Sunday, May 22, 2011

Isu Sabotaj Rekaan Anwar, Dakwaan Arman Jauh Meleset !!

Sedari awal, isu seumpama ini tidak mahu saya sentuh kerana bagi saya laporan polis telah pun dibuat oleh Abdullah Sani pada awal Mei yang lalu. Biarlah pihak polis menjalankan tugasnya untuk menyiasat samada memang benar kenderaan itu disabotaj ataupun sebaliknya.

DSAI atau sesiapa sahaja mempunyai hak untuk merasa terancam sekiranya berlaku sesuatu yang menimbulkan curiga, ditambah lagi dengan berlakunya satu kejadian yang hampir meragut nyawa Presiden Keadilan DS Wan Azizah.

Semalam, saya terbaca sebuah berita mengenai dakwaan Arman Azha yang menyatakan Anwar Ibrahim telah merancang sebuah 'drama kemalangan' dengan cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya sendiri. Ini sebuah dakwaan yang gila dan tidak masuk akal. Orang yang membuat dakwaan seperti ini mungkin mengalami tekanan perasaan ketika berkira-kira untuk meninggalkan perjuangan PERKASA yang diagung-agungkannya sebelum ini.

Berikut adalah petikan berita mengenai dakwaan Arman Azha;

Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.


Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.


Menurut Armand, ‘drama kemalangan’ itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai perwatakkan warak dan dihormati seperti Anwar Ibrahim, juga seorang suami kepada isteri yang banyak berkorban sepanjang hayat perkahwinannya. Apakah DSAI sanggup merancang sebuah kemalangan apabila meletakkan nyawa isteri tersayang sebagai pertaruhan demi untuk mengaut sekelumit simpati rakyat ?

Dalam kejadian 19 April, saya mengesahkan kemalangan itu benar-benar berlaku. Saya berada di tempat kejadian walaupun tiba sedikit lewat. Tanggal 19 April, saya menemani Chegubard dalam siri ceramahnya di Chemor. DS Wan Azizah juga turut menyampaikan ceramah di atas pentas yang sama bagi menggantikan DS Anwar Ibrahim yang telah berlepas ke Jepun.

Habis ceramah sekitar jam 12, saya bersama Chegubard dan Nizam singgah di sebuah restoran yang menawarkan juadah Tomyam Poktek. Ketika sesi menikmati juadah berada dipenghujungnya, Chegubard telah mendapat berita mengenai kemalangan kecil yang menimpa DS Wan Azizah. Kami bergegas memasuki lebuhraya dan menuju ke arah tempat kejadian.

Sampai di tempat kejadian yang terletak tidak jauh dari persimpangan Sungkai, kami berhenti di bahu jalan dan seterusnya memastikan keselamatan DS Wan Azizah. Dapat dilihat serpihan-serpihan 'brakedisk' yang pecah bertaburan sepanjang puluhan meter ke belakang. Abdullah Sani menceritakan detik-detik cemas ketika mengawal kenderaan dari terbabas. Kenderaan terhuyung-hayang sebelum satu letupan kuat berlaku di belakang. Mengelak daripada terperosok bawah lori, syukurlah kenderaan berjaya dikawal. Walaupun dilihat sebagai sebuah kemalangan kecil, tetapi musibahnya besar jika kenderaan tersebut gagal dikawal dengan baik.

Bayangkan bagaimana 'brakedisk' kenderaan lasak buatan Jerman, boleh pecah di jalan serata lebuhraya utara selatan? Lebuhraya Utara-Selatan tidak berlubang, dan jika jalan beralun sekalipun hanya terdapat di kawasan utara sahaja.

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil apabila keadaan dilihat agak mencabar untuk menaikkan Merc tersebut ke atas tow-truck;




Sesungguhnya kejadian ini melibatkan nyawa seseorang dipenghujungnya, adalah wajar siasatan terperinci dilaksanakan dan pasti laporan polis yang dibuat bukan semata-mata untuk meraih simpati. Dalam keadaan ada pihak yang lebih terdesak kerana pelbagai kaedah untuk menjatuhkan DSAI tidak menjadi, maka adalah menjadi satu kewajaran untuk keluarga DSAI berasa terancam dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Mungkin kita beranggapan mungkin ia satu kebetulan apabila berlaku kemalangan sedemikian rupa. Mungkin kondisi 'brakedisk' tersebut memang sudah bermasalah retak menanti belah, dan kemalangan berlaku ketika kenderaan yang membawa Presiden Keadilan sedang menyusuri lebuhraya. Kemungkinan-kemungkinan seperti ini bisa sahaja untuk kita bicarakan. Tetapi, bukanlah dengan ilmu yang tidak setinggi mana, kita mengatakan DS Anwar Ibrahim merancang untuk satu kemalangan berlaku melibatkan isterinya, atau anaknya atau cucunya, atau dirinya sendiri!

Kepada mana-mana pendakwa dan pembawa berita yang sering bergelumang dengan segala bentuk penyebaran fitnah terutamanya melalui akhbar utusan, sila kaji dan teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan agar ianya tidak menjurus kepada fitnah dan kekeliruan. Sebagai anak muda ayuh kita tolak politik fitnah yang kotor, politik lucah yang jijik dan politik jahat yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada anak bangsa terutamanya golongan muda yang dahagakan politik matang yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan membuat kenyataan.

Setinggi-tinggi songkok yang disarungkan di atas batu jemala itu, yang melambangkan tingginya darjat kemelayuan itu, haruslah diselaraskan dengan tingginya akal dalam memberi komen, apalagi membuat kenyataan yang dipetik akhbar.

Jadilah anak muda pendesak perubahan, yang membawa panji-panji yang mengangkat martabat agama dan rakyat marhaen.

http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/05/isu-sabotaj-rekaan-anwar-dakwaan-arman.html
EDYES @ edyesdotcom

Friday, May 20, 2011

Laporan Polis & Sidang Media "UMNO BAHAGIAN PENDANG BERTERUSAN MENGGUNAKAN SEKOLAH UNTUK TUJUAN POLITIK"






SEKRETARIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT PARLIMEN PENDANG

MEMORANDUM & KENYATAAN MEDIA UNTUK SEBARAN SEGERA
(20hb MEI, 2011)

BANTAHAN UMNO BAHAGIAN PENDANG BERTERUSAN MENGGUNAKAN SEKOLAH UNTUK TUJUAN POLITIK

Sempena Minggu Sambutan "Hari Guru" Kami anak muda Pakatan Rakyat disini berasa terkilan kerana institusi (sekolah) telah dicemari dengan propaganda politik UMNO Barisan Nasional.

Ini kerana UMNO Bahagian Pendang berterusan menggunakan Dewan Al-Mabawi (Sek.Men.Pendang) untuk tujuan politik (Mesyurat Pemuda UMNO Bahagian pada hari ini 20 Mei 2001, Jumaat, pada Jam 3 Petang nanti). Sebelum ini pada minggu lepas UMNO Bahagian Pendang turut menggunakan dewan yang sama untuk tujuan politik (Mesyuarat wanita).

Kami juga mempersoalkan penggunaaan Dewan Sekolah untuk tujuan ini sedangkan masih terdapat banyak lagi dewan yang boleh disewa selain dewan sekolah, seperti Dewan serbaguna, Dewan Pendang Lake Resort, Mengapa dewan Sekolah?? sewa percuma??

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah didesak menjelaskan secara khusus sama ada program politik dibenarkan dianjurkan dalam kawasan sekolah.

Kami Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Pendang (SPPRPP) menyeru agar pihak Pejabat Pendidikan Daerah serta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan serius terhadap perkara ini. “ Kami dari parti Keadilan & Pas tidak akan sesekali membenarkan masa depan anak-anak dipolitikkan oleh mereka yang berkepentingan apatah lagi oleh mereka yang sepatutnya menjadi pendorong kepada kemajuan anak-anak di Sekolah.

Jika ingin berpolitik pergilah ke tempat yang sepatutnya dan bukan di sekolah. Kami menyeru kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin agar mengambil tindakan dan berlaku adil dalam perkara ini agar tidak berulang lagi di mana-mana sekolah selepas ini.”

Sekian,Terima Kasih.


..........................
.............
MOHD FUZI BIN HAJI SAAD
(Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pendang)




..................................
MOHD ZAKI BIN RAZAK
(Ketua Angkatan Muda Keadilan pendang)
www.amkpendang.blogspot.com




...........................................
MOHD ZUHAIRI HAJI KHAMIS
(WAKIL Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM))
www.solidaritianakmuda.blogspot.com

Lampiran :

Disini kami sertakan sekali Contoh Surat pekeliling yang di keluarkan oleh pengarah pendidikan Malaysia (5/1999) yang mengarahkan Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan Dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti- Kerajaan... KLIK LINK INI UTK LIHAT PEKELILING >> http://www.geocities.ws/sjktgpg/takwim.htm#PEKELILING3 .

Lampiran untuk Rujukan (Tiada Pekeliling yang mengatakan premis sekolah boleh disewa) >>> http://www.smktpbaling.com/ptkdg44/NOTA%20PTK%20PNP/SURAT%20PEKELILING%20IKHTISAS.pdf

Untuk makluman tambahan dinegeri Kedah, UMNO Barisan Nasional telah menjadi Pembangkang dinegeri Kedah ini setelah kalah dalam Pilihanraya Umum yang ke-12 yang lalu.

Wednesday, May 18, 2011

Demo di Utusan: AMK tak gentar dengan PERKASA


Ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia.

Katanya, AMK juga akan meneruskan rancangan protesnya ke atas Utusan Malaysia pada Jumaat ini, namun mungkin dalam bentuk pertemuan dengan ketua pengarang akhbar berkenaan dan menyerahkan memorandum bantahan.

"Di sini kami ingin menegaskan AMK tidak gentar dengan cabaran PERKASA dan kami memohon supaya NGO-NGO berkenaan terutama Ibrahim Ali tolong jangan cari publisi murahan," katanya. Rozan Azen berkata, langkah itu diambil memandangkan satu lagi protes yang lebih besar – ke atas Lynas Malaysia Sdn Bhd berhubung projek pemprosesan nadir bumi – akan diadakan pada hari yang sama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rancangan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan berkenaan, dan juga dakwaan bahawa protes yang dirancang AMK merupakan tindakan "biadap" dan "tidak menghormati kebebasan bersuara" Utusan.

Dakwaan berkenaan disuarakan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut, Rozan Azen berkata AMK juga tidak akan tunduk dengan gesaan PERKASA supaya pergerakan itu disiasat kerana "gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu yang tidak memihak kepada (ketua umumnya) Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Jelasnya, AMK tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan dalam protes berkenan.

"Kami tidak kata kami akan bakar Utusan. Kami hanya datang sebagai simbol protes, desak untuk bertemu dengan ketua pengarang Utusan dan hantar memo bantahan.

"AMK tidak gerun (dengan gesaan PERKASA) kerana kami matang dalam politik. Kami tetap akan hadir," katanya lagi ketika bercakap dalam satu sidang media di Wangsa Maju hari ini.