Sunday, April 5, 2009

Anwar tangguh pengumuman pendedahan tergempar sehingga 7 April

SUNGAI PETANI, 5 April(SK): Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim menangguhkan pengumuman pendedahan tergempar yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak kepada 7 April ini.


Berucap di hadapan wartawan dari media tempatan dan juga antarabangsa serta ribuan hadirin di ceramah umum di Sungai Lalang, semalam, beliau menyatakan bahawa keputusan menangguhkan dulu pengumuman mengenai pendedahan tergempar tersebut bagi megelakkan daripada sebarang risiko yang lebih buruk menjelang pilihanraya kecil di tiga Dun ini.

“Berkenaan pengumuman penting yang diperkatakan semalam, kita telah berbincang…kita telah membuat keputusan, kalau kita bagi tahu pengumuman malam ini, risikonya terlalu besar,” kata Anwar.

“Saya nak tangguh sampai 7 April ini, menang Bukit Selambau..menang Bukit Gantang…menang Batang Ai, kita sambung pengumuman yang penting ini untuk seluruh rakyat Malaysia,” tegas Anwar lagi.

Berikutan, pengarah strategi pilihanraya,Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Sungai Lalang dalam DUN tersebut, pada 3 April lalu berkata pendedahan tersebut adalah antara reaksi awal oleh pihaknya berhubung pelantikan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri keenam.


Pendedahan tersebut dijangka memberi pukulan besar terhadap peluang BN dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

No comments:

Post a Comment