Thursday, January 28, 2010

ASEAN MUST BE FREE FROM EXTREMISM

PRESS RELEASE

27TH JANUARY 2010

ASEAN MUST BE FREE FROM EXTREMISM

We, as the young leaders of ASEAN and Youth Leaders of major political parties and alliances of Malaysia and Indonesia, Golkar, Partai Bulan Bintang, and Pakatan Rakyat Youth Wing; strongly condemn the recent incident of throwing wild-boar heads into two mosques in Malaysia; (Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun in Petaling Jaya and Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama). It is truly an irresponsible act of crime committed by certain factions of the society in Malaysia; those who resorted to racial and dirty politics in order to ignite religious and racial tension.

Over the last three weeks, Malaysia reputation has been tarnished with series of irresponsible attacks towards places of worship throughout the country. Malaysia as part of ASEAN community, is known for its cultural and religious diversity. We are saddened with incidents depicting increasing intolerance. There is a clear and urgent need to address instances of extremism. Seditious statements and provocative actions are counter-productive and would unnecessarily disrupt peace in the region.

We believe as what has been pointed out by H.E Dato’ Seri Anwar Ibrahim in the recent article of Asia Wall Street Journal, there is a pressing need in the Muslim world for a leadership that demonstrates consistency and credibility in our call for justice, fairness and pluralism. This is the moment for us to reject fanaticism and remain calm.

MAKATI CITY, MANILA

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Youth Chief, People’s Justice Party (Malaysia)

DAVE AKBARSHAH FIKARNO LAKSONO
Youth Chief of AMPI,GOLKAR Party ( Indonesia)

AHMAD TOHA ALMANSUR
General Leader, Indonesian Moslem Youth Movement (Indonesia)

MOHD YUSMADI MOHD YUSOFF
Member of Parliament, Balik Pulau (Malaysia)

SJUKRIANTO Y
Chief of Central Committee GERINDRA Party (Indonesia)

SIM TZE TZIN
State Assemblyman, Pulau Pinang (Malaysia)

FATHURRAHMAN MAHFUDZ
Head of International Affairs, Crescent Star Party (Indonesia)

KAMARULZAMAN MOHD
Secretary of PAS Youth Chief (Malaysia)

ANDI SYAFRANI
Lawyer, Political Consultant and Lecturer State Islamic University Jakarta (Indonesia)

Serang gereja: Azmin dakwa ahli Umno terbabit


Naib Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendakwa terdapat ahli Umno yang terlibat dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu.

"Saya akan mendedahkan dalam masa terdekat ini mereka yang terlibat dalam kes serangan terhadap gereja di Taman Melawati (Desa Melawati) adalah ahli dan anggota Pemuda Umno.

"Saya menggesa presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) mengambil tanggungjawab berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti untuk didedahkan kepada umum, dijangka dalam masa terdekat ini.

"Saya akan kumpulkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno, baru saya akan sebarkan kepada rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Diminta menjelaskan jangkaan pengumuman itu dapat dibuat, beliau berkata:

"Dalam masa terdekat. Saya tidak sukar (mendapatkan butiran tersebut) kerana berdasarkan nombor kad pengenalan, kita boleh dapat nombor keahlian Umno mereka."

Azmin memberitahu media perkara berkenaan selepas melawat Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya ekoran insiden kepala babi diletakkan dalam perkarangan masjid berkenaan awal pagi ini.

Beliau melapangkan masa kira-kira satu jam bermula 2.30 petang.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mendakwa, sekurang-kurangnya empat atau lima orang daripada mereka yang ditahan reman, adalah ahli Pemuda Umno, daripada bahagian Gombak dan Ampang.

"Sekurang-kurangnya empat atau lima orang. Malah mereka daripada cawangan mana pun saya tahu," dakwanya.

Selepas mengumpulkan maklumat terperinci, katanya, beliau akan mendedah nama pihak terbabit, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kepada umum.

Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, diserang dengan bom api pada waktu tengah malam, mengakibatkan bahagian bangunan tiga tempat yang menempatkan gereja terbakar.

Ia merupakan antara 11 gereja yang menjadi sasaran serangan bom api dan vandalisme sepanjang tiga minggu di samping sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

"Saya tidak mahu tuduh mana-mana pihak sebagai dalang dalam kes ini. Saya tidak mahu (membuat) spekulasi. Saya mahukan siasatan terperinci dan tegas.

"Saya sedang mengumpulkan maklumat terperinci dan saya minta presiden Umno jelaskan bagaimana mereka terlibat.

"Ini tindakan dayus Pemuda Umno. Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, beberapa ahli Umno itu merupakan ahli Pemuda Umno bahagian Gombak dan Ampang," kata Azmin.

Monday, January 25, 2010

AMK minta penjelasan Zulkifli isu laporan polis


SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengesa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin memberi penjelasan terperinci mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kelmarin.

Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari Pas itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Kami dari AMK mahu Zulkifli berdebat dengan kami atas prinsip agama Islam dan ilmu tentang rasionalnya beliau membuat laporan polis terhadap khalid, ini kerana tindakan tersebut bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat" katanya pada sidang media di sini semalam.

Shamsul berkata, pihaknya mahu pucuk kepimpinan mengambil tindakan tegas ke atas anggota Dewan Rakyat itu.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apakah bentuk tindakan tegas yang akan dicadangkan kepada pucuk pimpinan terhadap Zulkifli.

"Kami sangat kesal dengan tindakan beliau yang bertentangan dengan rangka kerja bersama Pakatan dan surat formal akan dihantar kepada beliau dakan waktu terdekat."katanya.

Menurutnya, isu berkenaan sudah selesai selepas Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli politik, sarjana dan pemimpin NGO Islam.

Alahai.. abang bung..bung..

Air apa kat belakang tuh?? hehe..

Bestnya kena cium & gomol ngan zizie :)

Tgh high ke si zizie tuh ??


ini abang bung saya..



Selamat Berparti bro..


Ini menurut kata sumber gambar ini diperolehi..
"Semalam, 23 Januari, pasangan laki bini ni berjoli sakan kat club (Shen - WR, K.Kinabalu) sampai jam 4pagi... Abg Bung berdansing ngalahkan org mude.. kiki.. :P~


jgn marah.. CINTA ITU BUTA !!

Ceramah Saifuddin Nasution & Chegubard di Taman Bandar Baru Sg Lalang Sg Petani Kedah

Saifudin Nasution - Konspirasi Liwat II


CheguBard - UMNO lah Bapak Segala Pengkhianat

Polis naik pentas hentikan ceramah Anwar


Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.

Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.

Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.

Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet.

"Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya.

Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya."

Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.

Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis.

Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut.

Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.

Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.

Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.

Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.

Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat".

"Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.

Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar".

Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh".

Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.

Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut.

Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.

Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.

Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya.

Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini, terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.

Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,

Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan.

Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut.

Anak ADUN Sungai Tiang Maut Dilanggar Kereta

AHLI Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang,Suraya Yaacob melihat lastik dan senapang mainan milik arwah anaknya, Syed Arif yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Kedah-Alor Setar kelmarin, di rumahnya di Alor Setar.


Kanak-kanak 12 tahun yang maut dirempuh kereta semasa melintas jalan di Jalan Kuala Kedah semalam, adalah anak Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Tiang, Suraya Yaacob.

Syed Arif Syed Afandi Barakhbah merupakan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Perempa, Alor Star.

Semasa kejadian semalam, identiti kanak-kanak yang dilanggar dan mati di tempat kejadian itu tidak dikenalpasti.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi semalam, sebuah kereta merempuh kanak-kanak itu yang menunggang basikal ketika dia melintas jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, di sini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Albukhary di sini pada kira-kira pukul 11 pagi ini.

Suraya, yang ditemui di kediamannya di sini enggan memberikan kenyataan atau bercakap dengan pemberita.

Sementara itu, Ketua Trafik Kota Setar DSP Mohd Sham Abdullah berkata pemandu kereta terbabit iaitu seorang wanita berusia 20-an membuat laporan di bahagian Trafik Kota Setar tidak lama selepas kemalangan.

Wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis, katanya.-Bernama


Salam Takziah dari Kami, Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang. Semoga Roh adik Syed Arif Syed Afandi Barakhbah di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatehah

Bekas pengerusi GERAK rasmi sertai PKR


Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus hari ini secara rasmi menyertai PKR.

Kemasukan beliau diumumkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Merchant Square Tropicana, kira-kira jam 2.20 petang ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan beberapa exco AMK.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Mohd Nazree berkata beliau memilih PKR kerana perjuangan parti itu selari dengan prinsipnya untuk melawan rasuah dan membina integriti sepertimana sebelum ini, ketika beliau menjadi pengerusi Gerak.

Menurutnya, kemasukan beliau itu juga adalah disebabkan ketokohan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Malaysia baru dalam landskap politik Malaysia.

Di samping itu, katanya, penyertaan beliau dalam PKR itu bagi mengisi kekosongan generasi muda untuk terus berjuang bersama Anwar untuk membina masyarakat madani dan urustadbir yang lebih baik.

"Ini adalah fasa baru dalam perjuangan saya. Bukan bermakna NGO itu gagal, tetapi saya menekankan dari sudut pendekatan melalui politik dengan membantu pimpinan yang sedia ada," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nazree berkata beliau bertemu dengan Anwar Rabu lalu dan ketua pembangkang itu menyatakan keterbukaannya untuk menerima kemasukan beliau.

Semalam dilaporkan Mohd Nazree meletakkan jawatan sebagai pengerusinya GERAK berkuatkuasa serta merta untuk menyertai bidang politik.

Keputusan ini dibuat setelah perbincangan dibuat bersama ahli majlis tertinggi GERAK Malaysia dan merupakan keputusan Mohd Nazree sendiri.

Mohd Nazree sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung agihan lembu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak sewaktu Hari Raya Korban.

Ditanya sama ada kemasukannya untuk membantu menguatkan lagi AMK ekoran pertuduhan liwat tehadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Nazree berkata: "Soal peranan saya dalam parti, terserahlah kepada pucuk pimpinan parti. Saya bersedia untuk membantu dari aspek-aspek yang diperlukan."

Ditanya sama ada beliau ditawarkan jawatan tertentu dalam sayap parti itu, Mohd Nazree berkata, beliau tidak ditawarkan apa-apa jawatan dan menyerahkannya perkara kepada pucuk pimpinan parti.

Sunday, January 24, 2010

Saifuddin Nasution, BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR 19/01/2010

video 1 (Hakim Kota Siputeh Sudah Kena Tukar)

Video 2

Fuziah Salleh dilantik pengarah pilihan raya baru PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengarah Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru menggantikan Saifuddin Nasution Ismail yang akan memegang jawatan Setiausaha Agung berkuatkuasa 1 Februari 2010.

Manakala portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini dipegang oleh Fuziah akan diambil alih Mustaffa Kamil Ayub yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa parti itu.

Perkara itu diumumkan Pesiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, keputusan rombakan itu dibuat pada mesyuarat Biro Politik PKR pada 20 Januari lalu sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan.

"KEADILAN percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan KEADILAN bertapak di Putrajaya," katanya.

Thursday, January 21, 2010

Tutup mulut jika tak faham - Tun Salleh

Menteri dan mana-mana ahli politik terutama dari Umno yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum dinasihatkan supaya menutup mulut kerana ia boleh mengelirukan rakyat berkaitan pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.

Sehubunag itu, bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan supaya berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodoh.

"Lagi banyak mereka bercakap hal ini, makin jelaslah kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini," katanya.

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata isu yang ada kini berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

"Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.

"Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas," kata beliau ketika ditemui Oleh Malaysian Insider di kediamannya di sini.

Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.

Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.

Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. "Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya," katanya.

Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.

Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.

"Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini," katanya.

Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, "itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri."

Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

"Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini," ujarnya.

Sebelum ini dua rakyat kelahiran Kelantan dalam jemaah iaitu Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Husein dilabel sebagai tidak ‘cakna’ terhadap kepentingan rakyat negeri sendiri apabila mengambil langkah cuba menolak hak royalti Kelantan sebaliknya terus mempertahan pemberian wang ihsan.

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sebagai ganti royalti dan ia akan dibayar tahun ini.

Ketika diminta mengulas cabaran pemimpin Umno agar isu tersebut dibawa ke mahkamah beliau berpendapat langkah itu adalah pilihan terakhir selepas gagal menemukan titik penyelesaian melalui perundingan.

"Kalau kita tengok kes Terengganu, kes sama lah tu, hingga sekarang masih belum selesai," katanya.

Menyentuh mengenai pembayaran wang ihsan, Salleh menambah, ia wujud setelah Kelantan membuat tuntutan Royalti.

"Kenapa dulu tidak diberi wang ihsan itu?" soalnya.

"Apa-apa pun yang penting sekarang ini kita semua perlu kembali kepada undang-undang yang dibuat. Khususnya yang berkaitan dengan hak sesebuah negeri terhadap hasil mahsul mereka.

"Dan sesungguhnya itu lah hasrat sebenar penubuhan Petronas," katanya sambil menyifatkan selagi politik keperibadian menguasai nafsu individu, selagi itu hal ini akan berpanjangan.

Thursday, January 14, 2010

Nik Sapeia dihukum enam bulan penjara

Pemimpin kanan PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.

Selain terhadap mantan perdana menteri, Nik Sapeia, juga dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas ahli parlimen Datuk Ibrahim Ali, dan dua yang lain di perkarangan lapangan terbang Kota Bharu pada pada pagi 28 Julai 2006.

Nik Sapeia, 56, yang kelihatan tenang ketika Azman menjatuhkan hukuman itu, kelihatan tersenyum selepas pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan.

Sebaik selesai, Nik Sapeia yang berada di kandang saksi sempat menoleh kepada keluarga dan penyokongnya yang duduk di galeri awam sambil berkata: "Sabar kerana masih ada peluang lagi."

Sebelum menjatuhkan hukuman penjara itu, Azman berkata keputusan itu dibuat demi kepentingan awam.

"Keputusan ini juga boleh memberi pengajaran kepada masyarakat," katanya.

Peguam Nik Sapeia, Saseedharan Menon, kemudiannya memohon pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan pihaknya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwaraya, Idham Abdul Ghani, bagaimanapun membantah permohonan itu kerana mahkamah perlu mengambil kira faktor-faktor yang relevan.

"Apa yang dilakukan tertuduh adalah serius dengan kesalahan yang dilakukannya dan saya membantah sebarang penangguhan hukuman," katanya.

Ketika membuat rayuan, Saseedharan berkata setiap keputusan perlu mengambil kira kedudukan Nik Sapeia dalam politik dan masyarakat.

"Tertuduh adalah naib presiden Parti Progresif Penduduk dan sudah tentu ia menjejaskan nama baik beliau dari kaca mata masyarakat dan penyokong. Beliau juga dihormati oleh masyarakat kerana sering membantu mereka tanpa mengira bangsa," katanya.

Seorang lagi peguam tertuduh, Zainal Abidin Mustaffa, berkata jika Nik Sapeia dipenjara, sudah tentu kariernya dalam politik dan perniagaan akan musnah.

"Perniagaannya kini sudah terjejas selama hampir tiga tahun dan banyak mengalami kerugian kerana kes ini.

"Penjara boleh menghancurkan kariernya, dan jika dikenakan denda, kami memohon jumlah denda sebanyak RM2,000 sahaja," kata Zainal Abidin.

Idham pula memohon agar Nik Sapeia dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukannya itu sangat serius.

Katanya bahan semburan itu adalah daripada jenis kimia yang berbahaya kerana boleh menyebabkan sakit mata dan bahang panas pada anggota badan.

"Apa yang tertuduh buat adalah sesuatu yang tidak wajar kerana melakukannya demi kepentingan sendiri dan dengan itu hukuman denda sahaja adalah tidak memadai," katanya.

Nik Sapeia didakwa melakukan perbuatan itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada 11 pagi 28 Julai 2006.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Selain Dr Mahathir, Nik Sapeia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Datuk Ibrahim Ali, 58, Mohd Nasir Muda, 48, dan Suberi Sahidan, 50.

- Bernama

Tuesday, January 12, 2010

Saifuddin: "Saya Ahli Yang Ke-39..."

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: "Nombor ahli saya dalam PKR ialah 039... saya antara orang terawal menganggotai dan mengasaskan PKR," demikian tegas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat yang baru, Saifuddin Nasution Ismail menyelar kenyataan pihak tertentu yang mempertikaikan status keahliannya dalam parti itu.

Beliau berkata, tindakan mempersoalkan mengenai parti mana yang dianggotainya mungkin disebabkan perasaan cemburu pihak-pihak berkenaan mengenai pelantikan jawatannya sekarang.

"Mungkin mereka tak puas hati, tak tahulah saya macam mana isu remeh macam ni boleh timbul.

"Kalau saya bukan ahli PKR, macam mana saya boleh pegang jawatan dalam parti... tidakkah pelik jadinya," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyiarkan mengenai persoalan segelintir pemimpin PKR dan PAS mengenai kedudukannya berikutan pengumuman jawatan sebagai Setiausaha Agung baru dalam PKR.

Ini kerana menurut laporan berkenaan, Ahli Parlimen Machang itu menjadi ahli PAS Kawasan Pokok Sena, Kedah pada Januari 2007 dan tidak pernah mengumumkan keluar parti tersebut.

Malah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim turut dilaporkan mendakwa, sehingga kini Saifuddin tidak pernah mengumumkan keluar daripada PAS walaupun selepas dilantik sebagai Pengarah Strategi PKR pada konvensyen parti itu di Seremban pada Mei 2007.

Bagaimanapun Saifuddin berkata fakta yang mengatakan beliau mendaftar sebagai ahli PAS kawasan Pokok Sena pada tahun 2007 adalah salah.

"Fakta itu salah, memang saya pernah jadi ahli PAS di sana, tapi bukan pada 2007.

"Sebaliknya saya jadi ahli PAS di situ sekitar 80an iaitu semasa saya masih belajar di universiti," katanya.

Jelasnya, beliau telah lama keluar daripada PAS malah pernah menyertai Umno sebelum menjadi generasi pertama yang menubuhkan PKR pada tahun 1999.

"Selepas keluar PAS, saya masuk Umno, lepas itu saya bersama-sama pemimpin lain tubuhkan PKR.

"Nombor ahli saya dalam PKR ialah 039... saya antara orang terawal menganggotai PKR," katanya.

Pada tahun 1997, beliau pernah dilantik menjadi Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Saifuddin memegang jawatan itu sehinggalah reformasi meletus dan Ahmad Zahid melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno.

Pelantikannya sebagai Setiausaha Agung PKR akan berkuatkuasa pada 1 Februari depan bagi menggantikan Datuk Salehuddin Hashim yang mengumumkan peletakan jawatannya baru-baru ini.

Tambahan : Kepada saudara Zamil Jutawan.. lu tak payah sibuk-sibuk kacau parti orang.. orang tak kacau hidup lu pun dah kira ok.. dari mana lu boleh kaya sekelip mata?? dari mana lu dapat duit jadi jutawan segera?? itu hal lu... urusan lu kat akhirat, lu jawab la sendiri.. Zamil Lu Fikir lah sendiri !!

Satu lagi Program Bangang anjuran Be End - (PARLIMEN PAPAR)



Wartawan PKR diugut depan rumah saudara Rosmah

Seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan mendakwa polis bertindak kasar selepas mewawancara seorang wanita yang dikatakan ada pertalian keluarga dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor kelmarin.

Abdul Qayum Abdul Rahman berkata, beliau mengunjungi wanita yang dikenalinya sebagai Saharah, yang juga didakwa saudara kepada mangsa tragedi pembunuhan kejam di Gemencheh baru-baru ini.

Minggu lalu, empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan.

Abdul Qayum (foto, kiri) memberitahu Malaysiakini, wawancara itu antaranya bertujuan mendapatkan reaksi wanita tersebut berhubung insiden menyayat hati itu.

Difahamkan wawancara itu juga ada menyentuh isu Rosmah.

Dalam aduan polisnya, Abdul Qayum berkata selepas mengetahui beliau wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki berpakain biasa - dikenali sebagai Muhammad - memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya.

"Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temubual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.

"Polis (bersama kereta peronda) menunggu di luar rumah, manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri," aduan polis Abdul Qayum, 25, semalam dipetik.

"Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan."

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata kejadian itu berlaku di depan rumah sumber tersebut tidak lama selepas beliau tiba di rumah itu 3.30 petang 10 Januari lalu.

Kerana bimbangnya keselamatan diri dan keluarganya, Abdul Qayum yang baru sebulan menyertai Suara Keadilan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam petang semalam.

Selain ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto, kanan), beliau ditemani ketua wartawan akhbar terbabit, Fazallah Pit.

Misteri Pembunuhan Kejam Ibu Saudara Rosmah - Mengapa Takut?

MANGSA pembunuhan di Gemencheh dikebumikan dalam satu liang lahad.

Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.

Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga ibu saudaranya sendiri yang dibunuh kejam itu!

Dan kelmarin, seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan Abdul Qayum Abdul Rahman yang cuba merungkai misteri kematian Sofiah dan mengapa Rosmah tidak menziarahi keluarga si-mati telah mendakwa beliau diugut polis sebaik saja selesai mewawancara seorang wanita bernama Saharah yang merupakan saudara kepada Sofiah dan sepupu kepada Rosmah.

Abdul Qayum mendakwa di dalam Malaysiakini, selepas mengetahui beliau seorang wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya. Beliau turut merampas nota penulisan Qayum dan memadam semua rakamannya dengan Saharah. Muhammad juga turut merampas semua dokumen pengenalan Qayum, tanpa mendapat kebenarannya. Semua insiden tersebut diperhatikan oleh sekumpulan polis yang menunggu dan mengawal di luar rumah Saharah. Pihak polis dan Muhammad kemudiannya mengugut mahu mencari wartawan itu dan keluarganya dengan apa cara sekalipun jika temu bual tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan.


Tiada siapa dapat meneka mengapa Rosmah sampai tergamak tidak menziarahi kematian ibu saudaranya sendiri. Juga tidak diketahui mengapa Rosmah begitu takut jika Suara Keadilan mendedahkan mangsa pembunuhan kejam itu ialah ibu saudaranya. Apa yang hendak Rosmah malukan, jika dia sendiri tiada kaitan dengan pembunuhan yang menggemparkan di mana suspek utamanya ialah seorang pemuda yang digambarkan kadang-kadang kurang siuman? Atau mungkin dia malu jika rakyat 1Malaysia tahu Rosmah mempunyai saudara mara yang kurang siuman? Mungkin Rosmah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya tidak mahu dikaitkan dengan satu lagi pembunuhan yang lebih kejam dari itu yang melibatkan saudara maranya sendiri!

Baru kelmarin akhbar-akhbar kita cuba membina karektor baik untuk Rosmah dengan memuji setinggi langit peranannya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir yang terbabit dalam misi memberi bantuan makanan kepada rakyat Gaza. Tapi manusia berkarektor baik itu tidak sanggup menziarahi ibu saudaranya sendiri yang dibuniuh secara sangat kejam! Dan manusia berkarektor baik itu juga telah mengarahkan polis untuk menghalang sesiapa saja dari mendedahkan dia mempunyai pertalian saudara dengan adik kandung ayahnya sendiri.

Patutlah 2 hari selepas pembunuhan kejam itu, polis membuat kenyataan kes pembunuhan itu telah selesai. Cepatnya!! Rupanya mereka tidak mahu rakyat Malaysia mengingati pembunuhan itu lagi kerana salah seorang mangsanya ialah ibu saudara Rosmah sendiri!

Saya percaya wartawan Suara Keadilan yang baru sebulan menyertai akhbar itu pasti tidak melupakan pengalaman diugut polis di Gemencheh itu seumur hidupnya!

Sunday, January 10, 2010

Terima kasih Dato' Salehuddin & Selamat Bertugas Sdr. Saifuddin

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah diadakan semalam dan antara perkara lain isu perletakan jawatan Setiausaha Agung oleh Dato' Salehuddin Hashim telah dibincangkan. Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau dan menerima perletakan jawatannya mulai 31 Januari 2010.

Bagi pihak Parti, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Salehuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Setiausaha Agung sejak April 2008 dan juga sebagai Setiausaha Pengelola dari tahun 2004 hingga 2008.

Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan Ahli Parlimen Machang, sebagai Setiausaha Agung baru dan perlantikan beliau telah diterima Majlis Pimpinan Pusat semalam.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Thursday, January 7, 2010

Kereta terbalik, Nizar cedera




Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.

Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital.

Polis Paris siasat Najib?

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.


Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.

"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.

Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.

Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.

Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.

Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .

Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.

Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.