Assalamu’alaikum w.b.t. dan Salam Reformasi,
Rentetan dari keputusan mahkamah tinggi mengisytiharkan YAB DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, gerombolan UBN pasti akan berusaha bergayut kepada apa jua ranting dan talian hayat yang masih mampu tercapai oleh mereka.
Mengikut pandangan beberapa blogger, ada kemungkinan kemenangan yg diperolehi YAB DS Nizar merupakan sebahagian dari “grand design” gerombolan UBN. PR menang round pertama tetapi mungkin akan kalah di round kedua iaitu di peringkat rayuan, itulah menurut telahannya. Ini tidak mustahil kerana pernah berlaku sebelumnya.
Kini ada beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh UBN, yang setakat ini ternampak jelas, yakni :
1) Mempercepatkan proses rayuan bagi mengenepikan keputusan mahkamah tinggi.
2) Mengadakan sidang DUN tergempar bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap MB yang sah.
Mungkin gerombolan UBN mengharapkan dengan cara di atas, rakyat Perak tiada pilihan selain menerima mereka semula bagi menguasai kerajaan negeri. Namun hakikatnya, ini tidak akan berlaku, persepsi negatif rakyat terhadap tindakan jijik UBN merampas kuasa tidak akan berganjak walau apa tindakan mereka sekalipun kerana pandangan umum adalah bahawa DUN Perak mesti dibubarkan dan kuasa memilih dikembalikan ke tangan rakyat.
Tindakan pertama dengan taktik mengemukakan rayuan hanya bersifat melengah-lengahkan keputusan sekaligus menyebabkan PR mungkin masih belum dapat mengambil semula pejabat MB di bangunan SUK Perak, tetapi tindakan sebenar UBN adalah untuk mengadakan usul dan undi tidak percaya terhadap YAB DS Nizar.
Apakah kerja jahat UBN ini akan menjadi kenyataan? Seandainya jadi, seperti mana yang disuarakan oleh beberapa pimpinan tertinggi PR, ia tetap mempunyai implikasi teknikal dan perundangan. Keadaan ini akan mengujudkan kecelaruan yang berpanjangan dalam krisis ini. Maka tidak boleh tidak, DUN Perak mesti dibubarkan.
Dapat dilihat dalam blog akan kebimbangan penyokong-penyokong PR dengan kemungkinan tindakan kedua oleh UBN iaitu mengadakan sidang tergempar disertai undi tidak percaya terhadap MB yang sah. Namun ini hanya akan menyaksikan ianya boleh dicabar di mahkamah selepas itu seperti mana YAB DS Nizar mencabar Zambry. Seandainya berlaku undi tidak percaya dan ditakdirkan gerombolan UBN menang dengan sokongan 31 ADUN (termasuk 3 ekor katak), pihak PR masih bisa saja mencabar di mahkamah atas dasar bahawa :
1) Ganesan bukanlah seorang Speaker malah kalau dianggap sebagai Speaker pun, adalah Speaker haram jadah. Ini disebabkan perlantikan Ganesan sangat jelas melanggar peraturan kerana usul oleh UBN yang dikendalikan oleh si katak Hee sebenarnya tidak boleh diterima pakai bila mana YB Speaker yang sah masih berada di dalam dewan. Malah usul memecat beliau telah pun ditolak lebih awal.
2) Undi oleh 7 ekor berok + 3 ekor katak adalah tidak sah kerana mereka yang digantung dan hilang kerusi di DUN tidak layak mengundi.
Beberapa lagi persoalan turut timbul. Adakah dengan mengangkat sumpah sebagai Speaker BUKAN di depan Tuanku Sultan dianggap sebagai sah atau adakah mengangkat sumpah di depan SU DUN yang telah digantung terdahulunya oleh YB Sivakumar juga dianggap sah?
Adalah jelas bahawa DUN tidak dibubarkan, YB Speaker tidak pernah meletak jawatan dan hanya “dipecat” melalui sidang olok-olok di bawah siling yang dikendalikan oleh si “cacat” samada anggota atau pun akalnya. Oleh itu jelas bahawa YB Sivakumar masih merupakan Speaker DUN Perak yang sah cuma belum diperlihatkan secara perundangan melalui proses di mahkamah.
Ditakdirkan jika proses mahkamah menyebelahi YB Sivakumar sepertimana kemenangan YAB DS Nizar, makanya keseluruhan proses undi tidak percaya terhadap MB tadi (sekiranya berlaku) akan dengan sendirinya gugur dan terbatal kerana ia “dipengerusikan” oleh Ganeson si Speaker haram. Sekaligus akan jatuh lagilah kemaluan gerombolan UBN ini. Malu dan terus malu…..
Sekiranya UBN menyedari hakikat dan risiko yang mungkin berlaku ini, adakah undi tidak percaya terhadap YAB DS Nizar akan menjadi kenyataan? Saya kira gerombolan Zambry & Co. @ UBN bukanlah jenis yang cerdik sangat tetapi menjadi “over confident” dengan “kehebatan” mereka hanya dengan dokongan oleh ketua haprak yang mampu memanupulasikan kebanyakan instrumen kerajaan.
Seandainya sidang DUN tergempar mereka (UBN) adakan tanpa perkenan Tuanku Sultan, apakah mereka bersedia mengaku bahawa sidang DUN bawah pokok tempohari adalah sah dari segi undang-undang? Sekiranya mendapat perkenan Tuanku Sultan sekalipun, keabsahannya akan berbalik kepada persoalan di atas juga. Maka sekali lagi, penyelesaian terbaik tetap tidak boleh tidak adalah dengan pembubaran DUN Perak dan diserahkan semula mandat kepada rakyat Perak.
Persoalannya sekarang, MUNGKINKAN UNDI TIDAK PERCAYA JADI KENYATAAN?
Pada hemat saya, samada ianya menjadi kenyataan atau tidak, UBN tetap berada di pihak yang kalah (at the loose end). Dengan episod-episod caca marba yang berlaku di Perak sejak mutakhir ini, jelas kelihatan gerombolan UBN ini hanya pandai memanupulasikan intrumen kerajaan, undang-undang malah sistem demokrasi itu sendiri tanpa memikirkan secara mendalam implikasi buruk yang akan terpaksa mereka lalui di masa akan datang. InsyaAllah PRU-13 menjadi milik rakyat. Oleh itu tiada apa yang harus dirisaukan melainkan meneruskan perjuangan dengan semangat kental, menggandakan usaha, bak kata TGHHA, “membujur lalu melintang patah”.
Wassalam.
Takbir 3x!!
Sumber - Tapai Kedahlanie
No comments:
Post a Comment