Wednesday, April 1, 2009

PKR LEGA KALAI KELUAR PARTI


SUNGAI PETANI-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Dr.a Xavier Jayakumar menyatakan keputusan bekas Ketua Bahagian PKR Jerai B Kalaivana mengambil tindakan untuk keluar dari parti adalah satu tindakan yang sangat di alu-alukan. Dia (Kalaivana) terlalu banyak membawa masalah termasuk permasalahan peribadinya kepada parti.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kalai kerana telah memberikan bantuan kepada PKR selama ini.Dan saya berharap agar dia boleh menyasuaikan diri bersama BN. PKR tidak menghalang dia untuk keluar dari parti”ujarnya

Beliau tidak menafikan bahawa Kalai berasa terkilan kerana namanya tidak sebut oleh PKR bagi menjadi calon di Bukit Selambau dalam pilihanraya kecil 7 April ini.

“Kalau dia kecewa kerana PKR tidak pilih dia sebagai calon, itu masalah dia dan bukan masalah kita. Sebagai ahli parti, kita kena akur dengan keputusan parti”. tegasnya

Menurut beliau tindakan Kalai keluar dari PKR tidak ubah seperti mengaluarkan duri dalam daging.Ditanya apakah dengan tindakan Ketua Bahagian Jerai ini keluar dari parti, akan menjejaskan undi bangsa India dalam pilihanraya Bukit Selambau, beliau menyatakan bangsa India telah tahu komitmen yang akan dilaksanakan oleh PKR.

“Undi bangsa India tidak akan terjejas.Dia Cuma memiliki 108 ahli sahaja.Saya cabar Kalai untuk kemukakan 500 ahli yang keluar dari PKR seperti yang dia kata” tegasnya

Beliau juga berharap agar mana-mana parti akan membuat siasatan dan latar belakangnya sebelum menerima Kalai sebagai ahli baru.

Mengulas kenyataan itu, Timbalan Ketua AMK Fariz Musa menyatakan tindakan Kalai berundur dari PKR mendapat pujian dari AMK.

“Saya amat bershukur kerana Kalai keluar dari PKR. Kami tidak perlukan mereka yang bermasalah dalam PR. Masalah peribadi pun dia bawa ke parti.

“Betul apa yang dikatakan oleh Exco Selangor, Dr.a Xavier Jayakumar, Saya harap dia akan lebih cemerlang bersama BN” ujarnya.

Oleh : Mohd Zuhairi Khamis
Ketua Penerangan
AMK Bahagian pendang

No comments:

Post a Comment