PKR akhirnya menemui calon timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan tersebut awal bulan ini.
Timbalan ketua perhubungan PKR negeri
Dr Mansor Othman - seperti diura-urakan sebelumnya - disebut-sebut terpilih mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil Penanti bulan depan.
Nama tokoh kanan PKR itu akan diumumkan oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu program di Yayasan Aman di kawasan Permatang Pauh, malam Ini.
Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.
Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.
Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.
Pilihanraya kecil kerusi DUN itu dijadual diadakan antara 23 hingga 31 Mei ini susulan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohammad Fairus.
Selain timbalan Lim Guan Eng, beliau juga meletakkan jawatan exco pada 8 April lalu dan kemudian melepaskan jawatan ADUN pada 16 April lepas.
Kekosongan jawatan kedua penting itu pernah menimbulkan salah faham terbuka antara ketua menteri dan Anwar kira-kira dua minggu lepas berhubung kelewatan mencari pengganti Mohammad Fairus.
Kami AMK Bahagian Pendang yang pernah mendapat tunjuk ajar Dr Mansor pada PRK N25Bukit Selambau tempoh hari dalam AJK Penerangan, amat mengalu-alukan pemilihan Dr Mansor sebagai Calon PKR di Dun Penanti. Pemilihan ini bagi kami amat tepat memandangkan Karisma Dr Mansor Othman seorang tokoh anak tempatan yang amat mesra dengan sesiapa sahaja.
AMK Kedah akan turun ke Dun Penanti untuk membantu memastikan Kemenangan Parti Keadilan Rakyat.
No comments:
Post a Comment