Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat yang berlarutan sejak Februari lalu, kata mantan perdana menteri.
Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Rakyat akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.
Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat.
"Inilah tanggapan saya. Saya tidak membuat sebarang tinjauan.
"Hanya tanggapan selepas keputusan di (pilihanraya kecil) Bukit Gantang dan macam-macam lagi, dan juga dengan bercakap dengan orang lain," katanya di Cyberjaya hari ini.
Dr Mahathir merujuk kemenangan besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan di Perak, di kerusi parlimen tersebut pada 7 April lalu.
Nizar sekarang terus bertarung untuk mendapatkan jawatannya itu daripada menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir selepas tiga ADUN Pakatan berpaling tadah, awal Februari lalu.
No comments:
Post a Comment