SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengesa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin memberi penjelasan terperinci mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kelmarin.
Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari Pas itu disiasat di bawah Akta Hasutan.
"Kami dari AMK mahu Zulkifli berdebat dengan kami atas prinsip agama Islam dan ilmu tentang rasionalnya beliau membuat laporan polis terhadap khalid, ini kerana tindakan tersebut bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat" katanya pada sidang media di sini semalam.
Shamsul berkata, pihaknya mahu pucuk kepimpinan mengambil tindakan tegas ke atas anggota Dewan Rakyat itu.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apakah bentuk tindakan tegas yang akan dicadangkan kepada pucuk pimpinan terhadap Zulkifli.
"Kami sangat kesal dengan tindakan beliau yang bertentangan dengan rangka kerja bersama Pakatan dan surat formal akan dihantar kepada beliau dakan waktu terdekat."katanya.
Menurutnya, isu berkenaan sudah selesai selepas Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli politik, sarjana dan pemimpin NGO Islam.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ibarat biawak dalam parti. Kalau dah tau dia spesies itu kenapa tak ambik penyapu untuk halau? Seolah-olah dia islamik sangat sedangkan ulama-ulama Pas sendiri sekata dalam isu nama Allah. Dia bukan ulama dan sekadar loyar yang mendapat ilmu loyar dari negara orang putih. Dia kerap melatah hingga menyusahkan kawan-kawan dan seolah-olah adik jahat dalam keluarga. Kenapa tak tampar ye?
ReplyDeleteDia mempertikaikan Khalid Samad, sedangkan Khalid dah duduk dalam gerakan Islam dan bersama Pas hampir 30 tahun. Kami kenal siapa Khalid dan dia sanggup menafikan abangnya Shahril dan Najib sendiri yang ada hubungan kekeluargaan. Pastikan budak nakal ini dibuang segera kerana dia bercakap atas keloyaran buruknya. Betul dia nak pertahan Islam tetapi perangai 'betul bendul' itu boleh membakar rumah sendiri. Binawe punya loyar buruk.