Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.
Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.
Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.
Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet.
"Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya.
Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya."
Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.
Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis.
Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut.
Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.
Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.
Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.
Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.
Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat".
"Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.
Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar".
Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh".
Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.
Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut.
Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.
Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.
Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya.
Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini, terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.
Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,
Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan.
Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut.
Penyebar Maklumat Sebenar Kepada Rakyat !! Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana - mana media sebagai kenyataan. JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA-CERITA MENARIK MENGENAI BERITA POLITIK TERKINI ANDA BOLEHLAH MENG e-MAIL KAN KPD ADMIN UNTUK DI SIARKAN DI BLOG INI. amkpendang@hotmail.com
Buku Jingga "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" - Cetak dan Edarkan Segera kepada Rakyat Malaysia
Anak Muda Benci AUKU
Jom Jadi Rakan FB Saya !
Keadilan untuk adik Amirul
Perkhidmatan Rekabentuk Grafik (Klik logo untuk melihat contoh 'artwork' )
Nak design Banner,Poster,Flyers(hanbill) ceramah? Kami menerima tempahan rekabentuk segera (urgent), sila hubungi & sms : 017-5845915(mad) Email : pendunkclanz@yahoo.com, Kepada yg berminat, setiap pakej rekabentuk Banner,Poster A3 & Handbill A4 berharga RM100. Sila salurkan bayaran ke Akaun Maybank : 162106480645 Mohd Zuhairi Khamis
UMNO Juara Perkauman !!
Kami Benci UMNO
Jika anda turut benci UMNO sila letakkan logo ini di blog anda :)
UMNO Pengkianat Sebenar Kepada Agama, Bangsa dan Negara !!
United Munafik National Organisation
Boikot BTN !!
Awas !! Setiap Tingkah Laku Anda Sedang Di Perhatikan.
Malaysia perlukan anda !! (cetak Borang keahlian keADILan)
Malaysia memerlukan anda bersama dalam membina Kerajaan Rakyat. Ayuh sertai Parti Keadilan Rakyat download borang keahlian (klik) dan hantar ke pejabat keADILan yang terdekat.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Setiausaha Agung
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Chegubard @ Badrul Hisham Shaharin
Ketua Angkatan Muda Keadilan
Ketua Srikandi Keadilan
Pengerusi Keadilan Negeri Kedah
Dato Haji Wan Salleh Wan Isa
Ketua AMK Negeri Kedah
Azman Nasaruddin
Ketua AMK Cabang Pendang
Zaki Razak
Be End
Jika Setuju Letak Logo Ini di Blog / Web anda
TakeBeer !!
Siapa yang takebeer sebenarnya??
Najib Kiss Skandal !!
Najis Khaan
Chairman Of Be End
KENAPA MAHATHIR 'REJECT' NAJIB, PAKLAH & KHAIRY?
Kenyataan Mahathir Mengaku Anwar Ibrahim Dizalimi &Tidak Bersalah
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?
-
*Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon
*hajat* atau ketika berada dalam kesulitan.
Pada kebiasaannya dilakukan secar...
Mostbet-az90
-
Mostbet-az90 geniş çeşidli bazarlara və rəqabətli əmsallara malik onlayn
idman mərc platformasıdır. Mostbet-az90 saytı müştərilər üçün canlı
hadisələr, o...
Artikel Februari 2022
-
- 4 Manfaat Penerapan Website dan Mobile Apps pada Bisnis Anda
- 10 Peranan Website dan Mobile Apps pada Bisnis Anda
- 10 HP Samsung RAM 8 GB T...
Luka Rakyat
-
Rakyat itu selalu diam,
tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa,
rakyat itu seperti naga,
melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri,
t...
Karnival Ramadhan Diambang Syawal
-
Unit Ehsan dengan kerjasama MPKK Bukit Gedung akan menganjurkan Karnival
Ramadan Diambang Syawal yang akan berlangsung di:
Lokasi :Hadapan Giant Bayan ...
Polis: Berlian merah jambu dibeli guna wang 1MDB
-
Polis hari ini menyangkal penafian isteri bekas perdana menteri, Rosmah
Mansor berhubung pembelian berlian merah jambu berharga AS$23 juta.
Ketua Pasuk...
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
*Lawatan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi dan ucapannya semalam memberi
gambaran jelas satu kesepakatan yang diusahakan oleh Amer...
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh
-
Sebenarnya ada banyak sekali *cara menghilangkan kutu rambut *yang bisa
Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan.
Tapi sebe...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
Mahkamah: Keputusan kekal terhadap Kayveas, isteri
-
PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menolak rayuan peguam Datuk Seri M.Kayveas
dan isterinya, Datin Blanche O ‘Leary, bagi mengetepikan keputusan Lembaga
Disi...
BUDAK KAMPUNG ONLINE UPDATE ADDRESS
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah.
budakkampungon9.blogspot.com
dalam beberapa hari lagi addres lama akan bertukar ad...
Aik, Lembu Felcra pulak.
-
MP Padang Terap dah tanya Menteri tadi, tapi Pengerusi Felcra panas
punggung tadi nak bangun jawab, tapi Speaker kata tunggu Menteri akan jawab.
HISHAM CAKAP POLIS BAIK GILER !
-
TANPA BELAS KASIHAN MENERAJANG DAN MENENDANG PAKCIK TUA ! DIA BERSENJATAKAH
KETIKA ITU ? MELAWANKAH PANCIK ITU ?POLIS MENEMBAK GAS PEMEDIH MATA DAN
MERIAM ...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
Utusan dah start dah….
-
UMNO telah mula siar gambar saya. Lazimnya mereka takkan memberi apa-apa
laporan tentang diri saya, apatah lagi nak masuk gambar. Bila mereka
berbuat dem...
Pelajar Insaniah perlu ‘bermentaliti antarabangsa’
-
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR: Penuntut Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) digesa
bermentaliti dan berkeperibadian antarabangsa untuk mencap...
Rais hina Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu
-
Rais Yatim baru-baru ini telah menyarankan agar tindakan di ambil terhadap
pihak-pihak yang telah mencemarkan institusi Raja-Raja Melayu, terutama
sekali k...
Salam dari Kedai Kopi
-
Assalamualaikum.
Harap maaf buat semua pengunjung kerana blog ini terperam hampir 2 bulan.
Masalah kerja yang memerlukan komitmen membataskan peluang untuk...
Papantanda tulisan jawi
-
Saya bersyukur kepada ilahi kerana hayat kerajaan PR Kedah terus
bernadi,walaupun ada usaha segelintir orpotunis politik berusaha
menjatuhkan kerajaan Keda...
BERBUKA PUASA DI KULIM BANDAR BHARU
-
Pada 2 hb september 2009 telah di adakan majlis berbuka puasa di rumah
KETUA WANITA PKR KULIM BANDAR BHARU iaitu PUAN SURAYA,program tersebut
turut di hadi...
Kenyataan Media DSAI 11-08-2009
-
KENYATAAN MEDIA 11 Ogos 2009 Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal
propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja
dengan...
Saya pengendali blog ini di lahirkan di Kg.Pida 2,Mukim Putat, Jitra Kedah. Pada 25 Jun 1978 Jam 4.20 Pagi
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Tembak,Pulau Pinang,Sekolah Kebangsaan Pendang. Di peringkat Menengah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Pendang, meneruskan pengajian di Mara Education Foundation College, Kuala Lumpur pada 1998 (Bermulanya aktiviti Reformis, Mula lompat pagar kolej ke Kg.Baru,Dataran Merdeka dan bertandang ke rumah DSAI sebelum DSAI ditangkap). Menyertai Parti Keadilan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia ke-10 pada 29 November 1999, dan Menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor dalam bidang Seni Reka Grafik & Media Digital (Pengiklanan)
Jawatan dalam Parti: Exco Angkatan Muda (AMK) Negeri Kedah, Timbalan Ketua AMK cabang Pendang, Kedah.
No comments:
Post a Comment