
Sunday, April 11, 2010
Video dari Sidang Parlimen : DSAI dedah isu APCO dan Agen Israel dalam PDRM
Polis 1 Malaysia 1 Israel
Kerjasama UMNO & YAHUDI

Dalam ceramah AMENO selalunya Ezam (Sesumpah) dan musuhnya dalam keadilan, Lokman Nor Adam (Tukang Batu dan Tukang Simen, Plasticman and Superman) asyik jaja cerita DSAI ngan George Soros jerk.. sampai org dah naik meluat..Nahhh ambikk.. Mahathir yg secara terbuka kutuk Yahudi dalam diam berjumpa dengan Yahudi..
tak hairan lah Bapa Sekular nie jumpa dan bincang apa pun kita tak tau wallahualam..
Bukan Setakat Mahathir.. AMENO sendiri pun dah menjalinkan hubungan dan kerjasama ngan Israel contoh Zahid Hamidi buat pertemuan tertutup dengan Ehud Barak Menteri Pertahanan Israel ?
Sebabnya kecoh Bank Malaysia jadi pusat transit dalam urusniaga senajata api antara Korea dan Myanmar... maka Obama pun berhubung dengan Najib PM untuk kepastian dan juga penjelasan...
Adakah untuk menutup kesalahan yang Malaysia dah lakukan maka Najib PM menghantar Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan untuk satu misi urusniaga antara Malaysia dan Israel? apa yang Amerika dah syaratkan untuk memaafkan kesalahan Malaysia yang menjadi orang tengah kepada Korea dan Myanmar..?Apa yang Najib PM dah persetujui dalam "diplomasi"nya dengan Presiden Amerika..? sampai bazirkan wang rakyat Malaysia sebanyak RM20 Juta untuk melobi ?
Regim Bn ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata - mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.
Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah APCO Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa.Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.

Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN.
Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.
Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.
Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.
APCO Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM.
APCO dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib..
Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang porpular..
Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.
Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal.
Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik.
Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.
CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun.Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan.
EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008.
Hasil kerjasama yang terlalu lama dengan pihak Yahudi Zionis nie maka saya beranggapan pemimipin UMNO sejak dari era Mahathir Mohammad telah membawa pemikiran Sekular Yahudi kepada kaum Melayu di Malaysia..

Apa persamaan UMNO dan Yahudi? UMNO memperjuangkan "Ketuanan Melayu" atau bertuhankan Melayu? dah sama dengan Yahudi yang agamanya bertuhankan bangsa !! Yahudi kata mereka lah kaum yang terhebat!! pernah tertindas dengan bangsa lain.. secara kebetulan sama juga yang terjadi kepada kaum UMNO yang mengatakan mereka kaum yang tertindas sehingga tercetusnya (Peristiwa 13 Mei) penumpahan darah yang dimulakan oleh orang UMNO sendiri yang menggangap mereka sebagai tuan @ tuhan kepada negara mereka sendiri.
Dalam Islam & Al-Quran ada ke Allah menyuruh umat islam menindas dan membenci kaum lain??
kepada orang UMNO yang tidak tahu apa-apa marilah bertaubat dan pulang kepangkal jalan.. sementara pintu taub.at masih terbuka
wallahualam..
P/S : Ini hanyalah arrtikel pandangan peribadi saya semata-mata berdasarkan pemerhatian dan sumber dari bacaan.
Thursday, April 8, 2010
Musa Hassan Jangan Berdalih Siasat Kaitan Israel Dalam Projek IT PDRM
Oleh Faizal EzzanyKUALA LUMPUR 8 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya pihak polis meneruskan siasatan berhubung pembabitan syarikat berkepentingan Israel dalm projek IT PDRM berdasarkan kepada bukti yang sedia ada bukan mengeluarkan kenyataan meminta beliau menyerahkan bukti untuk membantu siasatan.
"Tan Sri Musa Hassan telah meminta saya untuk memberi keterangan supaya beliau boleh memulakan siasatan. Pertama kali saya ingin menyuruh beliau merujuk kepada hansard ucapan saya yang telah dikeluarkan untuk rujukan umum kerana disitu sudah cukup bukti. Oleh kerana beliau telah menyebut maka saya ingin menyatakan kembali bukti-bukti tersebut.
"Beliau boleh merujuk surat Pengarah Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Januari 2009, surat Pengarah Logistik Polis kepada Ketua Setiausaha bertarikh 3 Disember 2008, serta laporan yang telah dibuat oleh Pengarah Jabatan logistik melalui surat kepada Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan Rasuah (BPR) sekarang SPRM.
"Laporan itu menyebut antara kaitan Asiasoft Sdn Bhd dengan Israel, menyebut pemegang saham Asiasoft dan pengarah syarikat yang mempunyai kaitan dengan perisik Israel," jelas Anwar pada sidang media di Palrimen tengahari tadi.
Selain itu juga beliau juga menjelaskan ada laporan polis telah dibuat tentang penglibatan tersebut.
"Laporan polis Dang Wangi, no report 0337776/2008 yang telah dibuat oleh ASP Abdullah Suhaimi Daud dari Bahagian Unit Perundangan dan Pendakwaan pada 28 November 2008, telah menyebut tentang Syarikat Masterplan Consulting Sdn Bhd yang melantik sub kontraktor Asiasoft yang didaftarkan di Tel Aviv, Israel.
"Selain itu juga pada 11 Ogos 2008, mesyuarat PAC Datuk Seri Azmi Khalid ada menjelaskan dalam perolehan baru ada penglibatan Israel dan ini suatu yang menakutkan kerana Israel bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan mereka telah melaksanakan sistem keselamatan dengan tujuan ini mendapat semua maklumat seluruh dari seluruh dunia," katanya lagi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyambung laporan terbaru dikeluarkan oleh akhbar Suara Keadilan jelas mengatakan ada pertemuan antara APCO dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan bukti ini boleh dirujuk kepada laman sesawang KDN.
"Saya ingin menegaskan agar Musa Hassan menyambung kembali siasatan yang telah dibuat pada tahun 2008 tetapi telah terbantut yang tidak diketahui sebabnya, jadi apa tunggu lagi dengan banyak persoalan siasat sahaja jangan jadi macam Utusan Malaysia yang memutar belit berita selain menuduhkan kita mempertikaikan soal keselamatan negara," tegas Anwar.
Kekalutan Apco: Anwar mohon campur tangan Agong
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel."Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.
Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.Sementara itu, Anwar juga mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara.
Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.
Berikut petikan mesyuarat itu:
Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.
Berrdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan.
"Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” katanya.
Friday, March 26, 2010
Umno dan MIC dah mula Berebut Kerusi Hulu Selangor
Portal The Malaysian Insider melaporkan Umno Bahagian Hulu Selangor mahu calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang, manakala MIC telahpun mencalonkan timbalan presiden G Palanivel.
Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari 1990 sehinggalah beliau ditewaskan oleh Zainal dalam PRU12 2008.
Akar umbi Umno turut dilaporkan yakin Hulu Selangor adalah milik BN sekiranya bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon BN.
Masyarakat Melayu mewakili 53.9 peratus dari 60,000 pengundi, manakala pengundi Cina sekitar 26.7 peratus dan India 19 peratus.
UMNO SELANGOR MAHU KERUSI HULU SELANGOR - malaysianinsider
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Majlis Tertinggi (MT) Umno dijangka membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini sementara Umno Selangor dan MIC mahu meletakkan calon mereka mewakil Barisan Nasional (BN).
“Saya harap begitu (MT bincang persediaan) tetapi saya tidak pasti...,” kata Setiausaha Kerja Umno Abdul Rauf Yusoh ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya hari ini.
Sehubungan itu beliau yakin Umno akan membincangkan soal itu memandangkan pilihan raya kecil Hulu Selangor melibatkan isu besar.
SAH: MIC AKAN CALONKAN PALANIVEL - malaysiakini
MIC akan mencadangkan timbalan presidennya, G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Presiden MIC, S Samy Vellu bagaimanapun, tidak mahu menyatakan peluang MIC untuk merampas balik kerusi tersebut yang terlepas ke tangan PKR pada 2008.
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau secara berseloroh berkata: "Biar saya hubungi Tuhan dan tanya padanya. Dia tidak senang sekarang
Nota Tambahan :
Kami Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pendang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah....
Thursday, March 25, 2010
PENDEDAHAN !! Pemuda UMNO kaki Arak !!
KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.
Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.
"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.
"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.
Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.
"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.
Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.
Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.
Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.
Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.
Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.
Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.
Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.
TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.
Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;
"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.
MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'
Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.
Saifudin menyambung;
“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.
YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?
Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.
Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;
“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.
Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..
“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.
Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?
Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.
Tuesday, March 23, 2010
16 SEPTEMBER
Bukan apa aku cuma nak tulis satu dua perkara saja.
16 SEPTEMBER
Pada pendapat aku 16/9 yang diwar-warkan oleh Sdr Anwar memang ada tapi tujuan dia bukanlah nak ambik alih kerajaan tapi ada sesuatu yang telah Sdr Anwar fikirkan.
Selepas PRU12 Sdr Anwar tahu ada segelintir ADUN dan MP PKR akan mudah tergoda dengan habuan leka dengan kemenangan dan mudah lupa diri.
Jadi Sdr Anwar isytihar 16/9.
Tujuannya supaya BN gelabah dan kemungkinan AKTA LOMPAT Parti akan digubal oleh BN supaya sapa yang keluar parti akan ada PR Kecil.
Sdr Anwar tahu akan ada ADUN dan MP PKR akan lompat tapi mungkin buah fikiran dia telah DIBOCORKAN oleh orang PKR sendiri mungkin ZAHRAIN ka SALAHUDIN HASYIM ka SAIFUL ka kepada UMNO.Maka terbantutlah rancangan dia. Sdr Anwar dah nampak perkara lompat ni akan berlaku.
Lagu Bangau
HUJAN OOOO HUJAN ZAHRAIN OOO ZAHRAIN
KENAPA ENGKAU TURUN KENAPA ENGKAU LOMPAT
MACAMMANA AKU TAK TURUN MACAMMANA AKU TAK LOMPAT
KATAK PANGGIL AKU NAK TIRU IBRAHIM ALI JADI KATAK LOMPAT....
Friday, March 12, 2010
Dibelasah FRU, PKR buat laporan SUHAKAM
Pemuda PKR membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan salah laku polis ketika sambutan ulangtahun kedua Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Memorandum bantahan itu diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam oleh ketuanya, Shamsul Iskandar yang diiringi sepuluh ahli parti itu, semalam.
Menurut Shamsul, lebih kurang 60 anggota polis dan 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) secara fizikal menganggu kelancaran perhimpunan mereka tanpa alasan yang kukuh.
“Mereka (polis) menyerbu tanpa amaran. Tiada notis sama ada bertulis ataupun lisan diberikan sebelum itu, “ kata Shamsul yang juga mendakwa tujuh orang termasuk seorang wanita cedera dalam kejadian berkenaan.Menurut seorang mangsa, Roslan Mat, dia dibelasah dan digari sebelum ditahan.
“Apa kesalahan saya? Adakah saya merogol, merompak atau membunuh?” soal beliau kepada Siva Subramaniam.
Roslan juga mendakwa dia dibawa ke ibu pejabat polis wilayah Dang Wangi dan ditahan lebih lima jam dan dipaksa membuat pengakuan yang dia menghalang polis daripada menjalankan tugas.
Roslan, 49 berkata jika Pakatan Rakyat tidak dibenar menganjurkan sebarang perhimpunan, perkara yang sama sepatutnya dikenakan ke atas Barisan Nasional.
Seorang lagi mangsa, Tahir Said, melakonkan semula kepada Siva Subramaniam bagaimana dia mendakwa anggola FRU menyerangnya dengan belantan dan perisai.
“Sebaik sahaja diserang, saya tidak boleh bernafas kerana saya ada penyakit asthma,” kata Tahir yang cedera pada bahagian tangan ketika kejadian malam berkenaan.
Dalam memorandum yang diserahkan, Shamsul menggesa Suhakam supaya mengadakan siasatan awam berhubung perkara itu.
Thursday, March 11, 2010
‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’

SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) terus mempertahankan bahawa hubungan antara ketiga-tiga parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP tetap kukuh biarpun diselubungi pelbagai isu dan pergolakan sejak kebelakangan ini.Justeru, slogan ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ yang dicetuskan PR Negeri Sembilan menjadi titik permulaan kepada mesej jelas bahawa segala konflik sebelum ini tidak menjejaskan hubungan antara ketiga-tiga parti itu.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konflik dalam PR sebenarnya menguatkan hubungan.
Menurutnya, ini disebabkan Pas dan DAP tidak pernah meletakkan kepentingan sendiri sebagai agenda, sebaliknya masing-masing sentiasa berfikiran ke arah bersama-sama memantapkan PR.
“Saya bersyukur ke hadrat Allah. Saya tengok, bila kita dipukul (dengan pelbagai isu) macam ni, saya tengok perpaduan kita, Pas, DAP dan PKR lebih kuat.
“Malah, apabila saya tengok jumlah kita (PKR) kurang (dalam Parlimen), saya nak bagi laluan kepada Lim Kit Siang. Belum sempat mesej di terima, Kit Siang jawab tegas iaitu DAP tetap pertahankan kedudukan saya sebagai Ketua Pembangkang.
“Begitu juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau minta semua ahli Pas tandatangan beri kerjasama beri sokongan terhadap saya. Mana nak cari sahabat macam ni?” katanya ketika berucap pada program Ceramah Perdana ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ di Pusat Komersial Oakland, dekat sini malam kelmarin.
Turut memberi ucapan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Anwar berkata, beliau penuh yakin PR akan terus menjalinkan kesepakatan dengan misi menubuhkan kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Bila saya mempengerusikan mesyuarat dengan PR, saya pening kepala. Ini realiti, kerana orang yang duduk mewakili tiga parti ini ada prinsip. Mereka tak peduli ada projek atau nak minta tanah.
“Tetapi pemimpin Pas, PKR dan DAP duduk di situ, kita bincang. Tiap perkara yang kita putuskan, kita kena muafakat. Ini baru boleh selamatkan Malaysia,” katanya.
Terdahulu, program ceramah itu turut diselitkan dengan penyerahan dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara tiga pemimpin tertinggi parti dalam PR di Negeri Sembilan yang membuktikan mereka bersatu.
BN Salahguna Polis Kekang PR
SEBERANG JAYA 11 Mac - Pihak polis di Malaysia sentiasa digunakan sebagai hamba dan alat politik kepada kerajaan untuk menganggu dan melemahkan keutuhan Pakatan Rakyat yang semakin mengancam kedudukan kuasa Umno dan Barisan Nasional.Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN menyalahguna polis agar mengekang pengaruh besar Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menentang mereka.
"Polis dipaksa mengikut perintah sebagai hamba abdi kepada kerajaan yang digunakan untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat Mereka sebenarnya tidak mampu menyerang kita.
"Banyak pemimpin Pakatan Rakyat sedang disiasat tetapi seorang pun tidak pernah gentar bersemuka dengan polis yang dianggap semut bawahan yang mengikut rajanya," kata beliau kepada lebih 20,000 penyokong pada ceramah sambutan ulangtahun kedua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.
Anwar berkata tindakan kerajaan menggunakan polis membuatkan rakyat terus membenci mereka sehinggakan polis juga tidak lagi dihormati dan tidak diharapkan mampu menjaga ketenteraman awam.
Muslihat jahat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sudah lama diketahui rakyat tetapi konspirasi mereka masih tidak mampu menundukkan Pakatan Rakyat.
Ini kerana Pakatan Rakyat berkaya mewujudkan corak kepimpinan yang telus dan bersih serta bebas rasuah disamping membawa perubahan yang meberi manfaat kepada rakyat.
Ahli Parlimen Pematang Pauh itu kesal pihak polis sentiasa akur dengan arahan Umno-BN walaupun mereka menyalahi undang-undang yang negara.
"Pihak berkuasa menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan melanggar Akta Hasutan tetapi mereka (polis) tidak berani langsung mengambil sebarang tindakan terhadap menteri-menteri yang sentiasa ganas melanggar Akta Hasutan.
"Polis takut akan kezaliman pimpinan Najib dan juga terpaksa berikrar mengikut telunjuk Najib dan Rosmah yang menyalahguna kuasa mereka untuk mengkhianati pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang itu lagi.
Monday, February 8, 2010
KENYATAAN MEDIA SIDANG AKHBAR PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SIK & ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG SIK

TARIKH: 7HB. FEB.2010
MASA : 2.00 PETANG
Assalammualaikum W.B.T dan selamat petang. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah rahmatnya pada petang ini kita dapat
mengadakan satu sidang akhbar untuk menerangkan keadaan sebenar kedudukan PKR Cabang Sik dan seterusnya dapat menjawab segala tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap PKR Cabang Sik khususnya AMK Cabang Sik.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada wartawan-wartawan kerana sudi datang untuk
sidang akhbar ini.
Sebenarnya senario yang berlaku di Sik ini seperti mana yang tuan-tuan sedia maklum dan sudah pun tersebar ke seluruh Malaysia, bukanlah satu senario yang baru dan pelik. Mengapa saya mengatakan demikian. Ini kerana tuan-tuan pun tahu ini adalah salah satu propaganda dan agenda jahat UMNO untuk melemahkan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR. UMNO pada ketika ini berasa amat gentar dan gerun dengan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR dan PKR Cabang Sik.
Pada masa sekarang di Parlimen Sik khususnya golongan muda begitu tertarik dan amat berminat untuk menyertai PKR. Bilangan golongan ini yang menyertai PKR amat menggalakkan pada masa sekarang.Atas sebab itulah UMNO khususnya UMNO Bahagian Sik merasa gelabah dan tidak keruan.Maka oleh sebab itulah mereka telah menyusun dan mengatur satu propaganda untuk melemahkan PKR Cabang Sik.
Ini terbukti seperti yang tuan-tuan sedia maklum iaitu pada 5hb Februari 2010 yang lalu kononnya seramai 200 ahli AMK PKR Cabang Sik telah mengisytiharkan keluar parti dan membubarkan AMK Cabang Sik. Mereka juga telah membuat satu kenyataan bahawa PKR Cabang Sik juga akan dibubarkan. Ini merupakan satu pembohongan yang terang lagi nyata yang sengaja direkayasa dengan tujuan untuk memecahbelahkan parti.
Tuan-tuan, ini bukanlah lakonan baru UMNO tetapi lakonan dan skrip lama yang diulang-ulang oleh mereka. Mereka telah mengumpul ahli-ahli pemuda UMNO dan kemudiannya mengisytiharkan keluar PKR.Tuan-tuan, saya tidak nafikan sebenarnya memang terdapat beberapa orang ahli PKR Cabang Sik bersama mereka tetapi saya yakin mereka tidak lebih dari 5 orang ahli yang telah kita kenal pasti. Selainnya adalah pelakon-pelakon yang didatangkan oleh UMNO khususnya UMNO Bahagian Sik.
Mereka ini sebenarnya adalah ahli-ahli PKR yang kecewa kerana tidak mendapat kedudukan dalam parti (bukan parti menyekat mereka tetapi mereka tidak layak dan tidak berkebolehan). Spesis-spesis ini menyertai parti selepas kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 12 dengan niat dan tujuan untuk mencari kepentingan peribadi. Mereka ini tidak ikhlas dalam perjuanganparti dan memperjuangkan hak rakyat.
Dahulu mereka adalah ahli-ahli UMNO tetapi apabila tidak mendapat tempat dalam UMNO
mereka keluar menyertai PKR. Sekarang mereka tidak mendapat kedudukan dan habuan dalam PKR mereka keluar untuk menyertai UMNO semula. Saya hendak berpesan kepada UMNO bergembiralah menerima keahlian mereka ini kembali kerana dengan pengisytiharan mereka keluar dari PKR, sebenarnya telah menghapuskan satu beban yang besar kepada PKR khususnya PKR Cabang Sik. Ini kerana mereka ini bagaikan ‘duri dalam daging’ yang menimbulkan pelbagai masalah dalam parti.
Sebenarnya mereka ini adalah golongan yang telah lama kecewa dalam PKR. Pertama ketika Pilihanraya kecil Bukit Selambau yang lepas mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki dan ada di antara mereka pada masa itu telah belot kepada parti. Kedua ada di antara mereka yang bercita-cita untuk menjadi ahli Majlis Daerah Sik. Tetapi mereka tidak dipilih oleh parti kerana tidak memenuhi syarat jadi mereka bertindak keluar dari parti
Sebenarnya parti di dalam proses untuk memecat dan menggantung keahlian mereka. Jadi
tindakan mereka ini memudahkan lagi kerja parti untuk memecat mereka. Terima kasihlah
kepada mereka kerana tidak lagi menjadi beban kepada parti. Golongan seperti ini penyertaan mereka di dalam parti bukan untuk berjuang atau bekerja untuk rakyat tetapi hanya memikirkan apakah habuan yang bakal mereka perolehi. Golongan ‘opportunist’ seperti ini saya percaya dan yakin bahawa mereka tidak akan berjaya mendapat dan menarik sokongan rakyat.
Rakyat sudah masak dan muak dengan lakonan mereka. Tindakan mereka tidak akan dapat
mengganggu-gugat kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR Cabang Sik dan saya pasti
kekuatan PKR akan menjadi lebih kuat lagi, dengan ketiadaan mereka. Ini kerana selama ini pun mereka tidak menyumbang apa-apa kepada parti. Sebaliknya hanya memberi masalah sahaja kepada parti. Lagi pun mereka ini hanyalah ahli biasa yang tidak memegang apa-apa
jawatan dalam parti.
Kepada golongan ini saya ingin berpesan jadilah manusia yang berprinsip dan bermaruah. Janganlah menggadaikan prinsip dan maruah kita hanya kerana sedikit habuan, kerana Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud “janganlah kamu menggadaikan kepentingan agama kerana memikirkan sedikit keuntungan dunia kerana mereka itu akan tergolong di kalanganorang-orang yang rugi di dunia dan akhirat”.
Saya harap dengan penjelasan ini maka segala prasangka negatif terhadap keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR Cabang Sik telah terjawab. PKR Cabang Sik serta
AMK Cabang Sik tetap utuh dan kuat untuk meneruskan agenda perubahan rakyat dan menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. UMNO- Barisan Nasional pasti akan kecundang bukan sahaja di Sik malah di seluruh negara. INSYAALLAH.
HIDUP PKR! REFORMASI!
Sekian. Terima kasih.
PKR CABANG SIK & AMK CABANG SIK
Thursday, January 28, 2010
ASEAN MUST BE FREE FROM EXTREMISM
27TH JANUARY 2010
ASEAN MUST BE FREE FROM EXTREMISM
We, as the young leaders of ASEAN and Youth Leaders of major political parties and alliances of Malaysia and Indonesia, Golkar, Partai Bulan Bintang, and Pakatan Rakyat Youth Wing; strongly condemn the recent incident of throwing wild-boar heads into two mosques in Malaysia; (Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun in Petaling Jaya and Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama). It is truly an irresponsible act of crime committed by certain factions of the society in Malaysia; those who resorted to racial and dirty politics in order to ignite religious and racial tension.
Over the last three weeks, Malaysia reputation has been tarnished with series of irresponsible attacks towards places of worship throughout the country. Malaysia as part of ASEAN community, is known for its cultural and religious diversity. We are saddened with incidents depicting increasing intolerance. There is a clear and urgent need to address instances of extremism. Seditious statements and provocative actions are counter-productive and would unnecessarily disrupt peace in the region.
We believe as what has been pointed out by H.E Dato’ Seri Anwar Ibrahim in the recent article of Asia Wall Street Journal, there is a pressing need in the Muslim world for a leadership that demonstrates consistency and credibility in our call for justice, fairness and pluralism. This is the moment for us to reject fanaticism and remain calm.
MAKATI CITY, MANILA
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Youth Chief, People’s Justice Party (Malaysia)
DAVE AKBARSHAH FIKARNO LAKSONO
Youth Chief of AMPI,GOLKAR Party ( Indonesia)
AHMAD TOHA ALMANSUR
General Leader, Indonesian Moslem Youth Movement (Indonesia)
MOHD YUSMADI MOHD YUSOFF
Member of Parliament, Balik Pulau (Malaysia)
SJUKRIANTO Y
Chief of Central Committee GERINDRA Party (Indonesia)
SIM TZE TZIN
State Assemblyman, Pulau Pinang (Malaysia)
FATHURRAHMAN MAHFUDZ
Head of International Affairs, Crescent Star Party (Indonesia)
KAMARULZAMAN MOHD
Secretary of PAS Youth Chief (Malaysia)
ANDI SYAFRANI
Lawyer, Political Consultant and Lecturer State Islamic University Jakarta (Indonesia)
Serang gereja: Azmin dakwa ahli Umno terbabit
Naib Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendakwa terdapat ahli Umno yang terlibat dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu.
"Saya akan mendedahkan dalam masa terdekat ini mereka yang terlibat dalam kes serangan terhadap gereja di Taman Melawati (Desa Melawati) adalah ahli dan anggota Pemuda Umno.
"Saya menggesa presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) mengambil tanggungjawab berhubung perkara ini," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti untuk didedahkan kepada umum, dijangka dalam masa terdekat ini.
"Saya akan kumpulkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno, baru saya akan sebarkan kepada rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.
Diminta menjelaskan jangkaan pengumuman itu dapat dibuat, beliau berkata:
"Dalam masa terdekat. Saya tidak sukar (mendapatkan butiran tersebut) kerana berdasarkan nombor kad pengenalan, kita boleh dapat nombor keahlian Umno mereka."
Azmin memberitahu media perkara berkenaan selepas melawat Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya ekoran insiden kepala babi diletakkan dalam perkarangan masjid berkenaan awal pagi ini.
Beliau melapangkan masa kira-kira satu jam bermula 2.30 petang.
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mendakwa, sekurang-kurangnya empat atau lima orang daripada mereka yang ditahan reman, adalah ahli Pemuda Umno, daripada bahagian Gombak dan Ampang.
"Sekurang-kurangnya empat atau lima orang. Malah mereka daripada cawangan mana pun saya tahu," dakwanya.
Selepas mengumpulkan maklumat terperinci, katanya, beliau akan mendedah nama pihak terbabit, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kepada umum.
Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, diserang dengan bom api pada waktu tengah malam, mengakibatkan bahagian bangunan tiga tempat yang menempatkan gereja terbakar.
Ia merupakan antara 11 gereja yang menjadi sasaran serangan bom api dan vandalisme sepanjang tiga minggu di samping sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.
"Saya tidak mahu tuduh mana-mana pihak sebagai dalang dalam kes ini. Saya tidak mahu (membuat) spekulasi. Saya mahukan siasatan terperinci dan tegas.
"Saya sedang mengumpulkan maklumat terperinci dan saya minta presiden Umno jelaskan bagaimana mereka terlibat.
"Ini tindakan dayus Pemuda Umno. Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, beberapa ahli Umno itu merupakan ahli Pemuda Umno bahagian Gombak dan Ampang," kata Azmin.
Monday, January 25, 2010
AMK minta penjelasan Zulkifli isu laporan polis

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengesa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin memberi penjelasan terperinci mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kelmarin.
Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari Pas itu disiasat di bawah Akta Hasutan."Kami dari AMK mahu Zulkifli berdebat dengan kami atas prinsip agama Islam dan ilmu tentang rasionalnya beliau membuat laporan polis terhadap khalid, ini kerana tindakan tersebut bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat" katanya pada sidang media di sini semalam.
Shamsul berkata, pihaknya mahu pucuk kepimpinan mengambil tindakan tegas ke atas anggota Dewan Rakyat itu.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apakah bentuk tindakan tegas yang akan dicadangkan kepada pucuk pimpinan terhadap Zulkifli.
"Kami sangat kesal dengan tindakan beliau yang bertentangan dengan rangka kerja bersama Pakatan dan surat formal akan dihantar kepada beliau dakan waktu terdekat."katanya.
Menurutnya, isu berkenaan sudah selesai selepas Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli politik, sarjana dan pemimpin NGO Islam.
Alahai.. abang bung..bung..
"Semalam, 23 Januari, pasangan laki bini ni berjoli sakan kat club (Shen - WR, K.Kinabalu) sampai jam 4pagi... Abg Bung berdansing ngalahkan org mude.. kiki.. :P~
Polis naik pentas hentikan ceramah Anwar
Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.
Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.
Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.
Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet.
"Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya.
Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya."
Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.
Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis.
Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut.
Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.
Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.
Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.
Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.
Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat".
"Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.
Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar".
Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh".
Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.
Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut.
Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.
Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.
Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya.
Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini, terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.
Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,
Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan.
Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut.
Anak ADUN Sungai Tiang Maut Dilanggar Kereta
AHLI Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang,Suraya Yaacob melihat lastik dan senapang mainan milik arwah anaknya, Syed Arif yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Kedah-Alor Setar kelmarin, di rumahnya di Alor Setar.
Kanak-kanak 12 tahun yang maut dirempuh kereta semasa melintas jalan di Jalan Kuala Kedah semalam, adalah anak Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Tiang, Suraya Yaacob.
Syed Arif Syed Afandi Barakhbah merupakan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Perempa, Alor Star.
Semasa kejadian semalam, identiti kanak-kanak yang dilanggar dan mati di tempat kejadian itu tidak dikenalpasti.
Dalam kejadian pada pukul 8 pagi semalam, sebuah kereta merempuh kanak-kanak itu yang menunggang basikal ketika dia melintas jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, di sini.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Albukhary di sini pada kira-kira pukul 11 pagi ini.
Suraya, yang ditemui di kediamannya di sini enggan memberikan kenyataan atau bercakap dengan pemberita.
Sementara itu, Ketua Trafik Kota Setar DSP Mohd Sham Abdullah berkata pemandu kereta terbabit iaitu seorang wanita berusia 20-an membuat laporan di bahagian Trafik Kota Setar tidak lama selepas kemalangan.
Wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis, katanya.-Bernama
Salam Takziah dari Kami, Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang. Semoga Roh adik Syed Arif Syed Afandi Barakhbah di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-FatehahBekas pengerusi GERAK rasmi sertai PKR

Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus hari ini secara rasmi menyertai PKR.
Kemasukan beliau diumumkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Merchant Square Tropicana, kira-kira jam 2.20 petang ini.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan beberapa exco AMK.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Mohd Nazree berkata beliau memilih PKR kerana perjuangan parti itu selari dengan prinsipnya untuk melawan rasuah dan membina integriti sepertimana sebelum ini, ketika beliau menjadi pengerusi Gerak.
Menurutnya, kemasukan beliau itu juga adalah disebabkan ketokohan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Malaysia baru dalam landskap politik Malaysia.
Di samping itu, katanya, penyertaan beliau dalam PKR itu bagi mengisi kekosongan generasi muda untuk terus berjuang bersama Anwar untuk membina masyarakat madani dan urustadbir yang lebih baik.
"Ini adalah fasa baru dalam perjuangan saya. Bukan bermakna NGO itu gagal, tetapi saya menekankan dari sudut pendekatan melalui politik dengan membantu pimpinan yang sedia ada," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Nazree berkata beliau bertemu dengan Anwar Rabu lalu dan ketua pembangkang itu menyatakan keterbukaannya untuk menerima kemasukan beliau.
Semalam dilaporkan Mohd Nazree meletakkan jawatan sebagai pengerusinya GERAK berkuatkuasa serta merta untuk menyertai bidang politik.
Keputusan ini dibuat setelah perbincangan dibuat bersama ahli majlis tertinggi GERAK Malaysia dan merupakan keputusan Mohd Nazree sendiri.
Mohd Nazree sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung agihan lembu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak sewaktu Hari Raya Korban.
Ditanya sama ada kemasukannya untuk membantu menguatkan lagi AMK ekoran pertuduhan liwat tehadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Nazree berkata: "Soal peranan saya dalam parti, terserahlah kepada pucuk pimpinan parti. Saya bersedia untuk membantu dari aspek-aspek yang diperlukan."
Ditanya sama ada beliau ditawarkan jawatan tertentu dalam sayap parti itu, Mohd Nazree berkata, beliau tidak ditawarkan apa-apa jawatan dan menyerahkannya perkara kepada pucuk pimpinan parti.







