Tuesday, May 5, 2009

Pas tidak tanding di Penanti: Hadi

SHAH ALAM - Pas tidak akan berganjak daripada keputusan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun ada desakan daripada Pas Pulau Pinang untuk parti tersebut meletak calonnya, beliau masih berpegang pada keputusan awal bahawa hak bertanding diberi kepada PKR untuk penggal ini.

Menurutnya, keputusan peribadinya itu telah disokong oleh Pas Pusat telah meminta Pas negeri khususnya di kawasan Permatang Pauh untuk bekerja keras dalam membantu rakan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) itu.

Pada penggal ini, kita perlu beri kepada PKR dan ini sikap kita di mana saya juga telah memberi maklumat kepada Pas Pulau Pinang di kawasan Permatang Pauh bahawa PKR bertanding di situ.

Kita mesti bekerja keras sebagaimana sewaktu pilihan raya kecil Bukit Selambau. Walapun calon itu bukan Islam, kita bekerja dan memenangkan rakan kita dalam pilihan raya tersebut.

Kita kena pegang janji kita dengan PR. Saya percaya Pas Pulau Pinang akan akur dengan keputusan pusat. Kita sudah matang, saya tidak fikir orang kita akan sabotaj di Penanti," katanya.

Semalam, akhbar ini menyiarkan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa Pas negeri berhasrat supaya calon itu diletakkan bertanding di Penanti.

Menurut Dr Mujahid, alasan hasrat itu adalah untuk membersihkan persepsi buruk orang ramai terhadap PR berikutan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 negeri itu yang juga ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR pada 8 April lalu.

Mengulas lanjut mengenai kemungkinan Pemuda Pas Pulau Pinang yang sejak awal menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan penyertaan PKR, akan membantah keputusan tersebut, Abdul Hadi berkata, beliau yakin ahli parti akan akur dengan keputusan itu dan tidak menimbulkan sebarang masalah.:

Kita yakin bahawa pengikut kita tidak membocorkan bahtera kita kerana kita diajar ketika berada dalam satu bahtera, ada yang di petak atas manakala segelintir lagi di petak bawah, kadang-kadang mereka yang berada di petak bawah memerlukan air yang cepat dan yang di atas pula tidak setuju kerana lambat memenuhi beri kemahuan dia.

:Menurutnya, partinya bukan sahaja memerlukan pengundi Pas di kawasan Penanti sebaliknya turut memerlukan pengundi PKR di Johor, Terengganu dan Kelantan yang mengundi Pas.

Jika kita berikan kerusi Penanti kepada PKR, penyokong PKR di tempat lain akan undi Pas pula.

Dengan sebab ini, kita tak boleh ambil kira dalam skop Penanti sahaja tetapi dalam skop yang lebih luas. Ini kerjasama kita,” katanya.

No comments:

Post a Comment