliau telah mencabar kesahihan yang dianggap sebagai fitnah politik yang sengaja direka oleh PKR untuk meraih undi.


Sehubungan itu,Timbalan AMK Fariz Musa bersama tujuh kakitangan AMK telah membuat serbuan di tiga buah rumah di sekitar Taman Bandar Baru dan mendapati satu rumah yang telah lama di kosongkan mana kala dua lagi di diami oleh keluarga Melayu.

Dia sebelum ini telah membuat kenyataan dimana jumlah pengundi keseluruhan di Taman Bandar Baru adalah 3,455 dan dari jumlah itu, 2,515 merupakan pengundi hantu atau pengundi yang diragui.

“Ini lah buktinya.Mengikut daftar pengundi yang terkini di keluarkan oleh SPR, rumah ini di diami seramai 49 pengundi.Sepertimana yang kita tahu,rumah ini sudah lama di tinggalkan kosong.” ujarnya.


Menurutnya sistem SISMEP telah banyak membantu PR untuk menjejaki pengundi hantu di setiap kawasan pilihanraya. Kali ini AMK telah membuktikan bahawa pengundi hantu sememangnya wujud.

Ketika di temui, Rosnah Che Hassan 25, menyatakan rasa kecewa apabila dia dimaklumkan bahawa didalam daftar semakan pengundi, terdapat 56 pengundi yang menetap di rumahnya dan berbilang bangsa..

“Dirumah ini cuma mak, bapak adik dan saya sahaja yang ada.Kami mula tinggal disini sejak tahun 1990.Saya tidak tahu rumah ini digunakan untuk meletakkan alamat calon pengundi yang sebegitu ramai” ujarnya.

Seorang pesara Haji Latif, 57, turut berasa terkejut dengan kehadiran AMK kerumahnya.Dia menyatakan bahawa hanya dua pengundi sahaja yang akan mengundi di Bukit Selambau pada 7 April ini.


“Saya amat kecewa apabila di maklumkan bahawa rumah saya di diami 42 orang pengundi.Ini tidak benar.Saya akan bersama PKR dan akan membuat laporan polis”. tegasnya.

Fariz Musa menyatakan bahawa ini merupakan satu bukti yang nyata dan AMK akan membuat memorendam bantahan.

“Saya cabar Datuk Mahathir Khalid. Kalau tidak percaya wujudnya penghuni hantu, jumpa saya. Saya boleh tunjukkan kepadanya dan sekarang AMK ada bukti yang cukup kukuh.

“ Saya telah tunjukkan tiga buat rumah. Kita kena ingat jumlah keseluruhan rumah yang terlibat adalah 76 buah.Jadi bayangkan jumlah pengundi hantu yang terlibat.

“Kami akan membuat laporan polis bersama tuan rumah dan secara tidak langsung serbuan AMK ini menunjukkan betapa SPR bukanlah satu badan yang telus dalam melaksanakan tugas bagi setiap pilihanraya” tegasnya..

Oleh : Mohd Zuhairi Khamis
Ketua Penerangan
AMK Bahagian Pendang

No comments:

Post a Comment