Sunday, June 14, 2009

Anwar: Benarkan Chin Peng pulang

Sidang Media Menjelaskan Isu Chin Peng

Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini.

Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Menurut Anwar, ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China.

"Kita ada perjanjian damai. Kita bawa balik perbagai tokoh termasuk, Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain. Bagi saya, atas dasar kemanusiaan dan konsisten dengan dasar, kita kita harus maafkan (Chin Peng).

"Dari segi Islam, ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai," katanya.

Chin Peng, 85, tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia.

Dilahirkan di Perak sebagai Ong Boon Hua pada 1923, Chin Peng dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

Perjanjian damai

Dia kemudiannya mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM), yang disokong oleh China, melancarkan perang gerila terhadap penjajahan British dan kerajaan Malaysia, antara 1948 dan 1960.

Ahli-ahli sejarah menganggar kira-kira 2,000 tentera British dan pasukan keselamatan Malaysia terkorban serta 7,000 anggota komunis.

PKM kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 yang membenarkan beberapa pemimpin tinggi PKM pulang ke Malaysia.

Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi "ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan yang telah dilakukannya".

Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme.

Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah "ditutup".

Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - akan "memutarbelit" kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini.

Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk "Anwar sokong Chin Peng" atau "PKR suara baru komunis".

Nota :
Melayu Komunis balik boleh !!! Cina Komunis balik tak boleh ???

Allahyarham Samsiah Fakeh nie pun ahli Parti Komunis Malaya gak macam Chin Peng, Di sebabkan dia bangsa melayu dia dibenarkan pulang??? udah la UMNO jangan tiupkan api perkauman sangat... jangan double standard, yang lepas tuh lepas lah..

Untuk pengetahuan semua, Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh, 84, nie meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kondominium Tropicana, Jalan Kuchai Lama.

2 comments:

  1. aku pelik...ko melayu tapi pertikaikan benda2 yang ada kaitan dengan melayu... aku rasa takde orang bangkitkan isu ni kecuali orang2 kau...so sape yang mainkan sentimen perkauman sebenarnye n?? jangan la nk terlalu liberal...kang bangsa tergadai jangan agama ntah kemana..

    ReplyDelete
  2. kau tuh la yang perkauman sebenarnya... ketua kau cakap satu malaysia. satu malaysia kebendanya mcm nie??? mat saleh cakap "double standart"?? komunis melayu boleh balik, komunis cina tak boleh balik? itu presiden PKM orang melayu nama Musa Ahmad ni boleh balik??? itu samsiah fakeh, rashid maidin, semua nie pun bunuh orang gak, tapi apa pasal boleh balik??? pasal dia orang nie melayu???

    lu fikir la sendiri beb.... dah dasar parti lu perkauman... memang sampai kiamat pun akan perkauman gak...

    Nota : Penulis Mix cina + malay + indian = Satu Malaysia

    ReplyDelete