Tuesday, May 12, 2009

Harga Minyak Petrol Naik???



Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter, tetapi kali ini kenaikan harga petrol akan dibuat secara cukup licik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol RON95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.

Ia dilancarkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut Utusan.

Apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.

Dan mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.

Ketika harga petrol mencecah dasar rendah kerajaan tak nak turunkan harga kononya kerana tidak mahu mengganggu pasaran tetapi dalam senyap harga minyak ingin dinaikkan pula.....

1 comment:

  1. dengar kata cukai yg dikenakan ke atas harga petrol masih mendatangkan kerugian lagi..

    dulu2 ada org kata kat maza,
    biar rakyat rugi, kerajaan tidak boleh..
    kalau tak naikan harga minyak, kerajaan akan muflis, tapi rakyat miskin tak apa!

    huhuhu

    ReplyDelete