Friday, March 26, 2010

Umno dan MIC dah mula Berebut Kerusi Hulu Selangor

Belumpun kering tanah bersemadinya Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, Umno dan MIC dilaporkan bergelut merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Portal The Malaysian Insider melaporkan Umno Bahagian Hulu Selangor mahu calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang, manakala MIC telahpun mencalonkan timbalan presiden G Palanivel.

Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari 1990 sehinggalah beliau ditewaskan oleh Zainal dalam PRU12 2008.

Akar umbi Umno turut dilaporkan yakin Hulu Selangor adalah milik BN sekiranya bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon BN.

Masyarakat Melayu mewakili 53.9 peratus dari 60,000 pengundi, manakala pengundi Cina sekitar 26.7 peratus dan India 19 peratus.

UMNO SELANGOR MAHU KERUSI HULU SELANGOR - malaysianinsider

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Majlis Tertinggi (MT) Umno dijangka membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini sementara Umno Selangor dan MIC mahu meletakkan calon mereka mewakil Barisan Nasional (BN).

“Saya harap begitu (MT bincang persediaan) tetapi saya tidak pasti...,” kata Setiausaha Kerja Umno Abdul Rauf Yusoh ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya hari ini.

Sehubungan itu beliau yakin Umno akan membincangkan soal itu memandangkan pilihan raya kecil Hulu Selangor melibatkan isu besar.


SAH: MIC AKAN CALONKAN PALANIVEL - malaysiakini

MIC akan mencadangkan timbalan presidennya, G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Presiden MIC, S Samy Vellu bagaimanapun, tidak mahu menyatakan peluang MIC untuk merampas balik kerusi tersebut yang terlepas ke tangan PKR pada 2008.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau secara berseloroh berkata: "Biar saya hubungi Tuhan dan tanya padanya. Dia tidak senang sekarang

Nota Tambahan :
Kami Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pendang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah....

Thursday, March 25, 2010

PENDEDAHAN !! Pemuda UMNO kaki Arak !!

KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.

Tuesday, March 23, 2010

16 SEPTEMBER

Lama dah aku tak tulis dalam blog ni....tak sempat dan tak dak masa.
Bukan apa aku cuma nak tulis satu dua perkara saja.

16 SEPTEMBER
Pada pendapat aku 16/9 yang diwar-warkan oleh Sdr Anwar memang ada tapi tujuan dia bukanlah nak ambik alih kerajaan tapi ada sesuatu yang telah Sdr Anwar fikirkan.

Selepas PRU12 Sdr Anwar tahu ada segelintir ADUN dan MP PKR akan mudah tergoda dengan habuan leka dengan kemenangan dan mudah lupa diri.
Jadi Sdr Anwar isytihar 16/9.
Tujuannya supaya BN gelabah dan kemungkinan AKTA LOMPAT Parti akan digubal oleh BN supaya sapa yang keluar parti akan ada PR Kecil.
Sdr Anwar tahu akan ada ADUN dan MP PKR akan lompat tapi mungkin buah fikiran dia telah DIBOCORKAN oleh orang PKR sendiri mungkin ZAHRAIN ka SALAHUDIN HASYIM ka SAIFUL ka kepada UMNO.Maka terbantutlah rancangan dia. Sdr Anwar dah nampak perkara lompat ni akan berlaku.

Lagu Bangau
HUJAN OOOO HUJAN ZAHRAIN OOO ZAHRAIN
KENAPA ENGKAU TURUN KENAPA ENGKAU LOMPAT
MACAMMANA AKU TAK TURUN MACAMMANA AKU TAK LOMPAT
KATAK PANGGIL AKU NAK TIRU IBRAHIM ALI JADI KATAK LOMPAT....

Friday, March 12, 2010

Dibelasah FRU, PKR buat laporan SUHAKAM



Pemuda PKR membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan salah laku polis ketika sambutan ulangtahun kedua Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Memorandum bantahan itu diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam oleh ketuanya, Shamsul Iskandar yang diiringi sepuluh ahli parti itu, semalam.

Menurut Shamsul, lebih kurang 60 anggota polis dan 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) secara fizikal menganggu kelancaran perhimpunan mereka tanpa alasan yang kukuh.

“Mereka (polis) menyerbu tanpa amaran. Tiada notis sama ada bertulis ataupun lisan diberikan sebelum itu, “ kata Shamsul yang juga mendakwa tujuh orang termasuk seorang wanita cedera dalam kejadian berkenaan.

Menurut seorang mangsa, Roslan Mat, dia dibelasah dan digari sebelum ditahan.

“Apa kesalahan saya? Adakah saya merogol, merompak atau membunuh?” soal beliau kepada Siva Subramaniam.

Roslan juga mendakwa dia dibawa ke ibu pejabat polis wilayah Dang Wangi dan ditahan lebih lima jam dan dipaksa membuat pengakuan yang dia menghalang polis daripada menjalankan tugas.

Roslan, 49 berkata jika Pakatan Rakyat tidak dibenar menganjurkan sebarang perhimpunan, perkara yang sama sepatutnya dikenakan ke atas Barisan Nasional.

Seorang lagi mangsa, Tahir Said, melakonkan semula kepada Siva Subramaniam bagaimana dia mendakwa anggola FRU menyerangnya dengan belantan dan perisai.

“Sebaik sahaja diserang, saya tidak boleh bernafas kerana saya ada penyakit asthma,” kata Tahir yang cedera pada bahagian tangan ketika kejadian malam berkenaan.

Dalam memorandum yang diserahkan, Shamsul menggesa Suhakam supaya mengadakan siasatan awam berhubung perkara itu.

Thursday, March 11, 2010

‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’


SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) terus mempertahankan bahawa hubungan antara ketiga-tiga parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP tetap kukuh biarpun diselubungi pelbagai isu dan pergolakan sejak kebelakangan ini.

Justeru, slogan ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ yang dicetuskan PR Negeri Sembilan menjadi titik permulaan kepada mesej jelas bahawa segala konflik sebelum ini tidak menjejaskan hubungan antara ketiga-tiga parti itu.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konflik dalam PR sebenarnya menguatkan hubungan.

Menurutnya, ini disebabkan Pas dan DAP tidak pernah meletakkan kepentingan sendiri sebagai agenda, sebaliknya masing-masing sentiasa berfikiran ke arah bersama-sama memantapkan PR.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah. Saya tengok, bila kita dipukul (dengan pelbagai isu) macam ni, saya tengok perpaduan kita, Pas, DAP dan PKR lebih kuat.

“Malah, apabila saya tengok jumlah kita (PKR) kurang (dalam Parlimen), saya nak bagi laluan kepada Lim Kit Siang. Belum sempat mesej di terima, Kit Siang jawab tegas iaitu DAP tetap pertahankan kedudukan saya sebagai Ketua Pembangkang.

“Begitu juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau minta semua ahli Pas tandatangan beri kerjasama beri sokongan terhadap saya. Mana nak cari sahabat macam ni?” katanya ketika berucap pada program Ceramah Perdana ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ di Pusat Komersial Oakland, dekat sini malam kelmarin.

Turut memberi ucapan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Anwar berkata, beliau penuh yakin PR akan terus menjalinkan kesepakatan dengan misi menubuhkan kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Bila saya mempengerusikan mesyuarat dengan PR, saya pening kepala. Ini realiti, kerana orang yang duduk mewakili tiga parti ini ada prinsip. Mereka tak peduli ada projek atau nak minta tanah.

“Tetapi pemimpin Pas, PKR dan DAP duduk di situ, kita bincang. Tiap perkara yang kita putuskan, kita kena muafakat. Ini baru boleh selamatkan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, program ceramah itu turut diselitkan dengan penyerahan dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara tiga pemimpin tertinggi parti dalam PR di Negeri Sembilan yang membuktikan mereka bersatu.

BN Salahguna Polis Kekang PR

SEBERANG JAYA 11 Mac - Pihak polis di Malaysia sentiasa digunakan sebagai hamba dan alat politik kepada kerajaan untuk menganggu dan melemahkan keutuhan Pakatan Rakyat yang semakin mengancam kedudukan kuasa Umno dan Barisan Nasional.

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN menyalahguna polis agar mengekang pengaruh besar Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menentang mereka.

"Polis dipaksa mengikut perintah sebagai hamba abdi kepada kerajaan yang digunakan untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat Mereka sebenarnya tidak mampu menyerang kita.

"Banyak pemimpin Pakatan Rakyat sedang disiasat tetapi seorang pun tidak pernah gentar bersemuka dengan polis yang dianggap semut bawahan yang mengikut rajanya," kata beliau kepada lebih 20,000 penyokong pada ceramah sambutan ulangtahun kedua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Anwar berkata tindakan kerajaan menggunakan polis membuatkan rakyat terus membenci mereka sehinggakan polis juga tidak lagi dihormati dan tidak diharapkan mampu menjaga ketenteraman awam.

Muslihat jahat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sudah lama diketahui rakyat tetapi konspirasi mereka masih tidak mampu menundukkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana Pakatan Rakyat berkaya mewujudkan corak kepimpinan yang telus dan bersih serta bebas rasuah disamping membawa perubahan yang meberi manfaat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Pematang Pauh itu kesal pihak polis sentiasa akur dengan arahan Umno-BN walaupun mereka menyalahi undang-undang yang negara.

"Pihak berkuasa menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan melanggar Akta Hasutan tetapi mereka (polis) tidak berani langsung mengambil sebarang tindakan terhadap menteri-menteri yang sentiasa ganas melanggar Akta Hasutan.

"Polis takut akan kezaliman pimpinan Najib dan juga terpaksa berikrar mengikut telunjuk Najib dan Rosmah yang menyalahguna kuasa mereka untuk mengkhianati pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang itu lagi.