Monday, November 2, 2009

Pimpinan Kerajaan Negeri Selar Noh Omar


Tuduhan terbaru Umno-BN yang mendakwa Pas hanya menumpang gagasan Pakatan Rakyat dilihat berniat jahat.

Adun Hulu Klang Saari Sungib berkata pemimpin Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat membentuk satu musyawarah yang menjadi nadi kepada gagasan kerajaan baru ini.

Beliau berkata demikian mengulas tuduhan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Noh Omar baru-baru ini. Noh Omar mendakwa Pas diketepikan dalam urustadbir kerajaan negeri.

“Itu adalah tidak benar sama sekali, kerana dari segi strukturnya Pakatan Rakyat ini wujud dari peringkat nasional, Pimpinan Tertinggi sentiasa mengadakan perbincangan dengan garis panduan serta panduan-panduan yang telah ditetapkan agar pemimpin Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri dan parti masing-masing di setiap negeri Pakatan Rakyat berjalan dengan baik,”katanya.

Saari melahirkan rasa kesal Umno-BN sentiasa mencari peluang untuk menghakis kepercayaan rakyat. Siri pergeseran pendapat antara pimpinan Pakatan Rakyat dijadikan peluru, namun Saari berkata ini harus dilihat sebagai proses mematangkan gagasan kerajaan alternatif ini.

“Seramai 3 Adun Pas di Selangor menjadi Exco Selangor dan ini merupakan satu penghargaan kepada Pas.Ini juga merupakan satu semangat kesetiaan,kebersamaan yang di tunjukkan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor,”jelasnya.

Mengulas isu yang sama, Adun Taman, Haniza Talha tidak menolak serangan ini bermotifkan politik.

Sebelum ini, ketua perwakilan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus ke Persidangan Umno ke-60 menggesa kerajaan pusat menyekat peruntukan kepada kerajaan negeri.

Abdul Shukor berkata Umno perlu menghentikan program pro-rakyat khususnya khairat kematian tajaan kerjaaan negeri.

“Saya lihat kenyataan Noh Omar itu seperti orang dah gila talak sebab Selangor telah berada dibawah kerajaan Pakatan Rakyat, sekarang ini dia akan menggunakan apa jua taktik tidak kiralah samada kenyataan rambang beliau atau apa-apa fakta untuk cuba mempengaruhi rakyat,”jelas Haniza.

Sementara itu, Adun Kinrara Teresa Kok yakin akar umbi Pakatan Rakyat lebih matang dan menyedari taktik provokasi Umno-BN.

“Dia hanya mahu mengapi-apikan Pakatan Rakyat, DAP ,PAS dan parti komponen yang lain. Noh Omar bukan dari kerajaan Pakatan ,dia hanya pandai komen sahaja dengan tujuan untuk mengasingkan PAS jauh lagi dari Pakatan Rakyat,”katanya

2 comments:

  1. boleh x umno & PAS dok bincang baik2. Nak bergaduh je....dua2 nak bela nasib rakyat so....tolong la....rakyat yg sengsara...gajah bergaduh semut jadi mangsa.
    masing2 ada buat silap / salah....sama je....jgn nak cari salah sebelah pihak.Bantulah kami rakyat yg kerdil ni.
    buangla ego tu...
    melayu berpecah belah ....siapa yg untung.
    fikir2kan la....bangsaku.
    dah 50thn kita merdeka...
    tapi siapa yg masih dok miskin,penghuni pusat2 serenti?.
    jangan menang sorak kg tergadai.
    TOLONG LA.
    Turun la ke kg2....lihat sendiri, apa yg berlaku.
    saya x pandai nak tulis,
    tapi sedih sangat...

    ReplyDelete
  2. Setelah gagal Perikatan yang berlambangkan 'kapal layar' untuk membantu rakyat, orang Melayu semacam Tipah tertipu lagi bersama 'Dacing' Barisan Nasional. Perjuangan Perikatan/BN selama 62 tahun sedikit untuk 'rakyat' banyak untuk mengayakan 'para pemimpin dan kroni' sahaja. Para pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang tidak tahu berubah. Cakap sahaja mereka dan UMNO mahu berubah.

    Rakyat telah memberi peluang selama 62 tahun kepada UMNO. Tapi para pemimpin UMNO hanya perlu dengan rakyat cuma semasa PRU sahaja. Ketika UMNO dalam keghairaan kekuatan orang Melayu, para pemimpin UMNO sudah lupa nak runding duduk semeja. Sekarang bila nak terkubur sudah UMNO baru nak main physologi, minta berunding duduk semeja.

    Suatu hari dulu, PAS pernah dalam Barisan Nasional, tapi bila UMNO rasa sudah kuat, para pemimpin UMNO tendang PAS keluar dari BN, kenapa tika itu para pemimpin UMNO tidak minta runding duduk semeja? Sekarang ini para pemimpin UMNO rasa tanpa PAS mereka tidak terdaya nak tubuh Kerajaan pada PRU13 nanti, maka PAS akan sekali lagi para pemimpin UMNO dijadikan sebagai kambing hitam atau batu loncatan.

    PKR dan PAS Bergabung politik dalam Pakatan Rakyat dengan DAP bukan bererti perpecahan orang Melayu ia sama juga UMNO bergabung dalam BN dengan MCA, Gerakan, MIC, PPP, PBS, PBRS dan UPKO. Apa bezanya dengan UMNO?

    ReplyDelete