Friday, March 26, 2010

Umno dan MIC dah mula Berebut Kerusi Hulu Selangor

Belumpun kering tanah bersemadinya Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, Umno dan MIC dilaporkan bergelut merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Portal The Malaysian Insider melaporkan Umno Bahagian Hulu Selangor mahu calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang, manakala MIC telahpun mencalonkan timbalan presiden G Palanivel.

Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari 1990 sehinggalah beliau ditewaskan oleh Zainal dalam PRU12 2008.

Akar umbi Umno turut dilaporkan yakin Hulu Selangor adalah milik BN sekiranya bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon BN.

Masyarakat Melayu mewakili 53.9 peratus dari 60,000 pengundi, manakala pengundi Cina sekitar 26.7 peratus dan India 19 peratus.

UMNO SELANGOR MAHU KERUSI HULU SELANGOR - malaysianinsider

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Majlis Tertinggi (MT) Umno dijangka membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini sementara Umno Selangor dan MIC mahu meletakkan calon mereka mewakil Barisan Nasional (BN).

“Saya harap begitu (MT bincang persediaan) tetapi saya tidak pasti...,” kata Setiausaha Kerja Umno Abdul Rauf Yusoh ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya hari ini.

Sehubungan itu beliau yakin Umno akan membincangkan soal itu memandangkan pilihan raya kecil Hulu Selangor melibatkan isu besar.


SAH: MIC AKAN CALONKAN PALANIVEL - malaysiakini

MIC akan mencadangkan timbalan presidennya, G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Presiden MIC, S Samy Vellu bagaimanapun, tidak mahu menyatakan peluang MIC untuk merampas balik kerusi tersebut yang terlepas ke tangan PKR pada 2008.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau secara berseloroh berkata: "Biar saya hubungi Tuhan dan tanya padanya. Dia tidak senang sekarang

Nota Tambahan :
Kami Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pendang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment